Bab 22

6.4K 318 13
                                    

Sebulan kemudian,

"Abang bangun bang", Haura Syazwina tersenyum apabila suaminya mengerutkan dahi apabila diganggu.

"Pukul berapa sekarang?", soalnya. Mata masih dipejamkan.

"5 pagi"

"Buat apa bangun awal sangat ni? Takde - takde, abang nak tidur balik", ujarnya lalu menutup mata kembali.

"Jangan mengada, kata haritu nak ajar sayang seni pertahankan diri lepas habis pantang", Haura Syazwina menarik - narik lengan suaminya supaya duduk. Tapi apakan daya, tenaga perempuan tak sekuat lelaki.

"Habistu Hana ? Siapa jaga?", soal Firasy Adrian. Sengaja nak beri alasan.

"Sayang dah minta ibu jagakan semalam. Sayang dah siapkan susu dia, baju dia apa semua"

Firasy Adrian mengeluh. Takpelah, demi keselamatan. Dia bangkit dari baringnya dan menghadap isterinya yang setia merenungnya dengan sengihan di bibir.

"Don't regret it dan jangan tarik diri langsung", Firasy Adrian terus masuk ke bilik air. Nak sangat belajar kan ? Harap bini dia dapat bertahanlah. Sebab dia takkan berlembut kalau melatih orang.

Haura Syazwina menelan air liur. Kenapa amaran dia macam kejam sangat?

*****

"Okay for today , abang will teach you how to defend yourself", ujar Firasy Adrian ketika kami sudah sampai ke bilik yang disediakan oleh suaminya sendiri. Besar gila bilik dia. Di dalam bilik itu, pelbagai kemudahan yang ada seperti punching bag, tempat memanah, tempat menembak.

Omaigod i'm so excited.

"First of all-", selepas itu, Firasy Adrian mengajar isterinya untuk mempertahankan diri.

"Penat?", soal Firasy Adrian dengan sengihan sinis. Nak perli aku la tu mamat ni. Nasib baik dia hensem gila harini. Dengan tak berbaju menampakkan sixpack dia pastu pakai shortpants.

Haura Syazwina yang sedang minum air hanya menjeling suaminya.

"Penat tu penatlah, tapi sumpah best gila ! Belajar dengan coach hensem siapa je tak suka kan ?", Haura Syazwina sudah gelak terkekek - kekek apabila suaminya tersenyum bangga.

"Heleh, nasib sayang cepat tangkap apa yang abang ajar. Tapi memang dulu sayang belajar silat kan ? Kenapa nak belajar lagi?"

"Nak tambah skill je ni", balas Haura Syazwina. Tak sekarang ni , asal mata dia ni tak reti nak pandang tempat lain ? Dok tengok dada bidang suaminya yang berpeluh tu kenapa ?

"Skill huh ? Skill atas katil ye?", usik Firasy Adrian. Membulat mata Haura Syazwina. Membahang mukanya apabila diusik begitu. Ada aku cili mulut suami dia ni.

"Esok abang nak ajar sayang apa pula?", Haura Syazwina mengalih topik. Taknak dia topik tu jadi tajuk utama.

"Memanah"

Bersinar - sinar matanya mendengar perkataan itu. Memang dia gemar memanah dari sekolah rendah. Selalu jadi wakil sekolah untuk aktiviti itu.

"Suka la tu", Firasy Adrian menjeling isterinya yang tergedik - gedik macam kanak - kanak ribena dapat aiskrim.

"Gila tak suka, favourite sayang tu"

Mr. Hati Beku [C]Where stories live. Discover now