Bab 11

8K 396 11
                                    

"Sayang", panggil lelaki itu .

Aku memandangnya .

"Ye bang ?", soalku . Dia tersenyum ke arahku .

"Saja nak tengok muka sayang , pipi tu buat abang geram", balas lelaki itu sambil memicit pipiku . Aku tergelak kecil sambil menutup muka ku . Malu!

"Abaannggg , malulah sayang"

Adrian hanya merenung mukaku sambil tersenyum kecil .

"Kenapa abang perhati muka sayang macam tu ?", tanyaku .

"Sebenarnya abang ada benda nak bagitahu"

"Apa dia ?"

"Ab..Abang ada perempuan lain"

"Apa ?!"

"Maafkan abang"

Air mataku menitis . Aku menangis sambil memanggil-manggil Adrian yang semakin menjauh .

"Abangggg!!"

"Ya allah ! Haura !", segera Pn.Surya menerpa ke arah anaknya yang meracau-racau . Niatnya ingin mengejut anaknya kerana Adrian sedang menunggu untuk bawa Haura pergi tempah baju dan beli cincin .

Haura terjaga . Segera dia memeluk Pn.Surya . Pn.Surya menggosok-gosok belakang badan anaknya .

"Kenapa ni ?", soal Pn.Surya .

"Haura mimpi Adrian ada perempuan lain selepas kitorang kahwin", terangku .

"Haura , itu semua mainan syaitan . Dah-dah bangun , Adrian dah tunggu kamu kat bawah tu"

"HA ??!", terkejut aku . Segera aku menilik jam di dinding .

9 pagi .

Bapak awal sia dia sampai .

"Okaylah ma , nak bersiap ni"

   ****
Aku mengenakan blouse merah dan bawal hitam . Calit lipbalm . dah siap !

Tengok jam di tangan .

9.30 pagi .

Pergh , first time bhai aku siap awal macam ni . Excited punya pasal !

Aku menurun tangga dengan perlahan . Tiba-tiba aku teringat mimpi aku tadi . Nyah kau ! Itu semua mainan syaitan .

Aku menyalam mama .

"Pape roger ma", gurauku .

"Baik bosskur , hati-hati", balas mama. WAISH ! AHAHA !

Aku memakai kasut kegemaranku yang berjenama Nike berwarna merah .

"Sorry lambat", ucapku sambil tersengih memandangnya .

' sem gila dia ni duh . untung aku dapat dia ni '

Dia hanya ' hm ' . Ish sombong .

Kami memasuki kereta Audi R4 miliknya .

"Eh baju kita sama warna lah!"

Dia hanya buat tak tahu .

"Ey geramnya", omel Haura perlahan tapi sampai ke pendengaran Adrian .

"Iye geram dengan aku ?", soal Adrian sambil tersenyum sinis .

"Err...", aku rasa aku cakap perlahan je tadi . Betullah kawan-kawan aku kata , aku mesti tertelan mikrofon waktu kecil , mama pun kata aku buas dulu . Menyesalnya huhu .

"Sorry awak", ucapku sambil merenung mukanya yang sedang memandu .

Ya Allah , indahnya ciptaan Mu .

"Apa pandang-pandang ?"

Terkaku aku . Cepat-cepat aku alihkan pandangan ke arah luar . Malu yang teramat .

Bodoh bodoh ! Kau tengok dia macam nak makan tadi apahal ?

Tanpa dia sedar , Adrian menoleh ke arahnya . Terukir senyuman di bibirnya .

****

Adrian POV

Selesai parkir kereta , Adrian menoleh ke arah Haura . Patutlah diam je , tertidur rupanya .

Adrian perhatikan wajah Haura .

Terlukis senyuman di bibir Adrian .

Sungguh , perasaan sayang makin menggebu tapi saja nak acah-acah jual mahal . Nak tengok usaha Haura . Bukan dia tak tahu Haura saja nak tarik perhatiannya dari tadi . Dia juga takut untuk memberi hatinya pada Haura sebelum perkahwinan ini . Takut kisah dahulu berulang .

Dan dia berjanji , hatinya akan diserahkan sepenuhnya pada Haura selepas mereka berkahwin . Jangan terkejut Haura melihat perubahannya nanti muahaha .

"Wey bangun", kejut Adrian .

Haura masih lagi tidur . Amboi liatnya nak bangun .

Hehe . Adrian tersengih memikirkan idea untuk mengejut Haura .

"HAURA SYAZWINA"

"Ohmakkau terbalik"

Adrian gelak besar . Sungguh ! Comel sungguh !

"Awak ! Ya Allah , gugur jantung saya bila awak jerit macam ayah saya"

"Ada ciri-ciri jadi ayah kan ?", keningnya di jongket-jongketkan .

"Please stop doing that", ujar Haura .

Terdiam Adrian .

"Asal ?"

"Tahu tak hati saya lemah bila tengok muka awak ?"

Lantas selepas itu , Haura lari keluar dari kereta .

Aku terdiam seketika . Cuba mencerna ayat-ayat Haura .

Wait a minute...

Dia buat pickupline ke tu ? Oh my god, asal kau lembap sangat ni ? Tersenyum sampai ke telinga la jawabnya .

Berbunga hatinya .

Segera dia keluar dari kereta dan mengejar Haura .

****

Haaiii semua ! Already miss me ? Yeihhh 😂

Maaf semua , srs susah nak cari masa untuk update , author makin busy lately ni . busy dengan kerja sekolah . Bakar sekolah karang ey .

So , how about this chap ? Makin bosan kannn ?

Wait for next chap untuk lihat perubahan Adrian kesayangan korang 🙈

Author pun tak sabar hiks !

Jangan lupa ,

Vote and comment ❤


Mr. Hati Beku [C]Where stories live. Discover now