BAB 13

857 78 1
                                    

          

BAB 13

Daun salad dipotong saiz kecil. Semuanya dimasukkan ke dalam sebuah bekas kaca dan serbuk garam dan penambah rasa juga dimasukkan bersama. Senduk mengaul rata rasa yang ingin dikeluarkan. Rasa sedikit dengan hujung lidah, Ohh lupa masih perlu masukkan mayonese dan lada hitam. Sebagai penambah selera, daging kering dan tomato ceri juga digaul rata bersama. Itulah salad yang ingin Sylish hidangkan untuk Bjorn yang sedang menunggu dengan sabar di ruang tamu.

          Setelah menyiapkan salad, dia membuat jus oren dan ice cream perisa yam sebagai pencuci mulut. Meja dihias cantik dan Sylish mengambil sesuatu di dalam laci kabinet dapurnya. Serbuk berwarna putih dia masukkan ke dalam gelas Jus Bjorn. Dia gaul dengan pisau dan dan bibirnya tersenyum penuh makna.

"Bjorn? Breakfast dah ready. Come and eat with me." Panggil Sylish.

Mendengar panggilan daripada Sylish, pantas Bjorn melangkah ke ruang dapur . Melihat meja makan yang dihias cantik, dia tersenyum sambil menarik kerusi untuk duduk. Gelas jus adalah yang pertama sekali dia angkat dan terus minum. Sylish menghenyitkan matanya.

"Emmm. Not bad. Sedapnya jus ni. 3 in one atau kau kupas sendiri buahnya?" Tanya Bjorn.

Sylish tertawa.

"Of course lah 3 in 1. Saya kurang buah- buahan. Belum keluar beli barang dapur. Tengok ni, saya sediakan apa yang ada. Makanlah. Salad daging kering..." kata Sylish.

Bjorn mengambil garpu dan mula menikmati salad buatan tangan Sylish. Sedikit demi sedikit, semakin suka mulutnya mengunyah salad itu di dalam mulutnya.

"Wah. Sedap ni! Boleh tahan. Kalau saya ajak kau breakfast di luar tadi rugi lah saya sebab tak dapat rasa salad ni." Kata Bjorn.

Sylish hanya membiarkan Bjorn menikmati makanannya sehinggalah dia mula memandangnya sedikit pelik. Keningnya naik turun dan dia tidak dapat duduk dengan sebaiknya.

"Bjorn? Kau okay?" Sylish mendekati Bjorn dan menepuk pipinya beberapa kali. Bjorn cuba membuka matanya.

"Saya pening..." Bjorn cuba berdiri tapi dia hampir terjatuh. Sylish memapahnya ke ruang tetamu. Dia dudukkan Bjorn di sofa dan membiarkan dia menyandar di situ. Sylish duduk di hadapan Bjorn dan dia mula mengeluarkan satu persatu perkakas daripada bawah meja tempat dia duduk saat itu.

"Saya tau kau tau banyak pasal barangan antik. I need to know what inside Your mind! So tell me!" Sylish mengikat lengan Bjorn dengan getah hitam. Dia mencari urat di lengan Bjorn dan mula menyuntik satu cecair ke dalam badannya.

Bjorn yang tadi lemah kini membuka matanya. Dia nampak bingung dan terkapai- kapai. Matanya naik turun dan dia mengetuk kepalanya berulang kali. Sylish tersengih.

"Dadah yang saya berikan tadi akan buat kau buka mulut. Now tell me... siapa supplier kau?" Soal Sylish.

Bjorn tunduk sesaat dan dia memandang wajah Sylish.

"The Poison." Jawabnya.

Sylish mengangguk. Sudah dia agak. Tapi menyebut The Poison saja tidak cukup. Dia perlu details orangnya.

"Siapa The Poison?" Tanya Sylish lagi.

Bjorn tunduk lagi dan dia mencekup dahinya. Dia tidak akan dapat melawan pengaruh dadah yang mahu dia bercakap benar itu. Sylish sengaja membunuh serbuk dadah agar dia mampu mengorek rahsia daripada Bjorn.

        "The Poison... arrghhh."
Bjorn cuba melawan. Meja dihentak dengan telapak tangannya. Sylish merentap colar bajunya.

       "Tell me about the Posion!" Gesa Sylish lagi.

THE GANGSTER WHO LIVED NEXT DOOR [ BOOK 4 ]Where stories live. Discover now