BAB 11

880 72 2
                                    



BAB 11

Dim mempersilakan seorang gadis tinggi lampai masuk ke dalam galeri Apartment itu. Dengan gaun merah dan rambut terurai panjang, kedatangannya menarik perhatian pengunjung yang ada. Bjorn memerhatikan gadis yang datang bersama Dim itu.

        "Ahh, Bos. Kenalkan ini kawan saya. Sylish. Dia peminat barangan antik. Mungkin bos boleh bawa dia tengok- tengok barang antik yang kita ada. Dia nak beli untuk dihadiahkan kepada datuk dia." Kata Dim memperkenalkan Sylish kepada Bjorn.

Anak mata Bjorn melirik ke arah gadis cantik itu. Mereka bersalaman dan Bjorn mengucup tangan Sylish.

       "Welcome to the festival Miss Sylish?"

       "Thank You. Dim dan saya memang kawan baik... dia selalu bagitau saya pasal barangan antik... baru kali ni saya berpeluang ke festival macam ni... tak sabar nak miliki salah satu daripada koleksi yang ada." Kata Sylish.

Bjorn hanya mengangguk. Dia memaut bahu Sylish dan membawanya memerhatikan rak- rak yang penuh dengan pelbagai barangan antik itu.

Sylish memerhatikan setiap rak itu. Kalau Tuan Brian melihat semua itu, pasti dia akan tahu dari mana datangnya semua barangan itu diseludup.

        "Hmmm. Yang ni cantik... pasu ni datang dari.."

       "Ohh ini...pasu bunga tembaga. Antik sangat. You suka?" Tanya Bjorn.

Sylish hanya senyum.

      "Boleh tahan. Tapi saya tak suka tembaga. Saya lebih suka pasu seramik..."

       "Pasu seramik? Oh. Sini... ada banyak di sini." Bjorn menarik tangan Sylish ke arah rak sebelah kanan. Di situ ada lebih banyak barangan antik yang diperbuat daripada seramik seperti yang diinginkan oleh Sylish.

       "Wow. They're pretty. Di mana kau dapat semua ni? I mean... how?" Sylish menyentuh salah satu pasu seramik yang ada. Bjorn hanya tersengih.

       "I can't tell You that. Let's Us just say... harta milik nenek moyang. Too much to keep.. better selling It to the right people.. i mean orang yang suka barangan antik." Jawab Bjorn.

Sylish menghenyit matanya. Nampak sangat Bjorn tidak mahu memberitahu dimana dia mendapatkan barangan antik itu. Sylish gagal mendapatkan maklumat daripada lelaki itu tapi dia tidak akan putus asa. Itu adalah percubaan pertamanya.

        "Emm. Saya nak pasu ni. This one... yang ada corak peacock tu. I like It. Colourful. Tapi saya tak boleh bawa benda ni malam ni... boleh tak kau tolong saya bawa benda ni ke Apartment saya esok malam?" Kata Sylish tiba- tiba.

Bjorn mengurut dagunya. Kalau dia menolak, hilang pula puluhan ribu untuk harga pasu itu. Kalau dia bersetuju, Sylish gadis yang cantik. Dan gadis cantik adalah kegemarannya.

       "Sure. Boleh... saya akan suruh orang saya simpan pasu ni dan bungkus elok- elok. Jangan lupa send me Your address... this is my number." Bjorn memberikan sekeping kad perniagaan kepada Sylish. Mereka bertukar senyuman dan Bjorn menjemput Sylish minum bersama.

Kiyota Hiro memerhatikan gelagat Agent Sylish yang sedang mendekati Bjorn. Gadis itu memang pandai berlakon. Dengan gaun merah seksi yang dipakainya itu, mana mungkin Bjorn tahu dia itu seorang agent pintar. Kiyota Hiro menoleh pula ke arah Kenny yang sedang bersendirian di sudut Apartment itu. Seperti jiwanya bukan ada di situ. Kiyota mengambil gambarnya dan menghantarnya kepada seseorang.

MARKAS WOLFS

WILLIAM dan Qavin hanya memerhatikan gambar yang baru dihantar oleh Kiyota Hiro kepada mereka berdua. Sudah lama Kenny meninggalkan Wolfs tapi mereka masih mengambil tahu tentang dirinya. Mereka masih tidak pasti apa sebabnya Kenny meninggalkan Wolfs.

THE GANGSTER WHO LIVED NEXT DOOR [ BOOK 4 ]Where stories live. Discover now