BAB 12

897 83 1
                                    



BAB 12

SYLISH datang tergesa- gesa pagi itu ke pejabat untuk memberikan laporan terbarunya berkaitan kes penyiasatan penyeludupan barangan antik kepada Tuan Brian yang sedang menunggu di pejabatnya.

Sampai sahaja di situ, dia meletakkan fail laporan di atas meja. Tuan Brian sedang fokus kepada monitor di hadapannya dan dia toleh sejenak ke arah Si Sylish.

        "Goodmorning Tuan Brian. Cuba teka malam tadi saya buat apa?" Sylish sengaja membuat suara manja.

Tuan Brian menggeleng. Kalau dengar suara manja daripada Agent Sylish, bermaksud ada berita baiklah datang daripadanya.

        "Kau mesti menyamar lagi kan? Kali ni kau menyamar jadi apa pula? Hari tu kau tak jera lagi hampir jadi pelacur?" Tegas sahaja nada suara Tuan Brian.

Sylish malah tertawa mendengarnya.

       "Janganlah marah dulu. Cuba check dulu fail atas meja tu." Kata Sylish.

Tuan Brian mengambil fail itu dan terus membukanya. Matanya terpanah melihat beberapa keping gambar barangan antik yang seakan dia kenali.

       "Pasu seramik Corak Geisha? Kau dah jumpa ke pasu ni? dah lama kita cari benda ni. Ia hilang daripada muzium negara tahun lalu."

Sylish terus mengangguk. Memang betul. Fakta.

      "Malam nanti, Pasu ni akan dihantar ke Apartment saya. Tak sabar rasanya nak perangkap penjualnya dan bolehlah tuan mulakan siasatan. Saya berjaya memerangkap anak jerung."

Tuan Brian menepuk tangannya. Dia mengarahkan Sylish keluar dulu kerana dia perlu bercakap dengan seseorang di dalam talian.

Sylish kembali ke pejabatnya dengan perasaan gembira. Akhirnya dia memperolehi petunjuk untuk menyelesaikan kes itu. Dia pandang ke arah Agent Gunny yang sedang sibuk melukis sesesuatu di buku nota kecilnya.

      "Apa benda yang kau lukis tu?" Tanya Sylish.

Agent Gunny hanya diam. Dia fokus kepada lukisannya. Mata Sylish memerhatikan lukisan yang hampir siap itu. Ia sebuah lukisan geometrical yang dia sendiri tidak ketahui maksudnya.

        "Ini petunjuk saya bagi kes ni. Semalam saya ekori seorang suspek. Dia bukanlah suspek utama... tapi saya sangat yakin, dia juga terlibat."

      "Hmmm. Siapa?"

      "Kau tak perlu tahu. Saya akan selesaikan benda ni dengan cara saya." Jawab Gunny. Dia menyimpan notanya ke dalam bag lalu pergi dari situ. Sylish menjeling sahaja. Kadang kala dia lansung tidak faham dengan corak kerja yang dijalankan oleh Gunny itu.

🥃🥃🥃🥃🥃

BJORN bersiap petang itu dan bersedia menghantar barangan antik yang sudah dibeli oleh Sylish malam tadi. Dia mengarahkan Dim membungkus Pasu Geisha itu secantik yang mungkin. Tak sabar rasanya mahu bertemu lagi dengan wanita malam tadi. Mereka tak berbual panjang tapi Bjorn tertarik pula dengan wanita itu. Dia mempunyai minat yang tinggi dalam barangan antik. Sama seperti dirinya.

Tiba sahaja di sebuah alamat yang dihantar kepadanya,Bjorn terus masuk ke dalam bangunan Apartment itu. Jari telunjuk menekan punat lif bernombor 7. Pintu lif tertutup dan Bjorn menunggu sehingga lif itu membawanya ke tingkat 7.

Telefonnya berbunyi beberapa kali. Bjorn tidak menjawabnya kerana dia tidak mahu moment itu diganggu. Bungkusan pasu seramik dia peluk erat. Sylish pasti gembira bila melihatnya.

DING DONG

Doorbell dia tekan setelah dia sampai di hadapan Apartment Sylish. Menunggu hampir 2 minit sebelum pintu Apartment dibuka dan Bjorn mengukir senyuman lebar. Sylish yang masih memakai baju tidur nipis dia pandang atas bawah.

THE GANGSTER WHO LIVED NEXT DOOR [ BOOK 4 ]Where stories live. Discover now