Chapter 6

11.6K 586 29
                                    

"Lia.." Aida memanggil tanpa mengalihkan pandangannya dari skrin laptop.

"Hm?" Masing-masing sibuk dengan kerja tanpa menyedari yang diluar pejabat mereka sudah kecoh akan sesuatu.

"Gambar ni kau rasa perlu edit ke tak? Sebab aku rasa macam dah okay tapi bagi aku sajalah. Bagi kau?" Soalnya sambil memusingkan laptopnya mengadap Dahlia.

"Erm..aku rasa dah okay. Tak perlu editlah nanti nampak over. Lagipun Encik Saiful dah cakap yang dia nak gambar simple saja untuk letak dalam majalah tu. Cuma kau perlu edit untuk tambahkan gambar seorang perempuan jelah sebagai pasangan. Tak adalah alone sangat lelaki tu dalam majalah nanti. Background tu jangan lupa letak macam yang Encik Saiful nak." Aida mengangguk-angguk menerima pesanan rakannya.

"Alright!" Kerjanya kembali disambung.

"Eh korang! Jom turun!" Dua pasang mata di dalam bilik itu berpusat pada wanita yang berada dimuka pintu bilik mereka. Seorang mengangkat sebelah kening dan seorang lagi mengerutkan kening.

"Kenapa?" Haslina atau dipanggil Lina yang menjadi setiausaha di Magazine Berhad terus menepuk dahinya.

"Satu office dah kecoh. Korang yang dalam bilik ni tak tahu apa-apa? Sadisnya.." Kedua-dua gadis itu menggeleng serentak. Apa yang mereka sudah terlepas?

"Dahlah, jom turun. Hari ini kita semua kena sambut tetamu istimewa. Encik Saiful marah sesiapa saja yang ada dalam pejabat. Dia nak semua wajib turun ke lobi." Lina mendekati Dahlia dan Aida kemudian menarik gadis-gadis itu keluar dari bilik menuju ke tingkat bawah.

Terdapat seribu satu persoalan dibenak fikiran Dahlia apabila terpandangkan pada karpet kuning yang telah terhampar dari pintu utama sehingga ke hadapan bilik pengurus besar syarikat ini iaitu Encik Saiful. Kenapa kuning?

Siapa yang nak datang sebenarnya?

Dia tanpa banyak bicara lantas mengambil tempat dipinggir laluan karpet kuning. Pekerja-pekerja yang lain sudah lama berdiri dikiri kanan karpet itu.

Pinggangnya dicuit Aida yang hanya berada disebelahnya. Dia berpaling ke tepi.

"Siapa yang nak datang?" Dahlia melemparkan wajah toyanya pada Aida. Soalan gadis itu seperti ingin makan tapak kakinya saja.

"Kau tengok muka aku ni macam muka Encik Saiful ke?" Aida menayangkan sengihan. Lupa pula yang Dahlia juga tidak tahu apa-apa sama sepertinya.

Dari jauh sudah kedengaran siren polis yang semakin mendekat ke bangunan ini.

"Okay guys!! Get ready! Tetamu kita dah nak sampai. Saya nak you guys tepuk tangan sekuat yang mungkin nanti. Boleh ya?" Semua mengangguk menerima arahan.

"Weh Yati! Tolong touch up aku sikit. Nak bagi dia terpegun sikit tengok aku. Aku tak naklah nampak tak fresh depan dia nanti." Naik berbulu telinga Dahlia mendengar perbualan antara dua orang pekerja Magazine Berhad iaitu Qiss dan Erin yang tempat mereka hanya di kirinya.

"Haa boleh boleh!" Qiss menampal-nampalkan bedak kompak pada muka rakannya setelah itu menggoreskan gincu merah pada bibir Erin.
Qiss dan Erin memang dikenali dengan perangai yang paling mengada dipejabat. Perangai saja yang lebih, kerja tak pernah nak siap!

Daripada dia sibuk memikirkan perkara lain, baik dia curi waktu sekejap untuk membalas mesej dari abang sepupunya yang tak terbalas semalam dek sibuk menaip.

To: Adam
-Sorry abang sebab lambat reply. Lia tertidur semalam.

From: Adam
-Laa patut pun. Abang tunggu tau mesej Lia.

Mr. Prince ✔Where stories live. Discover now