Bab 16

7K 354 10
                                    

Seorang lelaki mengeluarkan telefon bimbit berjenama epal kena gigit dari seluar slack . Tangannya lincah mencari nama dalam senarai panggilan . Tak sampai sesaat , tangannya menekan nama seseorang .

Allyas Hakim

Setelah panggilan disambungkan , lelaki ini memulakan bicara .

"Kim..i have a job for you"

"wuuu lama aku takde job ni , apa dia tu ?", balas orang di dalam panggilan .

"Cari segala maklumat pasal mamat ni"

"Siapa tu ?"

"Ammar Firdaus Bin Jamal"

"Bereh boh , male ni jugok kawe bagi"

"Baguslah macam tu"

"K , gerak lu, assalamualaikum"

Panggilan diputuskan selepas salam di balas .

Senyuman sinis terukir di bibir lelaki itu .

"Don't play with Firasy Adrian", sengihan sinis terbit di bibir mugil milik lelaki itu .

Selepas itu , dia menekan punat telekom yang menyambung dengan bilik pembantu peribadinya .

"Come in", arah Firasy Adrian . Dia pun tak tahu kejadah apa dia panggil isteri dia untuk masuk . Yang pasti dia rasa nak tengok wajah cantik isterinya .

Tok..tok..

"Masuk"

Pintu dibuka dan terjegul kepala Haura Syazwina . Tersenyum manis si isteri ke arahnya .

"Ye bos ? Do you want anything ?", soal Haura Syazwina . Buku dan pen setia di tangannya .

Persoalannya di biarkan sepi di bawa angin .

Firasy Adrian sibuk menilik wajah si isteri . Sehari tak pandang tak sah . Rasa rindu membuak - buak . Aish , jatuh cinta dah kau ni Adrian !

Haura Syazwina kecut perut apabila suaminya merenung mukanya bagai nak terkam . Aku ada buat salah ke ? Mata helang suaminya membuatkan hatinya bergetar laju . Tak tentu arah jadinya .

"A—awak ?", panggil Haura Syazwina selepas tak dapat menahan getaran di dada .

Tersentak Firasy Adrian . Dia berdehem untuk menghilangkan rasa malu . Apa kau ni usya muka bini kau?

"Asal kau masuk sini ?", tanya Firasy Adrian . Sarkastik sungguh nada .

"Aik ? Awak yang panggil tadi", balas Haura Syazwina . Mukanya berkerut . Dah kenapa suami dia ni ?

"Oh..er— buatkan aku kopi"

"Baik", selepas itu , perlahan isterinya keluar dari bilik itu .

Firasy Adrian menepuk - nepuk dahi . Memalukan betullah kau ni .

Firasy Adrian memegang dadanya yang berdebar laju . Apahal kau ni Adrian ?

Jatuh cinta dah ke ? Tergeleng - geleng kepala menafikan kenyataan tersebut.

Tak lama kemudian , bibir mengukir senyuman .

"Errr—"

Terus mati senyuman Firasy Adrian . Terpandang isterinya yang sedang membawa cawan . Tajam mata memandang wajah isterinya . Saja nak usik .

"M—maaf , saya dah ke—ketuk tapi awak tak nyahut , jadi saya main masuk je", gagap - gagap Haura Syazwina ingin menerangkan . Tercuit hati Firasy Adrian melihat isterinya yang tak tentu arah .

Perlahan - lahan Firasy Adrian mendekati isterinya yang berdiri tegak seperti patung . Haura Syazwina berundur ke belakang dan akhirnya terduduk di atas sofa .

Haura Syazwina memejam rapat matanya . Tak mampu nak menatap mata helang suaminya .

Firasy Adrian mendekatkan bibirnya ke telinga Haura Syazwina dan berkata ,

"Thank you for the coffee , wife"

Bagai nak tercabut jantung Haura Syazwina bila si suami bisik seperti itu . Nak tercabut nyawa kau tahu !

Lalu Firasy Adrian menjarakkan dirinya . Kepala isteri yang dilapik dengan tudung digosok . Cute !

"Errr—sa-saya masuk bilik du-dulu", terus Haura Syazwina melarikan diri .
Tergelak besar Firasy Adrian .

I think i've fall in love !

*****

Pak !

"Nah , maklumat yang kau nak", ujar Hakim . Fail coklat itu di campak ke atas meja .

Firasy Adrian segera mengeluarkan isi - isi kertas yang terkandung di dalam fail coklat itu .

"Apahal kau minta aku cari pasal mamat tu ?", soal Hakim .

"Dia ni partner company aku . Boleh dia tanya aku bahagia ke tidak dengan bini aku , pastu dengan senyum sinis dia tu , rasa nak tembak je muka dia tu", jelas Firasy Adrian dengan mimik muka yang tak puas hati .

Hakim tersenyum . Aik ? Jatuh cinta dah ke kawan aku ni ?

"Kau pahal senyum - senyum ?", tanya Firasy Adrian geram .

"Aku rasa kau ni dah jatuh cinta"

Firasy Adrian merengus . Hakim sudah ketawa besar melihat muka kawan baiknya yang sudah merah .

Malu tapi mahu !

"Apa salahnya jatuh cinta dengan isteri sendiri ? Kan bahagia gitu", usik Hakim .

"Baik kau diam sebelum aku tembak muka kau guna pistol ni"

"Eleh , mat beku jatuh cinta dengan bini sendiri lah", galak Hakim mengusik rakannya . Ketawanya juga makin kuat .

"Dahlah , baik aku balik"

"Wuhuu nak jumpa bini la tu"

Bang !

Terdiam Hakim apabila peluru tersebut betul - betul melalui tepi mukanya .

"Aku dah kata diam kan", ujar Firasy Adrian . Pistol tersebut di simpan di poket belakang seluarnya .

"Rileklah bro , itu pun nak take it serius , lupa pula , kau kan mafia tergerun", kedua - dua belah tangan di angkat .

Firasy Adrian terus keluar dari mantion peninggalan arwah ayahnya . Kata - kata Hakim hanya dibiarkan di bawa angin .

"Ammar Firdaus , you mess with the wrong guy", senyuman sinisnya terbit di bibirnya .

Laju kereta Audi R4 memecut keluar dari kawasan mantion . Tujuannya hanya mahu pulang ke rumah . Nak tengok muka isterinya . Eh eh ?

*****

Don't forget to vote and comment ❤












Mr. Hati Beku [C]Where stories live. Discover now