Bab 15

7.3K 355 8
                                    

"Isk..isk..", tersedu - sedan Haura Syazwina menahan tangis .

"Dah - dah , jangan nangis", pasrah aje Firasy Adrian memujuk .

"T-tapi kenapa dia m-mati?", tanya Haura Syazwina . Air matanya mengalir lagi .

"Manalah aku tahu , dah sampai ajal dia la tu"

Pening kepala Firasy Adrian hendak melayan perangai isterinya . Setakat semut mati pun nak nangis ni apahal? Inilah perangai dia bila datang bendera merah dia tu . Mood tak menentu .

"Dah jom kita naik tidur , esok kerja", tak putus asa dia memujuk isterinya itu .

"Nak dukung", tercebik - cebik bibir Haura Syazwina . Alahai , cair hati Firasy Adrian melihat manja isterinya itu . Tangan Haura Syazwina didepakan . Firasy Adrian menyambut . Tangan belah kanan di letakkan di bawah lutut isterinya dan sebelah lagi diletakkan di bawah bahu . Ala - ala bridemaids .

Mukanya kelihatan sungguh gembira apabila didukung oleh suaminya . Tergeleng - geleng kepala Firasy Adrian melihat ketidakmatangan isterinya . Kakinya digoyang - goyangkan . Excited mungkin .

Sampai sahaja di bilik tidur , dia meletakkan tubuh ramping isterinya di atas katil . Lah terlelap dah ? Tergeleng - geleng kepala Firasy Adrian .

Sungguh ! Setiap hari dia nampak usaha isterinya untuk memikat hatinya dan ,

YESSSS ! Hatinya perlahan - lahan terbuka untuk dia . Dia mengusap rambut isterinya lalu mengucup ubun - ubun isterinya dengan lembut .

"Goodnight sayang , jangan putus asa buka hati abang ye", ucapnya perlahan lalu masuk ke dalam tandas untuk membersihkan diri .

Air mata Haura Syazwina mengalir deras . Dia membuka matanya perlahan - lahan . Dia terharu ! Ingatkan selama ni suaminya tidak nampak usahanya namun sangkaannya meleset . Hatinya berbunga - bunga . Semakin bersemangat untuk dia buka hati suaminya .

Segera dia menutup matanya kembali apabila terdengar bunyi pintu tandas di buka . Terasa seperti ada orang baring disebelahnya . Tak semena - mena pinggangnya dipeluk . Posisi mereka sekarang , kepala Haura Syazwina berada di dada Firasy Adrian . Terdengar degupan jantung suaminya yang berdetak laju . Terbuai dirinya mendengar rentak itu . Tidak lama kemudian , dirinya sudah terlena bersama pelukan hangat dari suami tercinta .

"i love you abang"

*****

"Haura , bangun", kejut Firasy Adrian. Allahu , dah lambat dah ni . Minah ni tak bangun pula dari tadi . Haura Syazwina masih lagi tidur dan tiada tanda - tanda ingin bangun .

"Haura Syazwina Binti Shukri", jerit Firasy Adrian .

Terus terjaga Haura Syazwina dari mimpi lena . Dia menggosok - gosok dadanya akibat terkejut .

"Ya allah bang , terkejut Haura"

"Hah siapa suruh kau tak bangun - bangun dari tadi , dah lah kita ada meeting dengan client ni"

Membulat mata Haura Syazwina apabila dia mengingati mereka ada mesyuarat dengan klien terpenting .

Segera dia mengambil tuala dan lari masuk ke dalam tandas . Mengucap aje Firasy Adrian mampu melihat perangai isterinya . Macam budak - budak !

Sesampai sahaja mereka di restoran 5 bintang itu , segera mereka berdua lari . Kelakar pun ada .

"Maafkan kami sebab lambat , ada hal yang tak dapat kami elakkan", pinta Firasy Adrian . Haura Syazwina tercungap - cungap akibat membuat marathon seketika tadi .

