BAB 9

1.2K 105 7
                                    

BAB 9

HEXA BUILDING

AWAL pagi lagi, Agent Sylish dan Ageny Gunny tiba ke pejabat utama untuk berjumpa dengan Tuan Brian sekali lagi. Kononnya dia ada menemukan maklumat baru untuk membantu mereka menjejaki suspek utama kepada aktiviti penyeludupan Barangan antik.

Masuk sahaja di bilik mesyuarat, tuan Brian dan seorang lagi lelaki yang kelihatannya bukan warga tempatan tersenyum kepada mereka berdua.

        "Selamat pagi Agent Sylish dan Agent Gunny." Kata Tuan Brian. Dia mempersilakan mereka duduk.

        "Selamat pagi Tuan Brian. Minta maaf kami lewat sikit. Jalan raya sesak pagi ni." Kata Agent Gunny.

       "Oh. It's okay. Saya nak jumpa korang pun sebab saya nak kenalkan Agent Kiyota Hiro kepada korang berdua. Dia akan bantu korang jejaki suspek kita."

Sylish dan Gunny menoleh ke arah agent Kiyota Hiro. Rupanya tepat dugaan mereka berdua. Dia bukan orang tempatan. Wajahnya juga memang cukup menyakinkan Sylish yang dia adalah orang Jepun.

Kiyota Hiro berdiri dan tunduk memberikan tanda hormat kepada Sylish dan Gunny.

      "Nice to meet You." Kata Kiyota Hiro.

Sylish dan Gunny hanya mengangguk. Mereka akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Kiyota.

SATU jamuan ringgan dijalankan untuk meraihkan kedatangan Agent Kiyota Hiro di agensi itu. Dia nampak seorang yang sangat pendiam dan suka menyendiri. Adakah disebabkan dia hanya tahu berbahasa Jepun? Tapi tadi dia memperkenalkan diri dengan bahasa Inggeris. Sylish mendekati Kiyota Hiro.

      "Welcome to our agency... it's gonna be really fun to work with You." Kata Sylish.

Kiyota Hiro hanya mengangguk.

       "Me too. Don't worry. I can speak malay if You want... Tuan Brian cakap malay dengan saya... saya okay. Saya faham. Dah lama saya kerja dengan dia."

Sylish tergamam. Agak terkejut bila mendengar Kiyota berbahasa Melayu. Dia tersenyum.

      "So, kenapa kau? Kau pun dah lama siasat aktiviti penyeludupan barangan antik ni ke?"

      "Ya. Dah lama. Tugas saya adalah mencari barang antik yang dicuri di tempat saya. Saya tak akan masuk campur urusan korang yang lain... tapi kita cari orang yang sama... the stealer. The Poison."

Mendengar nama The Poison, Sylish terus terdiam.

      "Kau rasa mereka terlibat ke?"

       "Yes. It's was them. I killed one of the Leader... tapi tak sangka mereka ada pengikut yang lebih ramai. So, that's why i come back to haunt them again." Jawab Kiyota.

Sylish tersenyum. Dia mengangkat gelas dan dilagakan dengan gelas si Kiyota.

        "Cheers! Goodluck!" Kata Sylish.

        "Ya. Goodluck too!" Balas Kiyota.

🥃🥃🥃🥃🥃

DIM sudah mengubah Apartment mewah itu kepada sebuah galeri yang diinginkan oleh Bjorn. Kotak- kotak besi yang penuh dengan pelbagai jenis barangan antik mula diletakan di tempatnya masing - masing. Dim memerhatikan pekerjanya menyusun barang- barang antik itu di setiap rak yang dia sediakan.

         "Careful with that. Benda ni lebih mahal daripada Apartment ni." Kata Dim kepada mereka.

       "Baik Bos." Jawab mereka sambil meneruskan kerja masing- masing.

THE GANGSTER WHO LIVED NEXT DOOR [ BOOK 4 ]Where stories live. Discover now