Bab 7

8.2K 425 10
                                    

"Ya Allah Airis ! Aku takut !", ujarku kepada Airis yang sedang membaca buku buat kali terakhir sebelum memasuki dewan peperiksaan .

"Insyaallah Haura , kita dah usaha yang terbaik . Kita perlu bertawakkal dengan apa pun result kita nanti", nasihat Airis membuatkan aku lega . Aku memeluk Airis .

"Thank you Airis sebab nasihatkan aku . Aku bersyukur ada kawan macam kau", ucapku sebak . Apahal aku ni tetiba feeling ni , baru kertas pertama . itupun belum mula lagi . Haih . Sebak macam dah nak terpisah.

"Kau ni kenapa tiba-tiba sedih semacam ? Kertas pertama pun tak lepas lagi , apapun , sama-sama . Kata sahabat dunia akhirat", ujar Airis . Kami sama-sama tergelak .

"Erm wey , aku nak gi kat Firasy jap boleh ?", tanyaku . Memandangkan ada lagi beberapa minit dan Firasy tengah study sorang-sorang . Apalagi , kita kacau ah ! Hehehe .

"Pergi jela", Airis hanya tersengih .

Aku mendekati Firasy yang sedang membaca kertas-kertas nota .

"Firasy!", jeritku .

Firasy yang sedang khusyuk membaca itu termelatah .

"Oh mak kau", latah Firasy seraya terlompat ke belakang .

Haura tergelak besar . Tak sangka mamat beku ni melatah .

"Eish minah ni !", geram betul Firasy dengan Haura . Tak guna kau ! Jatuh ego aku tau tak ! Tak macho dah !

"S-saya tak sangka a-wak melatah", ujar Haura sambil gelak . Takleh berhenti gelak bro ! Maaf !

"Ish diam lah", ujar Firasy . Tangannya menutup kedua-dua telinga . Malu aku ! Jatuh martabat aku depan minah ni . Erggghhhh !

"Kepada semua murid Tingkatan 5, sila berbaris di dewan terbuka sekarang ! 5 minit lagi kamu akan memasuki dewan peperiksaan"

"Alamak ! Goodluck Firasy", ucapku .

"Hm thanks"

Haura yang gelabah itu terus berlari ke arah Airis .

"Goodluck Airis"

"Goodluck too Haura"

                               _____

"Alhamdulillah", ucapku apabila keluar dari dewan peperiksaan .

"Kita...dah...MERDEKA!", laung aku dan Airis serentak .

"Wey tak sangka kita dah habis SPM", ujarku sambil menepuk tangan . Excited yang amat !

"Iye doo! Rasanya baru semalam kita ambil SPM", ujar Airis juga . Mukanya kelihatan teruja .

"Firasy!!", jeritku ke arah Firasy yang baru keluar dari dewan peperiksaan .

Firasy menoleh ke arahku lalu meneruskan langkah .

"Cissss", aku memasamkan muka .

"Rileklah brader , lepasni kau ada banyak masa . Boleh ajak dia keluar ke apa haaaaaaa", Airis memberi cadangan .

"Ye tak ye juga kan ! Daebak !"

Aku sudah membayangkan aku keluar date dengan Firasy di taman permainan . Omaigod !!

"Ha berangankan Firasy la tu", omel Airis .

"Hehehe macam tak kenal aku", aku tersengih .

Aku ternampak Firasy berborak dengan seorang perempuan . Mesra ! Dok senyum-senyum , gelak-gelak . Eeyyyyy !!! Ni nak marah ni .

Aku mendekati Firasy yang sedang gelak ketawa dengan Bella , perempuan paling gedik di sekolah ! Orang kata lah , aku tak pernah bertegur lagi dengan dia . Ehehe .

Damn it ! Asal dengan dia , Firasy boleh gelak , senyum ? Tapi dengan aku dan orang lain , MUKA MACAM TEMPE BASI ?!

Dia suka Bella ke ? Tak mustahillah . Bella ni lawa . Aku ni ? Hmm..

"Hai Firasy", tegurku apabila sudah berdiri di sebelah Firasy . Aku memerhatikan Bella yang nampak terkejut dengan kehadiran aku .

"I'm his girlfriend", ujarku sambil menghulur tangan ke arah Bella . Bella bertambah terkejut . Heh !

Bella menyambut huluran tanganku.

"I'm his real girlfriend", Bella tersenyum sinis . Aku pula terkejut plus rasa nak nangis . Patutlah tak layan perempuan , sebab dah ada Bella di hati .

Aku menoleh ke arah Firasy yang ada di sisi ku . Dia tidak memandang ke arahku tapi hanya menatap wajah Bella .

"B-betul ke , Firasy ?", tanyaku . Tolonglah jangan jawab ya .

"Yes", balasnya sambil menggangguk . Mereka berbalas senyuman . Aku hanya mendiamkan diri . Jantung jangan katalah , rasa macam nak pecah menahan perasaan .

"Takpelah , saya pergi dulu", ujarku perlahan .

Apabila sahaja aku membelakangi mereka , tangisanku pecah .

Aku mendekati Airis yang sedang membaca novel di bangku . Airis kelihatan terkejut .

"Ya Allah Haura ! Kenapa ni?!", tanya Airis bernada risau . Dia menyimpan novel tersebut di dalam begnya dan datang ke arahku . Dia memimpin aku ke arah bangku .

Aku lemah .

"A-airis , d-dia dah ad-a m-makwe", ujarku tersangkut-sangkut . Sakitnya perasaan ni .

"Yeker ?", tanya Airis . Dia memandang ke arah Firasy yang berada tidak jauh dari mereka .

'Dia dengan bella ? Takkan Bella awek dia? Bukan ke...hm lantaklah', omel hati Airis . Pelik .

"Dah-dah , sabar wey . Kalau dia jodoh kau , kau masuk bawah tanah sekalipun kau tetap akan jumpa dia . Pelik tapi benar", Airis menggosok belakang badanku .

Aku tergelak kecil dengar 'perumpaan jodoh' dia tu .

"Jangan putus asa , baru makwe belum isteri , kan ?"

Aku terdiam . Air mata yang membasahi pipi , aku lap .

"Ya betul ! Akan ku kejar cintamu , Mr. Hati Batu", tekadku .

______

Maaf guys , late update today . Busy huwaaaaa ! Tapi takpe , ni saya dah update , eheheSaya happy sebab dah 200+ readers ! Thank you guys sebab support cerita saya ihiks . Insyaallah saya try update awal , kalau lambat pun ,mungkin tengah malam lah 😂😂

Papepun jangan lupa ;

Vote and Comment ❤

Mr. Hati Beku [C]Kde žijí příběhy. Začni objevovat