Bab 14

7.2K 323 28
                                    

"Woi", panggil Firasy Adrian .

Terus mati lamunan aku yang dah melalut .

"Aku panggil yang kau berangan tiba - tiba ni asal ? lama pula tu aku panggil", ngomel Firasy Adrian .

"Sorry , saya tak perasan", pintaku . Alahai , berangan je ke tadi ?

Firasy Adrian tetap dengan perangai dia . Dingin , kaku , kayu . Nak tunggu dia berubah ? Mati hidup balik pun takkan berubah perangai beku dia tu .

Jadi aku berangan jela dia sweet - sweet tadi ? Alah sedihnya . Jap - jap , takkan first night dulu pun aku berangan ? Hell no !! PERVERT nya aku ni .

"Tengok tu , berangan lagi sekali , apalah nasib aku dapat bini kuat berangan", ngeluh Firasy Adrian . Aku cuma tersengih . Dia bergerak keluar dari dapur menuju ke ruang tamu .

Dah 4 tahun kitorang macam ni . Tak berubah - ubah . Cuma adalah perubahan sikit . Dulu dia dingin sampai aku pun seram sejuk but now dah kurang sikit dingin dia tu .

"Awak !", panggilku . Terus aku lari ke arahnya yang sedang duduk di sofa dan aku menghenyakkan punggungku di sebelahnya .

Aku memeluk pinggangnya . Dia kelihatan terkejut . Aku mengambil tangannya dan kucup perlahan .

"Goodnight wak , saya sentiasa cintakan awak", selepas itu aku mengucup pipinya .

Aku terus lari naik ke bilik . Malu pun ada . Yela takde angin takde ribut tiba - tiba cium pipi . Kang dia lepuk tak ke naya gitu .

Aku duduk di atas katil . Mataku memandang ke arah bingkai yang terletak elok di atas meja solek . Aku mengambilnya lalu mengimbau kembali zaman di mana hati aku cuba untuk kuat menempuhnya .

Flashback

Selepas aku naik ke atas bilik , badanku terasa terlalu letih . Yela dok layan tetamu ramai gila . Masuk ke bilik aku melilau seluruh bilik

'Eh mana suami aku ni ? Mandi ke ?'

Ehem .

Terdengar bunyi deheman di belakangku . Aku memusingkan badan dan terkejut . Dia betul - betul kat belakang aku . Dia mendekati aku dan aku berundur sampai lah terlanggar dinding .

"A--wak"

"Asal ? Takut ? Takyah nak takut sangat , aku tak hingin pun", ujarnya sinis . Aku terpana . Kasarnya !

Dia menjauhi aku . Aku masih setia berdiri .

"Kau kena ingat , aku takkan cintakan kau sebab hati aku dah ada pemiliknya"

Mr. Hati Beku [C]Where stories live. Discover now