BAB 15

823 70 1
                                    



BAB 15


Kenny, telah menjelaskan kepada William dan Qavin tujuan sebenar dia menyertai The Poison. Meskipun mereka berdua menganggap alasannya itu sangat remeh, tapi bagi Kenny dia juga mempunyai perjuangan dalam hidupnya. Tambahan pula, dia harus memusnahkan The Wolfs, maka semua akar umbi dendam yang telah menyebabkan kematian ayahnya akan terbalas.

         "Kau yakin tak nak kami tolong? The Poison akan dapat tahu dan kau dalam bahaya?" Soal William.

         "It's okay. Saya ada cara untuk musnahkan mereka. Tinggal sedikit saja lagi bukti yang perlu saya cari. Sementara tu, saya perlu lindungi mereka yang perlu saya lindungi." Balas Kenny.

William dan Qavin akhirnya bersetuju dengan pilihan Kenny. Tapi mereka akan bersiap sedia memberikan bantuan jika dia memerlukannya.

        "Jangan risau. Sebarang perkembangan saya akan laporkan kepada pengikut saya. Mereka akan sentiasa berikan korang update." Kata Kenny, sebelum William dan Qavin meninggalkan kediaman Wolfs 2.

PEJABAT AGENT

SYLISH tergesa- gesa masuk ke dalam penjabat Tuan Brian untuk memberikan satu laporan yang penting pagi itu. Fail hitam yang dia bawa adalah bukti semua kegiatan dan proses penyeludupan barangan antik yang dilakukan oleh Kumpulan Gangster, The Poison. Bjorn adalah salah satu orang atas dan yang lain bakal menyusul untuk ditangkap.

PAKK.

Fail hitam diletak kemas di atas meja. Tuan Brian memerhatikan fail itu dan dia mengerdipkan matanya berulang kali.

         "Kau yakin ini semua bukti yang sahih?" Tanya Tuan Brian.

          "Ya Tuan. Malam tadi saya dan buat macam- macam dengan Bjorn sampai dia mengaku perbuatan dia dan kumpulan The Poison. Rupanya saya dapat tangkap jerung besar, ayahnya presiden The Poison, Bjorn boleh bawa kita ke selesaikan kes ini Tuan Brian."kata Sylish lebih yakin.

KIYOTA Hiro mendengar semua perbualan itu di balik pintu bilik pejabat Tuan Brian. Sebenarnya dia mahu masuk ke dalam tapi bila dia mendengar mereka sedang bercakap tentang hal yang penting, dia menunggu di situ sahaja.

Tuan Brian bangun daripada kerusi tanpa memerhatikan isi fail hitam itu. Dia mendekati Sylish dan dia tersengih sedikit.

Sylish sudah mula merasa ada yang tidak kena dengan Tuan Brian saat itu.

         "Saya minta diri dulu..."

PAKKK

Pantas, Tuan Brian memukul tengkuk Sylish sehingga dia jatuh pengsan. Kiyota Hiro sangat terkejut saat itu. Dia mahu masuk ke dalam untuk membantu Sylish tapi dia perhatikan lagi apa tindakan Tuan Brian yang seterusnya. Siapa dia? Kiyota Hiro lihat dia mengheret Sylish ke sofa,
kemudian dia membuat panggilan.

         "Bjorn kau dah buat kesilapan besar malam tadi. Kau dekati orang yang salah! Sylish tu agent pintar. Dia dekati kau hanya untuk siasat kau siapa! Bodoh!" Kata Tuan Brian memaki hamun dalam talian.

Kiyota Hiro tersengih. Ohh. Rupanya dia juga berkerjasama dengan The Poison. Sebab itu lah kes ini tidak pernah selesai. Rupanya ketua penyiasat adalah orang The Poison sendiri. Celaka! Kiyota Hiro meninggalkan bangunan itu secepatnya.

KENNY masuk ke dalam markas The Poison dan semua orang sedang riuh. Kononnya ada tahanan yang telah berjaya melarikan diri di bilik bawah tanah. Semua Bodyguard nampak takut dan mahu mencari tahanan yang terlepas itu. Kenny hanya mengaru kepala. Pintu pejabat Tando dia ketuk.

        "Masuk!" Tando yang sedang bercakap dengan beberapa orang Bodyguard di bilik bawah tanah menoleh pula ke arah Kenny yang masuk ke dalam pejabatnya. Bodyguard itu terus mengacu jari telunjuk ke arah Kenny.

THE GANGSTER WHO LIVED NEXT DOOR [ BOOK 4 ]Where stories live. Discover now