Bab 8

8K 418 16
                                    

"Firasy!", marah Bella . Tangannya laju mencubit lengan Firasy .

"Aduh aduh sayang", Firasy menepis-nepis tangan Bella yang mencubit lengannya .

"Apa sayang-sayang? Nampak ni ?", Bella menayangkan buku limanya ke arah Firasy . Firasy tergelak .

"Iyela , aku gurau je", ujar Firasy .

"Tak baik tau tak buat dia macam tu , nampak tak dia menangis? Aku faham perasaan dia . Kami perempuan . Nak test pun tak payahlah sampai macam tu", omel Bella . Firasy hanya mengganggukkan kepalanya .

"Tapi kenapa dia menangis ?", tanya Firasy lurus .

Bella menepuk dahinya . Kenapa aku ada sepupu lembap macam mamat ni?

"Itu tandanyaaaa..", saja Bella berhenti bercakap untuk tengok apa jawapan Firasy .

"Tandanya dia mereng?", jawab Firasy.

"Ha amek kau!", Bella puas selepas dapat memukul kepala Firasy dengan buku nota di tangan .

"Ya allah , kenapa aku ditakdirkan dapat sepupu bengap macam dia ni?"

"Heleh , betullah aku tak tahu , aku mana pernah bercinta", balas Firasy sambil menggosok-gosok kepala yang baru dipukul Bella .

"Memanglah tak pernah bercinta dah kalau kau dok menunggu Syazwin ! Dah ada depan mata tiba-tiba kau buat dia menangis , kalau dia tawar hati dengan kau , i don't know", ujar Bella panjang lebar . Matanya melirik ke arah Firasy untuk tengok reaksinya.

"Tawar hati ?", gumam hati Firasy .

Firasy menggeleng-gelengkan kepalanya . Tak boleh ! Tak boleh !

Bella yang dari tadi memerhati , tersenyum sinis . Blur sungguh mamat ni . Dah tahu tu , pergilah pujuk . Ha tak pasal-pasal terkutuk sepupu sendiri .

"Yang kau dok geleng-geleng ni apahal? Tak reti nak pergi pujuk ke ?", perli Bella .

Firasy masih statik . Bella sudah pelik.

"Jangan cakap yang kau tak reti memujuk ?", teka Bella . Matanya sudah tajam menikam mata Firasy .

Firasy hanya tersengih seperti kerang busuk yang bertahun-tahun tak mandi .

"Aku rasa nak campak kau dalam gaung sekarang ni"

"Janganlah , ajarkanlah untuk aku"

"No , pergi pujuk sendiri"

"Please ! Kata taknak tengok Haura sedih"

"Erghh yelah . Janji lepas ni belanja aku aiskrim banyak-banyak"

"Okey"

Bella hanya menggelengkan kepalanya melihat kebengapan sepupunya ini .

"Kau kena buat macam ni...."

****

Haura yang sedang termenung terkejut apabila ada orang duduk di sebelahnya tapi dia malas nak menoleh . Biarlah sesiapa pun duduk , bukan tempat dia pun .

Sakit .

Ye , itu perasaannya sekarang bila dapat tahu pencuri hatinya sudah dimiliki orang .

Tapi , bak kata Airis , kalau dah jodoh, masuk bawah tanah pun boleh jumpa.

Aku tersengih .

Dan aku bertekad , untuk merampas Firasy dari Bella . Nampak macam jahat , tapi kita kena usaha untuk dapat apa yang kita nak kan ?

Mr. Hati Beku [C]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz