Chapter 58

11.1K 477 6
                                    

Adrique melabuhkan sedikit punggungnya dibucu meja kerja sambil berpeluk tubuh. Mata violetnya menatap wajah Badrul yang sedang berdiri statik didepan.

Satu keluhan dilepaskan. Sepucuk sampul putih yang berada diatas meja diambil lalu dihulurkan pada Badrul.

"Ambil." Badrul memandang sampul itu bersama kerutan di dahi. Apa yang terkandung dalam sampul putih itu? Duit bonus tahunan ke? Tapi ini baru bulan julai.

Adrique menarik tangan pengawal peribadinya kemudian sampul itu diletakkan diatas tapak tangan lelaki itu.

"Ambil ini dan pergi jumpa Aida. Bincang elok-elok dengan dia lepas itu baru buat keputusan. Aku bagi kau cuti seminggu." Mata sepet Badrul membulat. Prince Adrique tahu tentang ini? Berita ini pasti dibawa oleh..

Dia menoleh ke tepi. Kelihatan Dahlia sedang tersengih nakal sambil menjungkit-jungkitkan kening. Santai saja gadis itu duduk menyilang paha disofa. Sah! Memang tiada orang lain dah selain wanita itu.

"Dengar tak apa yang aku cakap?" Dia berpaling ke depan semula. Anggukan diberi.

"Dengar, Prince Rique."

"Dalam sampul itu ada tiket flight ke China. Kau pergi balik. Malam ini kau rest cukup-cukup dulu dan pagi esok berangkat." Kali ini sungguh dia tidak mampu untuk menuruti perintah putera itu yang menyuruhnya untuk ke China.

"Maaf Prince Rique, arahan Prince Rique kali ini saya tak mampu patuhi." Dia membongkok tubuhnya agak lama dari biasa sebagai permohonan maaf.

Sampul yang berada ditangannya ditaruh diatas meja kembali. Dia menunduk lagi meminta izin untuk pamit. Dia berpusing kemudian melangkah ke arah pintu.

"Tapi kenapa?" Kakinya terhenti dihadapan pintu. Soalan anak raja itu bikin dia resah tapi tidak dizahirkan rasa itu.

"Bad..kami hanya ingin tahu, kenapa? Apa yang ada dalam fikiran awak sebenarnya?" Dahlia merapati Badrul yang cuma kaku dipintu.

Dia langsung tidak percaya jika Badrul memutuskan hubungan dengan semudah itu. Biasanya kalau first love, seseorang itu tidak akan sanggup meninggalkan cintanya dengan senang. Begitu juga dengan Aida. Badrul ialah cinta pertama gadis itu.

Badrul mengambil nafas dalam lalu dihembus perlahan. Tubuhnya dihadapkan dihadapan Prince Adrique dan Dahlia yang sedang menagih jawapan daripadanya.

"Saya takut untuk berada dekat dengan orang yang saya cinta lagi. Kehidupan dia takkan terjamin. Dua bulan lepas, Aida terima sakit kerana saya. Aida ialah kelemahan saya. Saya rasa Prince Rique faham apa yang saya maksudkan." Pandangan sayu dilemparkan buat Prince Adrique.

Adrique mengangguk mengerti. Ya, setiap musuh yang ingin menyerang mereka pasti akan mencari kelemahan terlebih dahulu dan kelemahan mereka ialah orang yang selalu mendampingi mereka.

Dia juga mendekati lelaki itu.

"Aku faham maksud kau. Tapi kau cuba tengok aku dan Rose, kami sama-sama kuat tempuhi halangan untuk hidup bersama." Bahu isterinya dipeluk kemas.

"Ya Bad, dah macam-macam benda sudah terjadi pada saya. Peluru pistol, pisau, semua saya dah rasa tapi saya cuba gagahkan diri untuk setia disisi Daren. Saya tak pernah terfikir pun risiko jika menjadi pendamping Daren. Ketepikan semua yang ada di dalam fikiran awak, Bad. Dahulukan cinta sejati, InsyaAllah takkan terjadi perkara buruk. Saya tahu awak terlalu cintakan Aida sehinggakan awak tak sanggup tengok Aida menderita tapi ada awak fikir bila awak tinggalkan Aida begini, dia tak terseksa? Ingat Bad, sakit pada mental lebih perit dari sakit pada fizikal. You have to fight through some bad days to earn the best days of your life. Please, don't give up because real things take time. So.."

Mr. Prince ✔Where stories live. Discover now