Chapter 4

13.5K 689 18
                                    

Dahlia membongkok mengintai ke bawah katilnya. Tiada juga. Kepala yang tidak gatal digaru. Sudah merata-rata dia mencari selendang hitamnya pemberian walid tapi tetap tiada. Ke mana tudung itu menghilang? Pagi tadi sewaktu dia balik dari pasar baru dia sedar yang selendangnya hilang entah ke mana.

"Alaa ada kaki pula ke selendang tu sampai menghilang entah ke mana ni? Dahlah selendang tu paling aku sayang. Adui..masalah betullah!" Dia menghempas punggungnya diatas katil.

Dia sudah tidak tahu ke mana lagi tempat yang harus dicarinya. Satu rumah sudah diselongkar sampai naik bingit telinganya mendengar bebelan Puan Zahirah kerana menyepahkan rumah.

"Walid..Lia dah hilangkan selendang tu. Lia minta maaf. Lia betul-betul tak sengaja." Wajah diraup menyesali perangainya yang sentiasa tidak peka.

Badannya yang layu kembali tegak apabila dia teringatkan sesuatu.

"Kelmarin aku pergi kubur walid. Ni mesti jatuh dekat sana." Dia segera bangun lalu keluar dari bilik.

"Ibu! Lia pergi dekat walid kejap ya?" Laungnya pada ibunya yang sedang berada didapur.

"Okay! Jalan baik-baik!" Laungannya dibalas laungan juga. Pintu rumah dibuka. Terlopong mulutnya memandang gerangan yang berada diluar pagar rumah.

"What the..fish? Macam mana dia tahu rumah aku?" Pintu rumah ditutup semula dan dikunci. Dia masuk ke dalam bilik tanpa menutup pintu. Langsir tingkap biliknya yang mengadap pagar rumah diselak sedikit.

Pemakaian lelaki itu langsung tidak menunjukkan bahawa dirinya seorang putera raja namun hanya sebagai rakyat biasa. Rakyat biasa yang memakai kaca mata hitam bersama topi dikepala dibawah sinaran matahari ditemani seorang pengawal peribadi dibelakang.

Bibir bawah digigit. Apa yang harus dia lakukan? Halau? Ehh ada yang kena makan saman nanti. Sedang otaknya berfikir-fikir cara supaya Prince Adrique pergi dari situ tiba-tiba matanya terlihat pada seorang wanita yang sedang menuju ke arah pintu pagar bersama plastik sampah ditangan.

"Eh ibu! Jangan!!" Dahinya ditepuk kuat apabila Puan Zahirah selamat membuka pintu pagar itu. Matilanak.

Pada penglihatannya, Prince Adrique sedang berbual-bual mesra bersama ibunya dan kemudian wanita itu sepertinya mengajak anak raja itu masuk ke dalam rumah.

"Ibu ni memang suka cari penyakitlah!" Cepat-cepat dia memanjat katil kemudian menyelubungi dirinya dibawah kain selimut.

"Lia..aik? Tidur pula dah? Tadi kata nak pergi ziarah walid? Tu, ada kawan kamu dekat ruang tamu tu nak jumpa. Daren namanya. Pergi cepat!" Puan Zahirah menarik kasar selimut yang menutupi keseluruhan tubuh anaknya.

"Hm ibu..Lia rasa nak demamlah. Tak larat nak keluar. Ibu cakap jelah dekat dia yang Lia demam." Wanita itu mengerutkan dahi. Pagi tadi bukan main lagi sepahkan rumah sekarang demam pula?

Dahi anak tunggalnya disentuh dengan belakang tapak tangan. Suam pun tidak, lagikan panas. Jauh sekali.

"Tak payah nak mengada. Sebelum ibu membebel panjang, baik kamu pergi Lia. Kesian dia menunggu lama-lama. Tak baik buat orang menunggu. Kita tunggu orang tak apa tapi jangan buat orang tunggu kita." Dahlia akhirnya terpaksa mengalah. Dia bangun dari pembaringan lalu duduk bersila mengadap Puan Zahirah.

"Ibu..ibu tahu tak dengan siapa ibu berbual tadi? Ibu kenal tak dengan siapa yang ibu bawa masuk ke dalam rumah tu?" Naik hairan wanita itu dengan soalan anaknya.

"Daren, kawan kamulah." Dahlia menggeleng.

"Bukan. Dia bukan Daren biasa yang ibu fikirkan tapi dia Tunku Putera Daren Adrique, ibu." Terus meremang bulu roma Puan Zahirah.

Mr. Prince ✔Where stories live. Discover now