BAB 19

803 68 1
                                    



BAB 19- SEMIFINAL

Kenny mati langkah bila melihat Bullet berada di dalam genggaman Bjorn. Tapi bagaimana Bjorn boleh mendapatkan Bullet? Dia ada di Rumah Agam Wolfs 2. Tiada siapa dibenarkan masuk ke situ.

"Macam mana kau boleh dapatkan Bullet?!" Jerit Kenny.

Bjorn hanya tersengih dan mengeluarkan sekeping kertas yang dia sembunyikan di dalam anak bajunya. Tando yang masih dalam kebingungan tidak berganjak dari situ.

"Baca laporan ni. Baca!" Bjorn memberikan kepingan kertas itu kepada Bullet.

Dengan rasa takut, Bullet mengikut sahaja arahan Bjorn. Kenny memerhatikan Bullet yang sedang berada dalam ketakutan di sebelah Bjorn. Kepalanya dihalakan dengan pistol. Kalau dia tidak ikuti kehendak Bjorn, dia pasti akan dicederakan.

'Kenny Wolfs 2, dia menemui saya ketika saya masih kanak kanak lagi. Kenny mencari saya selepas saya pergi ke London. Bila dia tahu saya dah kembali ke Malaysia, dia jejaki saya tapi dia tak sangka saya adalah anak Jiaja, musuh Wolfs, yang juga membunuh ayahnya. Sebab itu lah dia Sertai The Posion dan mahu memusnahkan The posion. Watch out!'

Bullet membaca laporan itu dengan suara terketar- ketar. Tando terus merenung ke arah Kenny. Dia melonggarkan ikatan tali lehernya dan terus mendekati Kenny.

       "Berani kau tipu saya. Kau nak musnahkan saya dan The Posion? Langkah mayat saya dulu!" Kata Tando.

Dia mengarahkan pengikutnya memberikan dia sepucuk pistol. Kenny hanya diam tanpa sebarang tindakan. Bila hujung pistol diacukan di kepala Kenny, Bullet terus menjerit.

       "Kenny!!"

PAP!

Bjorn menampar pipi Bullet. Dia rentap rambutnya dan dia tolak semula Bullet masuk ke dalam kotak besi. Bullet cuba bangkit tapi Bjorn mengunci kotak itu dan dia duduk di atasnya sambil tertawa menunggu Tando menembak kepala Kenny.

       "Kau akan mati sama macam ayah kau mati!" Bisik Tando.

Kenny menutup matanya.

BANG! BANG!

Dua butir peluru tembus di badan Bjorn dan dia terus rebah di atas pentas. Tando tersentak dan dia terus diheret oleh pengikutnya.

       "Hati- hati, ada musuh sedang menyerang dari jauh!" Jerit mereka.

Tando menoleh ke arah pentas. Kelihatan Bjorn sedang terdampar dan darah merah mula bertakung di seluruh badannya.

      "Bjorn!" Tando kembali semula ke arah pentas.

BANG!

Kali ini tembakan dilepaskan lagi. Bodyguard yang melindungi Tando terkena peluru itu. Tando tunduk dan dia merangkak naik ke pentas. Dia mahu mendapatkan anaknya, Bjorn. Rasa bersalah kerana dia lebih percayakan Kenny sebelum ini.

Kenny melompat naik ke atas pentas. Dia membuka kotak besi dan membawa Bullet pergi dari situ.

Kiyota Hiro melindungi larian Kenny sehingga dia selamat pergi dari situ. Kini dia hanya fokus kepada Tando dan anaknya, Bjorn yang baru dia tembak tadi. Bidikan Kiyota Hiro sudah tepat di kepala Tando tapi masih sahaja Bodyguard melindunginya. Semuanya sanggup mati demi lelaki tua yang korup itu.

       "Leave him alone Baka!" Jerit Kiyota dalam hati. Tidak sabar mahu memecahkan kepala Tando. Dia sudah mendapatkan lukisan yang diperlukan oleh Oyabun Kijio. Dia hanya perlu menjalankan tugasan terakhirnya.

KENNY membawa Bullet bersembunyi di dalam sebuah bilik di tingkat atas. Di situ adalah tempat yang paling selamat untuknya. Bullet memeluk Kenny erat seperti tidak mahu melepaskannya lagi.

THE GANGSTER WHO LIVED NEXT DOOR [ BOOK 4 ]Where stories live. Discover now