Lelaki itu berpaling dan , terjatuh rahang Haura Syazwina . Apa mamat ni buat kat sini ?!

"It's okay Mr.Adrian , saya pun baru sampai , silakan duduk", ujar lelaki itu sambil tersenyum . Senyuman sinis . Mereka berjabat tangan tanda perkenalan .

"Thanks", ucap Firasy Adrian lalu melabuhkan punggung di atas kerusi empuk itu . Cuma Haura Syazwina masih enggan mahu duduk . Dia rasa seperti mahu melarikan diri sekarang ni .

"Haura , sit down", arah Firasy Adrian. Haura Syazwina terpaksa akur . Karang ingkar , dosa pula . Maklumlah bila suami jadi bos sendiri .

"So , Mr.Adrian , who is she ?", soal lelaki itu dengan senyuman sinis . Mungkin hanya aku yang perasan .

"Oh , she's my PA and also my wife"

"So beautiful", ujar lelaki itu dengan senyuman yang sukar ditafsirkan . Matanya juga tidak lepas menatap wajah wanita yang sangat dia rindui .

"Err Mr.Ammar , should we start discuss ?", tanya Firasy Adrian . Bukan dia tak perasan mata lelaki di hadapannya kini tidak lepas merenung wajah isterinya . Rasa cemburu kian terasa . Dia mahu cepat - cepat beredar dari sini .

"Oh sure"

Selepas sejam mereka berbincang , akhirnya tamat juga perbincangan mereka .

"Thank you Mr.Adrian", ucap Ammar .

"You're welcome , Mr.Ammar", balas Firasy Adrian .

"Do you happy with your wife?", soal Ammar kepada Firasy Adrian . Haura Syazwina sudah tidak senang duduk mendengar soalan itu .

Firasy Adrian mengerutkan dahi mendengar soalan tak semenggah dari Ammar . Nak kena belasah dengan aku ke apa mamat ni ?

"I'm sorry , kitorang kena gerak dah ni, ada hal lain pula", ujar Firasy Adrian. Dia menarik lengan Haura Syazwina lalu keluar dari restoran itu . Terasa panas sahaja walaupun restoran itu dipenuhi dengan penghawa dingin .

"Sumpah aku rasa nak bunuh mamat tadi tu , takde angin takde ribut nak tanya soalan macam tu", marah Firasy Adrian . Dia tidak sedar apa yang dia cakap kerana rasa cemburu menguasai dirinya .

Haura Syazwina menahan senyum . Kalau suaminya cemburu dengan Ammar , sudah tentu dia sudah membuka sedikit hatinya kepadaku . Ah bahagianya !

"Yang kau tersenyum - senyum kenapa ? Aku tengah marah ni"

Terhambur gelak Haura Syazwina . Firasy Adrian mendengus geram . Orang tengah cemburu dia boleh pula gelakkan kita .

Haura Syazwina memegang kedua - dua belah pipi Firasy Adrian . Memaksa Firasy Adrian memandang ke arah mukanya biarpun dia tidak mampu menatap mata helang milik suaminya .

"Are you jealous ? Awww , so cute", usik Haura Syazwina .

Muka Firasy Adrian berubah warna . Mukanya yang berkulit cerah senang untuk melihatnya blushing . Firasy Adrian menepis kedua - dua tangan Haura Syazwina yang berada di pipinya lalu bergerak ke arah kereta mereka .

Haura Syazwina tergelak kecil . Dia tidak terasa dengan perbuatan suaminya malah rasa bahagia !

Dia mengejar langkah Firasy Adrian lalu menjerit ,

"Abang jelessss !"

"Shut up , Haura !"

Gelak terkekek - kekek Haura Syazwina melihat suaminya . Semoga keadaan begini berkekalan hingga ke akhir hayatnya .

*****

Don't forget to vote and comment ❤

Mr. Hati Beku [C]Where stories live. Discover now