BAB 3

1.3K 109 6
                                    

BAB 3

PRIVATE HOSPITAL Z

DOKTOR di hadapan Kenny sedang memerhatikan gambar MRI di dalam tangannya dan sesekali menoleh pula ke arah Kenny yang hanya menunggu jawapan daripadanya.

       Kenny telah koma hampir beberapa bulan akibat kecederaan di kepala dan bahagian tulang belakangnya. Dia sebenarnya hampir sahaja kehilangan nyawanya tapi dia sangat bertuah kerana masih mempunyai peluang untuk meneruskan hidup. Serangan Daragon Valhala memang masih bermain dalam ingatannya dan dia tidak akan lupa wajah pembunuh yang naik ke atas bumbung kediaman Wolfs 5 dua tahun yang lalu. Tembakan yang dia lepaskan hampir tembus di kepalanya tapi dia mengelak dan terjatuh ke atas bumbung.

Hentakan yang kuat telah menyebabkan tengkorak kepalanya sedikit retak dan tulang belakangnya sedikit luka. Dia ambil masa setengah tahun untuk pulih seperti biasa tapi tetap saja dia selalu berasa sakit di bahagian kepalanya.

       "Kau okay Kenny. Rasa sakit tu terjadi kalau kau terlalu banyak bergerak dan lakukan aktiviti lasak. Kau kena ingat... walaupun tak retak teruk, ia tetap ada kesan berpanjangan." Jelas Doktor itu.

       "Saya tahu Doktor, tapi selalu sangat sakit kepala dan saya tak selesa nak buat kerja. Doktor pun tahu bidang kerja saya macam mana."

Doktor itu hanya diam. Dia memang tahu Kenny itu siapa.

      "Kau masih pilih nak balas dendam dengan Daragon Valhala? Bukankah mereka semua sudah dihapuskan?"

Kenny menggeleng.

      "Saya dapat tahu Daragon Valhala hanya kambing hitam sahaja, yang bunuh ayah saya memang Daragon Valhala... tapi dia juga ketua kongsi gelap The posion yang saya ikut sekarang ni... Daragon Valhala dah musnah... saya nak musnahkan The Poison juga." Tekad Kenny.

Doktor itu hanya mengangguk. Dia tidak akan faham kerja dan tujuan Kenny. Dia hanya bertugas merawat sakitnya.

       "Kalau macam tu, kita jumpa lagi di lain pertemuan, 3 month from now. Masa dan tempat biasa... jaga diri kau baik- baik. Jauhkan diri daripada dadah dan alkohol kalau boleh."

Kenny tertawa kecil. Mana mungkin dia mampu menjauhkan diri dari semua  benda yang disebut oleh Doktor tadi.

      "Saya cuba." Jawab Kenny dan terus pergi dari situ.

MARKAS THE POISON

Sebuah kereta Import sport berwarna hitam metalik di parkir kemas di hadapan sebuah bangunan mega. Bangunan itu tampak seperti bangunan biasa yang terletak di tengah bandar tapi siapa tahu di dalamnya adalah markas sebuah kumpulan kongsi gelap yang mempunyai pengikut ramai.

Bullet dibawa masuk sehinggalah di hadapan pintu lif. Dia masuk ke dalam lif dan menekan nombor 4. Dia hanya perlu mengikuti arahan daripada seseorang yang selalu menghubunginya di dalam talian. Dan pagi ini dia dikejutkan dengan sebuah panggilan yang mahu dia ke bangunan itu untuk berjumpa dengan seseorang.

TING!

Tiba sahaja di tingkat keempat bangunan Itu, Bullet keluar daripada lif dan di hadapannya sudah ada sebuah bilik pejabat yang membuat dia sedikit gugup. Di bilik itu kelihatan beberapa orang lelaki berpakaian hitam, dan mereka semua memandang ke arahnya sejurus dia masuk ke dalam ruang pejabat itu.

THE GANGSTER WHO LIVED NEXT DOOR [ BOOK 4 ]Where stories live. Discover now