BAB 10

1K 79 2
                                    



BAB 10

Puan Merilyn menolak makanan yang disediakan oleh pembantu Tando yang ditugaskan untuk menjaga kebajikannya. Makanan itu dia buang ke lantai dan dia terus memprotes untuk membunuh diri jika mereka tidak membernarkan dia berjumpa dengan Bullet.

"Ahhh. Dia ni memang menyusahkan. Cepat bagitau Bjorn. Saya dah puas pujuk dia." Kata pembantu itu.

Bodyguard yang berjaga terus menghubungi Bjorn. Dia memberitahu keadaan puan Merilyn.

"Kalau dia tak nak makan kau ugut dia. Bagitau dia Saya akan bunuh anak dia kalau dia masih keras kepala." Kata Bjorn. Rokok dia cicah dalam ashtray. Kemudian dia meneguk whiskey dari botol kecil di atas meja itu.

DUSHH!

Tiba- tiba sahaja pintu bilik pejabatnya dibuka. Bullet muncul dan dia menghumban fail laporan ke atas meja Si Bjorn. Jelingan tajam diberikan dan Bullet terus duduk di hadapan Bjorn.

"Saya dah buat laporan macam yang kau nak tu. Let me see my mother!" Bentak Bullet.

Bjorn hanya memerhatikan wajah Bullet yang sedang marah itu. Melihat rambut Bullet yang sudah berubah warna menjadi coklat terang dan pakaiannya agak seksi buat dia tersenyum. Berguna juga wang ringgit yang dia berikan kepadanya.

"Kau cantik macam ni. Saya suka... kau dah jumpa Kenny? See... kau datang dengan laporan. Tak sia- sia kau cantikkan diri. Kau harus berterima kasih dengan saya sebab bagi kau cadangan." Ujar Bjorn. Dia bangun daripada kerusi dan mendekati Bullet.

"Dia cuma mabuk malam tadi dan dia ada cakap benda peribadi sikit... tak banyak pun." Kata Bullet.

Bjorn mengelus rambutnya perlahan. Pipi Bullet dia belai manja.

"Ish!" Bullet menepis tangan Bjorn.

Bjorn malah menariknya berdiri dan mengangkat Bullet duduk di atas meja. Dia mahu mengucup bibir Bullet tapi Bullet menendang perutnya lalu Bjorn terundur jauh.

"Please don't act like a child! You can't do this to me!" Marah Bullet.

Bjorn hanya tersenyum. Dia memperbetulkan bajunya dan mengambil fail di atas meja. Dia duduk di sofa dan membukanya. Matanya ligat membaca laporan itu sambil sesekali menoleh ke arah Bullet.

"Apa ni? Ni cuma cerita pasal sekolah dan kawan- kawan dia. Sikit pun tak ada cerita pasal Wolfs dan kenapa dia tinggalkan Wolfs!" Bjorn tidak puas hati dengan laporan itu.

"Cuma itu yang dia cakap dengan saya... sabar lah. At least dia dah mula buka hati untuk bercakap benda peribadi dia..."

Bjorn menghela nafas dalam- dalam. Fail tadi dia simpan atas meja. Riak wajah masih tidak puas hati.

"Saya tak perlu ni Bullet. Saya perlukan maklumat tentang Wolf!"

Bullet mengambil fail itu dan membuangnya kedalam tong sampah. Air mata mula mengalir di pipi. Bjorn sedikit rasa bersalah. Adakah dia terlalu berkasar dengan Bullet.

"Okay saya minta maaf..."

"Kau tak tahu apa Kenny dah buat dengan saya... untuk dapatkan maklumat ni pun saya kena masuk ke Apartment dia dan hiburkan dia macam saya ni pelacur!" Jerit Bullet.

Bjorn terdiam.

"Saya cuma anak Jiaja. Saya tak dibesarkan untuk bergelumang dengan musuh musuh dia. Sebab tu dia hantar saya ke London! I don't want to do this Bjorn!" Jerit Bullet lagi. Dia perlu lakukan apa- apa sahaja untuk mengalihkan perhatian Bjorn terhadap Kenny.

THE GANGSTER WHO LIVED NEXT DOOR [ BOOK 4 ]Where stories live. Discover now