Bab 19

7.3K 338 6
                                    

Haura Syazwina membuka mata perlahan - lahan . Kepalanya masih pening dengan kesan bau kloroform yang dihidunya .

Dia cuba untuk bergerak namun tak berjaya . Tangannya diikat pada kerusi yang didudukinya . Kakinya juga diikat .

"Bangun dah ? Bagus . Lama kau tidur", sapa seseorang . Haura Syazwina memandang lelaki itu . Pucat tak berdarah mukanya .

"Lepaskan aku Ammar !", jerit Haura Syazwina .

"Tch..tch..tch..Kau fikir sesenang gitu je aku nak lepaskan kau ?", Ammar tersenyum sinis . Dia mendekati Haura Syazwina . Dia membelai pipi Haura Syazwina .

Haura Syazwina mengelak . Jijik !

"Berani ye kau!", berangnya lalu menampar pipi kanan Haura Syazwina .

"Sakitlah bodoh!", jerit Haura Syazwina . Dia cuba untuk membuka tali tapi tak berjaya . Ketat !

"Aku bodoh ? Kau tu yang bodoh sebab suka dekat lelaki tu !", Ammar menarik rambut Haura Syazwina sampai wanita itu terdongak . Perit yang Haura Syazwina rasakan . Tudungnya entah ke mana .

"L-lepas", rayu Haura Syazwina . Air matanya mengalir .

Ammar menampar pipi kiri Haura Syazwina pula .

"Jangan sesekali suruh aku lepaskan kau", amuk Ammar . Dia tergelak jahat .

"Bawa jantan sial tu masuk", arah Ammar kepada seorang lelaki yang setia berdiri di depan pintu .

"Abangg..", makin deras air mata Haura Syazwina apabila terlihat suaminya yang sudah lunyai dikerjakan oleh anak buah Ammar .

"Jangan sakiti dia Ammar ! Kau ambillah aku tapi jangan sakitkan suami aku !", rayu Haura Syazwina . Air matanya tidak berhenti dari tadi .

"Sa...sa..yang", panggil Firasy Adrian lemah . Haura Syazwina makin kuat menangis nampak suaminya yang benar - benar lemah . Ammar kejam !

"Ma..afkan ab..ang , ja..jagakan an..nak ki..ta baik - b..aik , didik dia jadi an..nak yang sole..h", pesan Firasy Adrian . Dia sudah terlalu lemah dibelasah anak buah Ammar .

Haura Syazwina menggeleng .

"Tak bang , kita jaga anak kita sama - sama"

"Hahahaha ! Awww dua merpati dua sejoli ni", Ammar tergelak kuat sehingga bergema satu gudang ini .

"Adrian , daripada kau bagi pesanan , baik kau berdoa sebelum terlambat , biar Allah masukkan kau ke Syurga", sinis Ammar .

Haura Syazwina berkata dalam hati . Oh , ingat Allah juga mamat ni .

BANG ! BANG !

"ABANGGG!"

Terjaga Firasy Adrian dari tidur mendengar isterinya meracau - racau.

"Sayang ? Eh bangun !", Firasy Adrian menggoncang badan isterinya .

Terduduk Haura Syazwina selepas terjaga dari mimpi ngeri itu . Dia segera memeluk badan suaminya .

"Abang , jangan tinggalkan saya", ujar Haura Syazwina sambil menangis .

"Shh..shh.. abang ada kat sini", dia mengusap - ngusap belakang badan isterinya .

"Sayang mimpi apa ni sampai macam ni sekali?", soal Firasy Adrian .

"S-saya mimpi ab-bang kena t-tembak depan mata sa-ya", susah payah Haura Syazwina mahu menerangkan .

Firasy Adrian terdiam .

"Abang ?", tegur Haura Syazwina selepas merasakan usapan Firasy Adrian kepadanya terberhenti .

Mr. Hati Beku [C]Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu