Special Chapter

6.8K 302 9
                                    

"Haris !" laung Hana yang sudah berumur 12 tahun.

"Yes kakak ?" Haris datang ke arah kakaknya yang sedang memeluk tubuh memandangnya.

"Ini siapa yang buat ni ?" soal Hana. Mata dikecilkan memandang adiknya yang berumur 7 tahun.

Haris memandang ke arah buku tulis yang sudah comot dengan lukisannya.

"Adik" Haris membuat muka slumber.
"Ishhh ! Nasib baik kakak sayang Haris tahu tak !" naik turun nafas Hana menahan marah. Haris pula sudah datang memeluk kakaknya.

"Owiii kakak.. Adik tak sengaja. Adik ingatkan itu buku conteng.. sebab adik tengok buku tu pun buruk" lantas Haris lari ke ruang tamu di mana tempat mama papanya berehat.

"HARISSSSSSSS"

"Kenapa dengan kakak kamu tu ?" soal Haura Syazwina kepada Haris Farell yang sedang berlari ke arahnya.
"Hehehe takde pape" sengih Haris sehingga menampakkan lesung pipitnya.

"Ini mesti kamu usik kakak kamu lagi kan ?" tanya Firasy Adrian. Tahu sangat dah perangai anaknya ini. Suka usik kakaknya.

"Mana adalah"

"Jangan nak tipu eh adik !" sampuk si kakak yang sedang turun dari tangga. Dia menuju ke arah mereka dengan muka masam.

"Haris.. baik kamu jujur.. kamu buat apa dekat kakak kamu ?" lembut suara Haura Syazwina menyoal anaknya.

"Haris terconteng buku tulis kakak.. adik tak tahu itu buku sekolah.. adik ingatkan itu buku conteng" Haris menundukkan kepala.

"Budak ni.. kakak tak marah pun tapi adik kata tulisan kakak buruk.. itu yang geram tu" Hana datang menarik lengan adiknya. Dia memeluk adik kesayangannya ini.

"Ha Haris.. minta maaf dengan kakak cepat.." pinta Firasy Adrian. Haura Syazwina angguk setuju.

"Salam cepat. Kalau tak mama tak mahu kawan Haris"

"Sowii kakak.. Haris tak sengaja.. nanti adik tolong kakak buat kerja sekolah kakak" mencebik-cebik bibir Haris.

"Betul ni nak tolong ? Itu buku matematik tau" duga Hana. Segera Haris menggeleng kepala.

"Tak mau tak mau ! Adik benci matematik"

Riuh galak tawa mereka di ruang tamu.

______

"Hana , Haris . Sini sekejap" panggil Firasy Adrian dari bilik tidur.

"Yee ?" terdengar sahutan mereka. Tidak lama kemudian, bilik mereka dipenuhi dengan celoteh dua beradik itu.

"Ada apa mama papa panggil kitorang?"

"Sempena Hana dapat 6A UPSR, kami cadang nak bawa korang ke Cameron Highland ! Sorry tak boleh bawa korang ke tempat jauh kalini sebab papa ada kerja sikit nak kena buat dekat Cameron tu.. alang-alang, bawa korang berjalan"

"Yeay yeay" terloncat-loncat dua beradik itu kegembiraan. Haura Syazwina senyum kecil melihat mereka gembira.

"Dah tidur, esok kita gerak.. lepas solat subuh jangan tidur balik, kemas baju" arah Firasy Adrian. Mereka mengangguk kepala sambil tersenyum lebar. Mereka memeluk Firasy Adrian.

"Thankyou Papa !" pipi Firasy Adrian dicium. Selepas itu giliran Haura Syazwina pula dipeluk dan dicium.

"Thankyou Mama !"

Mr. Hati Beku [C]Место, где живут истории. Откройте их для себя