Chapter 29

8.7K 397 5
                                    

Segala laci dan almari diselongkarnya untuk mencari sesuatu. Sesuatu yang jejaka itu pernah beri padanya.

Setelah dicari hampir seluruh penjuru biliknya, tetap tiada. Ingin ditanya Puan Zahirah di mana gelang yang bertakhtakan crown dan sebentuk cincin yang terukir nama Daren kepunyaannya itu tetapi apa pula kata wanita itu nanti.

Di hospital 3 hari lepas pun dia sudah berperang dengan ibunya mengenai Prince Adrique itu dan lihatlah respon wanita itu terhadapnya.

Telefon bimbitnya yang berada diatas meja lampu pantas dicapai. Rasanya hari ini baru dia pegang telefon selepas keluar dari wad petang tadi.

Nombor Prince Adrique di kenalan telefon dicari.

"Kenapa tak ada?" Semua bukti tiada yang dijumpainya. Benarkah yang selama ini kenangan dia bersama putera raja itu cuma memori palsu?

Keluhan berat dilepaskan seraya melabuhkan punggung diatas katil.

Jika benar itu hanyalah mimpi semata-mata maka dia harus melupakan mimpi itu.

Betul juga apa yang diperkatakan ibunya 3 hari lepas, tidak mungkin anak raja itu boleh bercinta dengan orang biasa sepertinya dan kemungkinan besar juga Prince Adrique tidak mengetahui kewujudan dia di bumi ini.

'Dahlia, lupakan sajalah putera tampan itu. Kau mulakan hidup kau yang baru. Lupakan perasaan cinta kau terhadap dia. Prince Daren Adrique cuma crush di zaman universiti kau. Cuba fikir, takkanlah anak raja itu sanggup tinggalkan gadis-gadis melecun dan kaya yang sekeliling pinggang dia semata-mata nak bercinta dengan kau? Langsung tak berbaloi! You are nothing, Rose Dahlia!' Hatinya mula membuat penilaian.

Mengapa mainan tidur itu seakan-akan pernah berlaku dalam hidupnya?

....................

Hari ini ialah hari pertamanya kembali ke tempat kerja setelah sebulan berkampung di hospital.

"Dahlia, macam mana keadaan awak sekarang? Dah okay ke atau masih rasa sakit-sakit?" Soal Encik Saiful prihatin terhadap anak buah.

"Dah okay dah Encik Saiful cuma adalah tu rasa sengal-sengal sikit dekat perut." Balas Dahlia lalu mengukirkan senyuman buat ketuanya.

"Alhamdulillah, tak apalah kalau macam itu. Saya beri kelonggaran pada awak untuk berehat sekejap kalau rasa sakit." Kata Encik Saiful.

"Terima kasih Encik Saiful." Ucap Dahlia ramah. Sebenarnya dia mahu bertanya sesuatu pada majikannya tetapi takutlah pula.

"Kalau tak ada apa-apa, saya keluar dululah ya?" Dahlia menggigit bibir bawah. Nak tanya ke tak?

"Err..Encik Saiful kejap!" Dia menahan lelaki itu yang ingin keluar dari ruangan pejabatnya.

"Ya?"

"Saya cuma nak tanya, sekarang siapa pemilik saham tertinggi di Magazine Berhad?" Encik Saiful tergelak kecil sambil menggeleng kepala mendengarkan soalan gadis itu.

"Apalah soalan awak ni Dahlia? Sudah pastinya saya, takkanlah anak saudara saya pula? Awak itu hanya cedera diperut, bukannya di kepala." Dahlia tersengih paksa.

"Ohh hehe..sorry Encik Saiful."

"Eh? Aida belum datang lagi ke?" Pertanyaan lelaki berkaca mata itu membuatkan Dahlia menoleh pada meja kerja milik rakannya.

"Belum. Terbabas tidur mungkin. Pagi tadi saya tunggu dia untuk tumpang kereta tapi dia tak muncul-muncul jadi saya terpaksa pinjam motor ibu saya." Encik Saiful menggeleng dengan sifat anak buahnya yang satu itu.

