BAB 6

1.3K 101 9
                                    

BAB 6

BEBERAPA buah kereta memenuhi kawasan bangunan konglomerat di tengah kota itu. Sebuah kereta yang baru masuk diiringi oleh beberapa badan berkuasa. Nampaknya orang yang ada di dalamnya terdiri daripada golongan yang berkuasa atau berjawatan tinggi.

Pintu dibuka dan Bodyguard mengambil tempat masing- masing. Pistol sudah ada di dalam tangan, dan setiap penjuru dikawal rapi.

        "Tuan, kita sudah sampai. Ikut sini." Ketua Bodyguard menjemput lelaki kehormat itu masuk ke dalam bangunan itu. Mereka berjalan bersama- sama.

Pintu dibuka luas, semua orang yang ada di dalam terus bangun bila lelaki kehormat tadi masuk dan mencari tempat duduk khas untuknya. Dia mengeluh kecil sebelum duduk.

        "Selamat lagi Tuan Brian." Kata Seorang lagi lelaki yang berpakaian segak dengan uniform anggota polis.

Tuan Brian menoleh ke arahnya.

        "Ya. Selamat lagi Inspektor Hew. Boleh teruskan dengan point perjumpaan hari ini?" Balas Tuan Brian.

Perjumpaan itu adalah aturan daripada badan berkuasa untuk menyelesaikan masalah penyeludupan barangan antik yang semakin berleluasa. Satu badan khas telah ditubuhkan untuk mencari dan menyiasat siapakah dalangnya. Semua yang berada di dalam bilik itu adalah ahli yang dipilih dan bertanggungjawab menjalankan penyiasatan bagi kes tersebut.

         "Presiden sudah bagi lampu hijau untuk teruskan penyiasatan. Oleh itu, saya bawa dan gumpulkan agent terbaik saya untuk bantu selesaikan masalah ni. Kenalkan, ini Agent Gunny dan Agent Sylish. Mereka antara agent yang terbaik dan terpilih untuk bantu kita selesaikan kes ini." Kata Inspektor Hew.

Tuan Brian mengangguk. Dia bersalaman dengan agent yang diperkenalkan kepadanya itu. Seorang lelaki dan seorang lagi wanita. Kedua- duanya nampak hebat.

       "Cool. Sekarang... boleh bagitau saya apa- apa maklumat tentang pihak yang jadi suspek jalankan penyeludupan ni?" Tanya Tuan Brian.

Agent Sylish maju ke depan. Skrin putih menunjukkan beberapa buah gambar manusia.

        "Hasil penyiasatan saya dan agent Gunny, kami sedang mengekori dua orang lelaki ni. Pertama sekali, Bjorn. Dia tak ada maklumat peribadi yang tepat... dia hanya aktif ke luar negara dan pernah dilihat keluar masuk ke dalam galeri barangan antik. Dia dikatakan telah menjual beberapa barang antik yang antaranya barangan antik yang hilang. So dia adalah suspek kita."

Wajah Bjorn jelas di skrin putih itu. Tuan Brian mula mencatat dan mengambil gambar.

       "Suspek kedua, UNKNOWN. Tak ada maklumat ditemui tapi dia bukan orang tempatan. Dia ada banyak kenalan daripada luar negara... bertanggungjawab jadi agen jualan dan jadi orang tengah kepada aktiviti mereka. Agent Gunny sedang cuba dekati dia dan dapatkan lebih banyak maklumat." Agent Sylish tunduk tanda penerangannya sudah habis.

Tuan Brian berfikir sejenak.

         "Dia orang ni masih tak cukup untuk kita ketahui siapa dalang utamanya. Teruskan siasatan dan pastikan ia cepat." Kata Tuan Brian.

Agent Sylish dan agent Gunny bangun serentak dan menundukkan kepala.

       "Copy that sir!" Jawab mereka serentak.

PEJABAT PERIBADI AGEN

SYLISH menghabiskan kopi dan memeriksa semula fail berisi maklumat tentang Bjorn. Sebenarnya dia tak kenal sangat dengan lelaki itu tapi dia menyamar menjadi salah satu pelawat galeri barangan antik dan melihat dia kerap kali ada di setiap festival dan salah satu pembeli dan penjual tegar. Dia ekori dalam beberapa bulan dan mula syak dia berkerja dengan satu badan yang lebih besar dalam perniagaan haram itu.

THE GANGSTER WHO LIVED NEXT DOOR [ BOOK 4 ]Where stories live. Discover now