BAB 4

1.2K 120 4
                                    

BAB 4

Kenny balik Apartment- nya hampir lewat petang. Butang lif dia tekan dan pandangan yang sedikit suram membuat dia menyandar di dinding lif itu. Ketika lif mula naik ke atas, Kenny menutup mata dan mengingat semula apa yang dia telah lakukan kepada Bullet. Dia menggeleng.

"I'm Sorry. Tapi saya tak boleh kawal diri bila lihat kau semula. Dah lama saya cari kau... Bullet. Tapi nampaknya kau tak kenal saya lansung." Kenny bercakap dengan dirinya sendiri.

Tiba sahaja di Apartmentnya, Kenny mengambil segelas air suam dan dia duduk di sofa. Muzik dia pasang kuat dan kepalanya masih sakit membingit. Ubat yang dia telan untuk meredakan sakit membuat dia mengantuk lalu tertidur di sofa itu.

Bullet memerhatikan pintu masuk Apartment Kenny tanpa berkedip. Dia mengambil klip rambut Bobby di atas kepalanya dan membuka pintu Apartment itu. Dia sudah menekan lonceng banyak kali tapi Kenny tidak membukanya. Mungkin dia tak ada di Apartment?

Bullet tersenyum. Mungkin dia boleh jalankan sedikit penyiasatan di situ.

KREKKK.

Pintu ditolak perlahan. Kaki Bullet melangkah masuk ke dalam dan pintu itu dia tutup semula. Keadaan Apartment gelap, dia segera berlari anak masuk ke dalam bilik tidur Kenny. Dia lansung tidak memerhatikan sofa di ruang tamu. Kenny tidur di situ.

Satu persatu laci kabinet dibuka oleh Bullet. Setiap fail dan buku dia periksa dan cuba mencari apa- apa maklumat yang dia boleh dapat. Dia perlu memberikan laporan kepada Bjorn. Tanpa laporan, dia tidak boleh berjumpa dengan ibunya yang ditahan oleh mereka.

"Apa semua ni? Dia lansung tak ada buku atau apa- apa benda yang dia tulis ke..." Bullet nampak kecewa. Dia gagal mendapatkan apa yang dia perlukan. Hanya ada gambar Kenny di atas meja tepi katil. Gambar dia masih berpakaian serba hitam dan rantai di lehernya membuat Bullet tertarik kepada gambar itu.

"Dia anak Wolfs? Kenapa dia masuk ke Kumpulan The Poison. Kalau dia nak balas dendam, Jiaja kan sudah mati?" Bullet menggeleng. Kepalanya penuh dengan pertanyaan yang buat dia sendiri bingung.

PRAKKKK!

Bunyi gelas pecah membuat Bullet terkejut. Hampir dia menjerit tapi pantas dia menutup mulutnya. Dia bersembunyi di balik pintu dan bersedia mengeluarkan barel pemberian Bjorn kepadanya. Siapa tahu Kenny sudah balik dan membunuhnya saat itu juga bila dia dapat tahu biliknya diselongkar.

        "Arghhh." Bunyi jeritan nyaring dapat Bullet dengari dari dalam bilik itu. Dia dapat rasakan, jeritan itu cukup menyakinkan dia yang Kenny sedang berada dalam kesakitan.

Tanpa menunggu lebih lama, Bullet keluar daripada bilik dan terus ke ruang tamu. Dia tersentak bila melihat Kenny sedang duduk di sofa dengan kedua belah tangan di kepalanya. Dia seperti sedang mengalami sakit kepala yang teruk. Kerutan dahi dan badannya yang mengeletar sedikit buat Bullet terus mendekatinya perlahan.

        "Kenny?" Dia tolak sedikit bahu Kenny. Pantas Kenny menarik tangannya dan dia terus membungkamkan wajah di pangkuan Bullet yang kini sedang duduk di sofa. Dia terkejut melihat Kenny dalam keadaan seperti itu.

Mabuk? Tak mungkin. Kenny tak berbau alkohol? Sakit? Mungkin. Badannya panas sedikit. Bullet membaringkan Kenny di sofa dan menanggalkan baju Kenny. Dia mengambil tuala kecil di dalam bilik mandi dan membasahkannya. Dia mendapkan tuala itu di seluruh badan kenny dan akhirnya sekali di dahinya.

Bullet mendengus kecil. Dia perhatikan Kenny yang kini sedang tidur lena.

BULLET POV

What's with him actually? Saya masih marahkan dia selepas apa yang dia lakukan kepada saya malam tu. Tapi kenapa perasaan marah saya hilang begitu sahaja. Saya cintakan dia? Mustahil? Saya tak akan jatuh cinta dengan mudah. Lagipun saya dekati dia sebab saya ada misi sendiri.

THE GANGSTER WHO LIVED NEXT DOOR [ BOOK 4 ]Where stories live. Discover now