"Haish..Aida..Aida, apa nak jadi budak itu nanti? Kalau dia sampai kejap lagi, suruh dia ke bilik saya ya?" Dahlia mengangguk menutut perintah.

Dia kembali duduk di kerusi beroda. Mujur dia tidak menyebut nama Prince Adrique sewaktu bertanya tadi. Jika tidak, ada yang gelakkan dia selama 28 abad.

Aida ialah gerangan terakhir dia akan bertanya dan jika respon gadis itu sama seperti yang lain, dia berjanji akan berhenti berangan.

Sewaktu sedang leka dia menyiapkan kerja menaipnya, pintu bilik dibuka dari luar. Wajah dihala pada pintu melihat gerangan si pembuka.

"Lambat kau hari ini?"

"Haah lambat sikit hari ini sebab kena hantar adik aku ke sekolah. Tiba-tiba saja motor budak tu ro..eh? Laa kau datang kerja dah hari ini? Kenapa tak bagitahu aku? Kau datang ini naik apa?" Aida bertanya sambil meletakkan beg tangan bersama beg laptop diatas meja.

"Aku dah call kau tapi kau itu yang off phone. Aku datang ini pun guna motor ibu." Gadis bertudung litup itu mengerutkan kening. Dia ada matikan telefon ke?

Telefon bimbitnya yang berada di dalam beg tangan lantas diambil. Diperiksa alat canggih itu sama ada hidup atau mati. Ternyata memang mati.

Oh! Baru dia teringat bahawa dia yang matikan telefon itu semalam kerana..err tidak mahu diganggu lelaki itu. Bukan kerana tidak suka tapi sedang merajuk.

Dah pergi Filipina 2 hari baru bagitahu. Kau rasa siapa yang tak marah? Rasa sangat macam dipinggir dan tak penting.

"Sorry lah weh..aku lupa nak hidupkan balik lepas aku caj semalam."

"Tak apalah, benda dah lepas. Ini, Encik Saiful suruh kau jumpa dia." Bicara Dahlia pada Aida yang sedang membuka laptop.

"Dah jumpa dah tadi. Kebetulan masa aku sampai itu terserempak dengan dia." Dahlia hanya mengangguk-angguk. Hujung jari telunjuknya mula mengetuk-ngetuk meja sementara fikirkan soalan sesuai untuk dilontarkan.

"Aida.." Dia memanggil nama rakannya meleret.

"Ya, apa?"

"Sekali ini saja, tolong jujur dengan aku boleh?" Aida mengangkat muka memandang rakannya yang berada bertentangan. Gadis itu seakan mencurigakan. Lihat sajalah pada bicara itu.

"Jujur? Kau nak suruh aku jujur apa ini?" Kedua belah kening diangkat.

"Betul ke Prince Rique pernah bercinta dengan aku?" Soalan Dahlia itu mengundang tawa besar Aida.

"Seriuslah weh soalan kau? Hahaha dah terjebak demam hyperpyrexia dah ke kau ini?" Tidak henti-henti Aida menggelakkan rakannya sehingga terbitnya mutiara jernih ditubir mata.

Dahlia mencapai pen yang berada didalam bekas lalu dilempar pada dahi si penggelak sakan itu.

"Aduh!" Terus berhenti ketawa Aida diganti dengan kerutan muka.

"Kau ini..apa kaitannya anak raja itu dengan demam hyperpyrexia?" Bibir Dahlia sudah memuncung panjang. Tidak suka soalannya dipermainkan.

"Dah tu, soalan kau itu yang bikin lawak sedunia. Kau fikir putera kayangan itu hadap ke dengan kau ini? Not his taste lah! Kalau nak bertanya itu fikir dulu. Dah, sambung kerja! Berangan itu nanti nanti ya Cik Dahlia?" Dahlia menggigit bibir bawah.

Mengikut riak wajah Aida, sepertinya gadis itu sama sekali tidak berlakon. Jadi, dia memang beranganlah selama ini? Ya Tuhan..malunya dia!

Mr. Prince ✔Where stories live. Discover now