BAB 17

810 73 1
                                    



BAB 17

Bjorn terjaga awal pagi itu bila telefonnya tidak berhenti berbunyi. Matanya Menyinsing memerhatikan cahaya yang tembus dari balik langsir Apartment milik Bullet itu. Bjorn menoleh kiri dan kanannya. Semalam dia minum sampai terlelap di situ. Kemana agaknya Bullet pergi? Apartment kelihatan sunyi.

Bjorn mengeluh kecil. Dia bangun dan mencuci wajah di singki dapur. Dia minum segelas air putih dan kembali ke ruang tamu.

Dia memerhatikan hiasan yang ada di dalam Apartment itu. Bullet memang pandai menghiasnya. Apartment itu dia beli untuk memudahkan Bullet memerhatikan si Kenny setiap masa dan ketika.

Hmmm. Kenny? Apa agaknya rancangan dia selepas ni? Bjorn teringat akan penjelasan Bullet mengenai Kenny malam tadi. Benarkah dia begitu setia dengan The Wolfs. Kenapa sukar baginya untuk mempercayai Kenny.

Bjorn masuk ke bilik tidur Bullet. Dia perhatikan katil yang sudah di susun kemas. Mungkin Bullet sudah pergi ke kolej. Bjorn memerhatikan meja ruang belajar Bullet di tepi katil. Dia hampiri dan cuba membuka laptop yang Bullet tinggalkan di Situ. Bjorn membelikan dia laptop dan keperluan lain untuk memudahkan dia membuat laporan apa- apa maklumat mengenai Kenny.

Malang sekali, Bullet telah memasang kata laluan untuk membuka laptop itu. Bjorn menggaru pipinya. Dia menoleh pula ke dalam tong sampah yang penuh dengan kertas kertas putih. Bjorn tersenyum.

        "Mesti semua ni laporan yang dia cuba hantar kepada Saya. Kasihan kau Bullet. Kerja keras untuk jumpa mak kau tapi macam mana saya nak bagitau yang mak kau dah hilang." Bjorn mengambil salah satu kertas di dalam tong sampah itu. Dia hanya mahu tahu apa yang ditulis di situ.

Kertas putih yang sudah dikeronyok dibuka semula oleh Bjorn. Perlahan- lahan, kertas itu terbuka dan apa yang tertulis dibaca oleh Bjorn. Riak wajah yang tadinya ada senyuman berubah menjadi serius. Bjorn melipat kertas itu dan memasukkannya ke dalam anak bajunya. Dia meninggalkan Apartment Bullet saat itu juga dengan wajah penuh kemarahan.

MARKAS THE POISON

SYLISH yang dikurung di bilik bawah tanah diikat di atas kerusi dalam keadaan lemah. Dia telah disuntik dengan dadah agar dia tidak melawan bila Bodyguard membawanya ke situ. Sylish seorang agent yang pandai bertarung. Jika mereka membiarkan dia tanpa pengaruh dadah, dia mampu membunuh Bodyguard yang menjaganya di situ.

         "Ingat. Jaga dia. Jangan biarkan dia terlepas macam korang buat dengan puan Merilyn!" Tando memberikan amaran kepada pengikutnya.

        "Baik Bos!" Kata mereka.

        "Saya akan ke Jepun selama dua hari. Semasa ketiadaan saya, Kenny akan menjaga keadaan di sini. Korang mesti dengar cakap dia. Faham? Dan tolong Kenny buat persediaan untuk festival yang seterusnya." Kata Tando lagi.

       "Baik Bos." Jawab mereka. Tando tinggalkan bangunan.

BJORN tiba di pejabat ayahnya dengan keadaan tergesa- gesa. Dia mahu tunjukkan apa yang dia baru temui di Apartment Bullet. Tapi malang sekali, pejabat ayahnya kini sedang dikuasai oleh Kenny. Tempat duduk yang selalunya menjadi tempat ayahnya duduk kini menjadi tempat kenny. Melihat semua pengikut ayahnya begitu menuruti kata- kata Kenny, Bjorn naik darah.

PAKKKK!

Pintu pejabat dia tendang. Kenny yang sedang bercakap dengan PA Tando menoleh ke arahnya. Bjorn terus mendekati Kenny dan menarik colar bajunya.

        "Penipu!" Bjorn menolak Kenny ke dinding.

PA Tando cuba menenangkan Bjorn. Dia tahu emosi Bjorn tidak baik selepas ayahnya sendiri menolak dia masuk campur dalam urusan perniagaan barangan antik.

THE GANGSTER WHO LIVED NEXT DOOR [ BOOK 4 ]Where stories live. Discover now