Bab 4

9K 480 7
                                    

Aku yang sedang duduk di beranda . Termenung memandang ke arah taman bunga yang ditanam oleh mama .

Cantik ! Tenang je duduk kat sini .

Tiba-tiba rasa macam ada orang duduk di sebelah . Aku menoleh untuk melihat siapa . Berdebar laju terus aku .

Adrian .

Jantung , tolong bagi kerjasama boleh tak ?

"Wey", panggilnya . Fuh , takde adab . Padahal baru je dia tanya nama penuh aku tadi .

"Hm?", gumamku . Mata masih memandang taman bunga . Sis tak kuat nak pandang mata helang dia tu . Dahlah lawa omaigod ! Can i kiss his eyes ? Aku menepuk dahiku . Melebih pula dah .

"Kau pahal tepuk dahi sorang-sorang ni ? Gila ?", perlinya . Auch , rasa kena cucuk-cucuk kat hati . Cuba kalau luahkan perasaan , mahu terbang aku ke awan yanh biru . Terbang bersama burung-burung berkicauan dan juga Adrian di sisi . Indahnya perasaan! Aku tersengih .

"Aku cakap ngan kau ni , boleh pula kau sengih sorang-sorang , sah kau gila", ujarannya mematikan lamunanku .

Membahang muka aku bila crush sendiri kata kita gila . Mama ! kita maluuu !

"Awak cakap apa?", tanyaku lembut . Eh , kau ni nak goda anak teruna orang ke apa ?

"Takde apa lah"

Aku terdiam . Menyesal pula berangan tadi kalau tak dah dengar dah dia cakap apa .

"Err...Adrian", panggilku sambil bermain dengan jari . Tabiat aku bila aku malu atau gementar .

"Pe"

"Boleh tak saya panggil awak Firasy?", tanyaku .

Aku nak dia ingat aku balik !

"Boleh", balasnya sambil tersenyum .

Aku terpaku . D-dia bagi ? Pakej sekali dengan senyum tu ! Ah cair dengan senyuman dia tu . Kena duduk Kutub Utara la kalau taknak cair .

Aku pandang mukanya . Dia masih tersenyum manis . Aku membalas senyumannya . Alahai , tengok muka awak , takleh tidur saya .

'Tak tak tak'

Adrian memetik jari di hadapan mukaku .

"Heekleh , berangan je ke?", omelku sendirian . Aku berdecit .

"Kau ni dahlah gila, pastu cakap sorang-sorang , pastu tenung muka aku macam nak makan , apahal ?", ujarnya dengan nada takde perasaan . Aiseh , aku berangan lagi ? But yeah , siapa je tak berangan bila dengan crush ?

"Aku tanya tadi dengar tak?", sambung dia lagi .

Aku menggeleng .

"Aku cakap , kenapa nak panggil aku Firasy ?"

Tersekat air liur aku . Nak jawab apa ni ? Idea datang lah !

"Sebab...Ha sebab nama tu takde orang panggil , so saya nak panggil awak nama tu . Barulah awak ingat saya", jawabku tenang . Hanya tuhan yang tahu perasaan nak meletop dalam hati ni .

"Tak boleh", tegasnya .

"Alah kenapa?"

"Sebab hanya seorang perempuan yang boleh panggil aku macam tu , dia ada di sini", ujar Adrian . Tapak tangan kanannya melekap di dada kirinya .

Aku tergumam . Is that me ? Or someone else ? Memikirkan hal itu boleh buat aku rasa nak nangis . Camne kalau dia dah tak suka aku ? Aku bertepuk sebelah tangan ?

"Siapa perempuan tu ?", tanyaku perlahan . Tahan suara sebak .

"Ada dek-", ujarannya terbantut apabila Pn.Sofea memanggilnya mengajak pulang .

"Gerak luh", Adrian terus bangun masuk ke rumah . Aku taknak masuk lagi .

'Ada dek-' , kepalaku kerap kali mengulang ayat yang sama .

Apakah ayat seterusnya ? Ah rasa nak mengamuk pula bila ada yang menyampuk tadi . Nasib Pn.Sofea , kalau orang lain ni aku dah hempuk guna pasu bunga ni .

Aku bangun dan memasuki rumah . Nak salam bakal mak mentua ahaks !

                               _____

Hai everyone ! Bab ni macam bosan je 😂 Takpe asalkan ada korang support 😍 Hehe peace ✌

Pape jangan lupa ;

Vote and Comment ❤



Mr. Hati Beku [C]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora