Chapter 49

9.5K 398 11
                                    

Aida mengekalkan jarak jauhnya dengan jarak lelaki kacukan cina itu. Hatinya bagaikan sudah dirobek-robek Badrul.

Tega sekali jejaka bermata sepet itu memutuskan hubungan dengannya setelah sekian lamanya mereka bersama.

Cinta mereka bina itu seperti satu harapan palsu dan dia sangat bencikan harapan palsu.

Hujung mata kirinya yang masih basah disapu kasar. Sia-sia saja dia menangis buat lelaki itu. Sia-sia saja meresahkan hatinya buat lelaki itu. Sia-sia saja memohon maaf dengan lelaki itu.

Itu hanyalah kerja yang sia sia! Sia-sia dan sia-sia.

Dalam waktu dia sedang menyesali perbuatannya selama ini, bunyi tapak kasut dari luar menyusup ke gegendang telinga.

Dia segera mencapai wedges shoes kepunyaannya yang cuma ditaruhkan disebelah tempat duduknya dan bersiap sedia dibelakang pintu untuk memukul siapa saja yang memasuki ruangan ini.

Siaplah kau!

Badrul cuma dapat perhati tingkah gadis itu dari jauh. Mahu mendekat, sedar akan pergerakannya yang terhad.

Tombol pintu dipulas dari gerangan luar lalu pintu itu ditolak. Masuk saja seorang lelaki yang bertubuh sasa, Aida terus memukul kuat belakang kepala lelaki itu menggunakan tapak kasut. Dia tidak kesah jika lelaki itu bakal buta atau apa asalkan dia dapat keluar dari bilik itu.

"Argh!" Lelaki itu rebah ke lantai sambil memegang belakang kepalanya yang mungkin sudah berdarah.

Aida bertindak mengetuk dahi lelaki itu pula apabila tiada tanda-tanda lelaki itu ingin pengsan.

Dan akhir sekali tendangannya pada alat sulit lelaki itu barulah lelaki itu mula tidak sedarkan diri. Kalau mati pun lagi bagus.

Dia mengintai diluar mahu memastikan bahawa tiada sesiapa yang berjaga di laluan bilik ini.

Sengihan lebar ditarik. Mujur tiada orang. Jadi, peluang untuk dia keluar dari tempat ini agak cerah.

Dijeling tajam Badrul yang sedang melihatnya. Orang tidak mahu, dia seribu kali tidak ingin!

Kedua-dua belah kasutnya dipegang kiri kanan. Kasut inilah penyelamat dirinya ketika ini. Mahu diharapkan Badrul, tunggu matahari jatuh atas riba belum tentu dapat menyelamatkannya dengan keadaan seperti itu.

Tengoklah, waktu bercinta bukan main lagi manis tapi sekarang? Apa pun tiada.

Dia keluar dari bilik itu kemudian pintu ditutup teramat perlahan. Dia berjalan sambil matanya meliar memerhati segenap ruang yang ada.

Tempat apa ini? Hairan betul dia.

Tempat ini bagaikan sebuah rumah. Bukan! Bukan rumah tetapi istana yang suram.

Pada dinding terdapat banyak potret yang besar-besar yang sengaja ditampal secara tinggi.

Gerangan yang disebalik potret itu kebanyakannya berpakaian formal dan antaranya ialah King Dahmod.

"King Dahmod?" Bicaranya perlahan. Waktu itu King Dahmod berumur lingkungan Prince Adrique. Masih muda. Ada seorang lagi lelaki muda disebelah King Dahmod itu namun dia kurang pasti siapa gerangan itu.

Dia terpaku apabila telinganya menangkap bunyi suara yang tidak jauh dari tempatnya berdiri. Jantungnya berdebar yang maha hebat. Jika kantoi pelariannya ini, bukan setakat dia yang dibunuh, Badrul pun ikut serta.

Dia berlari anak menuju ke sebuah tiang besar lalu menyorok dibelakang tiang itu. Mata dipejam. Tangan yang memegang kasut itu begitu menggeletar.

Pelbagai doa sudah dibaca di dalam hati dengan harapan Tuhan bakal menolongnya untuk keluar dari neraka buatan ini.

Mr. Prince ✔Where stories live. Discover now