Chapter 35

11.2K 429 7
                                    

Mata saling bertatapan,
Satu perasaan mula membuah di dalam diri,
Jika tidak cuba menempuhi halangan,
Maka hilang tanpa berganti.

Pantun empat kerat itu diselit pada baris terakhir ayat-ayat cinta yang direkanya tadi demi menghasilkan satu perenggan ayat yang gramatis dan lebih sempurna.

"Lia?" Wajah diangkat apabila namanya dipanggil oleh gerangan di meja depan. Dua belah kening dijungkit-jungkitkan.

"Sepupu kau balik lusa?" Dahlia mengerutkan dahinya. Sepupu dia yang mana satu?

"Sepupu yang mana?"

"Alah kau ni, sepupu kau yang paling kau rapat itulah. Asyik-asyik berkepit saja 24 jam sampai naik geli ketiak aku tengok." Dia mencebik bibir. Nak rapat dengan sepupu sendiri pun salah ke?

"Tak, dia tak jadi balik lusa." Senyuman dibibir Aida terus mekar disebalik laptopnya. Wah! Nampaknya rakannya tidak jadi bertunanglah kalau begitu. Ada chance lah anak raja itu nak masuk line.

"Betul ke?" Nada suara cuba dikawal agar tidak nampak benar yang dia sedang bergembira.

"Haah tapi balik esok." Mati terus senyuman itu. What the..fish? Percepatkan pula? Haish! Tak boleh jadi ni.

"Oh.."

"Kenapa tanya? Kau ada hati eh sebenarnya dengan Abang Adam?" Laju Aida menggelengkan kepalanya. Mana dia nak campak si mata sepet itu?

"Aku dah berpunyalah. Lupa ke?" Dahlia tersengih.

"Alah kau ini macam tak biasa pula. Buat stoklah mana tahu yang itu curang haa kau bolehlah buka stok baru." Aida mengetap bibir geram dengan rakannya. Dicampak pen yang berada didalam bekas ke dahi gadis itu.

"Aduh.." Dahlia mengurut-urut dahinya yang semakin memerah. Tidak sempat dia nak mengelak tadi.

"Hotak kaulah stok! Kalau boyfriend aku tahu, ada kena korek biji mata aku." Dia mencebik bibir. Lecehlah kekasih rakannya itu.

"Kalau mulut kau itu tak bocor, tak adanya dia tahu. Biar pecah diperut, jangan pecah di mulut. Benda senang macam itu pun nak kena orang ajar ke? Kau dengan kekasih kau itu boleh pergi mampus okay?" Aida mengacip kuat giginya akibat terlalu panas dihati.

"Dasar perempuan mulut lubang neraka!" Dahlia menyanyi kecil sambil menaip di papan kekunci laptop berpura-pura tidak mendengar makian gadis bertudung dihadapannya.

Aida mendengus kasar. Dia lantas keluar dari ruangan kecil mereka menuju ke pantri. Inilah yang dipanggil asam garam dalam hubungan persahabatan. Amarahnya hanya sebentar. Sekejap lagi okaylah.

Walaupun mulut Dahlia bagai puaka tetapi gadis itu tidak pernah tikam belakangnya tidak seperti kawan-kawannya yang lain sewaktu di universiti dulu. Dan Dahlia berkawan dengannya bukan disebabkan harta. Buktinya, gadis itu sering menolak apa yang ingin dibelanjanya.

Mulut berbisa Dahlia, itu adalah kekurangan yang perlu dibaiki Prince Adrique sendiri. Dia tersenyum. Sebut saja nama putera tampan itu, dia tertanya-tanya, apakah yang lelaki itu sedang merancang? Tak sabar pula ingin tahu nanti.

Sampai saja di pantri, nescafe panas dikacau untuk melegakan tekak yang kering. Dia mengambil tempat di kerusi meja makan yang memuatkan empat orang itu.

Setelah beberapa minit termenung, dia baru teringatkan sesuatu. Telefon pintar diambil dari dalam poket seluar kemudian nama seseorang dicari dalam kenalan. Baru saja dia mahu mendial nombor itu tiba-tiba satu panggilan daripada private number diterimanya.

"Siapa yang call ni?" Panggilan itu tidak diangkat kerana barangkali gerangan itu tersalah nombor.

Beberapa saat selepas itu, deringan telefon mati. Aida mengangkat semula jari telunjuknya untuk menekan butang dail tetapi kembali terhenti apabila nombor peribadi tadi menelefonnya lagi.

Mr. Prince ✔Where stories live. Discover now