BAB 20 FINAL

1.3K 122 16
                                    




BAB 20 -FINAL

SEBULAN KEMUDIAN

PEMANDANGAN luar rumah agam yang nampak sentiasa cantik itu menemankan perasaan sedih Bullet yang masih belum berakhir. Kenny belum terjaga dan dia masih dalam keadaan Koma. Ya. Dia koma lagi dan kali ini, Bullet menyalahkan dirinya kerana apa yang berlaku terhadap Kenny adalah salahnya.

Kalau saja dia bersabar dan melihat dahulu siapa yang masuk ke dalam bilik itu, peluru pasti tidak masuk ke dada Kenny.

Masih Bullet ingat kata- kata Doktor selepas Kenny siap menjalani pembedahan.

       "Peluru itu masih ada di dalam arteri Kenny. Kami dah sepakat untuk tidak keluarkan peluru itu kerana keadaan Kenny akan bertambah buruk jika peluru itu dikeluarkan daripada badannya."

Bullet terkejut. Mana mungkin perkara seperti itu boleh terjadi.

       "Ya. It's happened sometimes. It's better not to take out the Bullet or he will die. Lagipun peluru tu tak membahayakan organ penting Kenny. Kalau pembedahan dilakukan secara terpaksa, ia lebih merbahaya." Jelas Doktor itu lagi.

Bullet hanya mendiamkan diri. Entah apa lagi yang harus dia bicarakan dengan Doktor itu. Torviana dan Ubbe yang datang menemankan dia di situ menenangkan Bullet.

       "See, Kenny will be Fine. Even a Bullet he can keep inside her body. You kena sabar okay. Doktor cakap, take time for him to Wake up, but he will Wake up!" Kata Torviana.

Bullet hanya mengangguk.

Dia menemankan Kenny setiap hari di Hospital. Tidak tahu bila dia akan membuka matanya. Hari demi hari berganti, dia tetap menutup matanya. Bullet rindukan Kenny. Jadi dia rasa terus bersalah dan mengurung diri di rumah agam.

TOK! TOK! TOK

PUAN Merilyn mengetuk pintu bilik. Sudah lama anaknya tidak keluar dari situ. Dia hanya makan jika dia rasa ingin makan. Badannya sudah kurus. Matanya sentiasa merah. Dia menangis setiap hari.

       "Sudahlah Bullet. Kenny akan okay. Dia cuma perlu masa untuk bangun semula." Pujuk ibunya.

Bullet hanya diam. Setiap kali ada yang menyebut nama Kenny, dia akan mula menangis. Berulang kali peristiwa di bilik mansion hari itu bermain di dalam kepalanya.

BANG!

Dengan begitu mudah dia melepaskan tembakan sehingga Kenny masih tersadai di katil pesakit hospital hingga saat itu. Bullet cukup benci melihat dirinya. Dia juga telah menyebabkan sebutir peluru akan kekal berada di badan Kenny. Semuanya kerana kecuaian daripadanya.

      "Kes Tando sudah selesai. Mak dengar, semua barangan antik yang sempat ditampas semula telah dikembalikan kepada pemilik asal. The Poison sudah betul- betul musnah. Kita sudah selamat." Kata Puan Merilyn kepada Bullet.

Mendengar berita gembira itu, Bullet masih bersedih. Mereka sudah selamat daripada a cengkaman The Poison tapi orang yang menyelamatkan mereka masih berada dalam keadaan nyawa- nyawa ikan.

       "Saya tak akan bergembira selagi Kenny tak sedar dari koma mak. Semua ni berlaku sebab dia. He came to save me. He save Us!" Rengus Bullet. Masih tertekan. Masih kecewa dengan dirinya sendiri.

Puan Merilyn akhirnya meninggalkan Bullet di dalam biliknya bersendirian.

BULLET meminta Uncle G membawanya ke Apartment tempat dia dan Kenny bertemu. Dia memerhatikan pintu masuk Apartment Kenny dan juga pintu masuk Apartment-nya. Mereka pernah hidup berjiran dan semuanya bukan kebetulan. Sepatutnya dia mendekati Kenny untuk menghancurkan hidupnya, tapi Kenny datang kepadanya untuk menyelamatkan hidupnya. Bullet masuk ke dalam Apartment Kenny. Di situ banyak kenangan yang berlaku.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 11, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

THE GANGSTER WHO LIVED NEXT DOOR [ BOOK 4 ]Where stories live. Discover now