Chapter 55

11.3K 444 9
                                    

Adrique melangkah mendekati Princess Alice yang sedang termenung sambil tangan membelai bulu seekor kucing. Dia sendiri tidak pasti dari mana datangnya kucing itu tapi yang pastinya dia tidak sukakan kucing.

"Kanda.." Jaraknya dengan tempat duduk gadis itu direnggangkan sedikit khuatir jika kucing itu melompat ke arahnya.

Kelihatan Princess Alice agak tersentak menerima teguran itu. Dia lantas berpaling. Matanya memerhati pemakaian Adrique. Sepertinya lelaki itu sudah siap ingin bertarung nyawa.

"Rique dah nak pergi?" Adrique mengangguk.

"Kanda doakan semoga ayahanda selamat ya?"

"Tak, bukan ayahanda saja tapi semua yang ingin selamatkan ayahanda termasuk Rique dan Bad. Rique, tolong hati-hati. Kanda nak semua pulang dengan selamat dan tiada seorang pun yang cedera." Senyuman paksa ditarik buat Princess Alice. Dia tidak berjanji untuk perkara yang tidak pasti.

Kelibat isterinya yang sedang menuruni tangga menyapa pandangan. Dia mahu memanggil namun melihatkan air muka tegang gadis itu niatnya terbantut.

Hatinya sedikit kecewa. Tiada kata-kata terakhirkah daripada Dahlia sebelum dia berangkat pergi?

Matanya mengekor saja bayangan isterinya yang memasuki dapur.

Alice melihat pada adiknya kemudian matanya beralih pada yang dilihat lelaki itu pula. Dia tersenyum. Patutlah, biasanya berkepit saja kerjanya tapi kali ini lain pula.

"Kenapa? Rique ada masalah dengan Dahlia?" Adrique menggeleng menafikan. Dia tidak mahu memikirkan masalah dengan Dahlia waktu ini. King Dahmod lagi penting saat ini. Dahlia? Sesudah selesainya hal ayahandanya.

Jam dipergelangan tangan dilihat. Masih berbaki beberapa minit lagi sebelum jarum jam menginjak ke angka 11.

"Kanda, Rique gerak dulu. Kanda tolong tengok-tengokkan wife Rique ya? Jangan bagi dia keluar dari istana selagi Rique belum balik." Dia menitipkan pesan buat Princess Alice. Bimbang juga jika Dahlia keluar dari istana dan meninggalkannya.

"Baiklah. Hati-hati ya Rique?" Anggukan diberi. Kakinya dengan laju melangkah keluar dari istana.

Kelihatan semua anak buahnya sudah bersedia. Sementara kesemua pengawal King Dahmod pula diarahkan untuk menjaga istana saja.

"Semua barang dah ada?" Dia menyoal pada Badrul yang sedang berdiri tegak dihadapannya.

Badrul menunduk hormat.

"Dah ada Prince Rique."

"Kalau begitu, kita dah boleh gerak sekarang." Semua yang berada dihadapan pintu istana menunduk bagi menghormati keputusan anak raja itu.

Badrul berpusing ke belakang. Pintu kereta disebelah pemandu dibuka luas.

Adrique menoleh ke belakang. Matanya meliar mencari figura seseorang. Dia mengharapkan hanya seorang itu saja untuk memberi kata-kata semangat buat dirinya.

Kepala digelengkan perlahan. Dia mula berjalan ke arah Brabus G800 Widestar miliknya lalu tubuhnya membolosi ke dalam perut kereta itu.

Pintu kereta hitam itu ditutup Badrul. Kemudian dengan segera kaki panjang itu bergerak ke arah bahagian pemandu pula.

Baru saja tangannya ingin mencapai pemegang pintu, keningnya bertaut. Mengapa pintu belakang tidak tertutup kemas?

Rasa curiga tadi dibuang jauh. Dia sudah lambat, tiada masa untuk fikirkan sesuatu yang remeh. Pintu belakang itu dibuka semula kemudian ditutup rapat.

Setelah itu, dia mengambil tempatnya dibahagian pemandu. Brabus G800 Widestar mengetuai perjalanan bagi dua buah lagi kereta yang lain.

Bibir diketap dan ditekup pula mulutnya risau jika mulut itu menghasilkan bunyi. Tubuhnya yang kecil muat-muat saja menyorok diruang kosong tempat letak kaki dibelakang kerusi.

Mr. Prince ✔Where stories live. Discover now