Chapter 39

16.3K 449 16
                                    

Sut berwarna putih telah membaluti tubuhnya yang sasa itu di pagi hari amat bermakna ini. Akad nikahnya bersama gadis pilihan hati hanya dilakukan di penthouse miliknya saja dan dibuat secara tertutup demi menjamin keselamatan mereka berdua.

Pernikahannya hanya orang tertentu saja yang dapat dihadiri termasuk Aida dan beberapa orang pengawal peribadinya.

Tangan kanan menyambut huluran tangan lelaki separuh abad dihadapannya yang digelar tok kadi.

"Putera Daren Adrique Ibni Sultan Dahmod Alauddin.."

"Ya saya."

"Aku nikah akan dikau dengan Rose Dahlia Binti Razali dengan mas kahwinnya sebanyak 15 ribu ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Rose Dahlia dengan mas kahwinnya sebanyak 15 ribu ringgit tunai."

"Sah?" Lelaki itu berpaling kiri dan kanan bertanya pada beberapa orang saksi yang mendengar lafaz tadi.

"Sah!" Beberapa sahutan diterima menandakan lafaz akad itu benar-benar sah.

Adrique menghembuskan nafas lega seusai mendapat respon positif daripada saksi-saksi sekelilingnya setelah bibirnya mengungkapkan sekali lafaz saja.

Dia berpaling ke belakang memandang wajah isterinya. Kelihatan gadis itu sedang dipeluk oleh Aida berkongsi rasa gembira pada gadis bertudung itu.

Satu senyuman kecil diukirkan dibibir. Akhirnya, Rose Dahlia telah menjadi hak mutlaknya. Sudah tiada sesiapa lagi yang bisa mengganggu mawar putihnya.

Kedua belah tangan ditadahkan sewaktu tok kadi ingin membaca doa. Beberapa minit selepas itu, tangan disapu pada muka.

Dia berdiri kemudian berjalan menghampiri isterinya yang ayu duduk bersimpuh diatas bantal bulat. Dia duduk melutut dihadapan Dahlia.

Mata violetnya menatap lembut mata hitam kepunyaan gadis itu. Setiap kali mata itu ditatap, setiap kali itulah jantungnya tidak pernah berdegup normal.

Dahlia menarik senyuman yang paling manis buat lelaki yang sudah sah bergelar suaminya beberapa minit yang lalu.

"Finally, you're mine." Ucap Adrique pada isterinya dengan nada yang agak perlahan cukup hanya Dahlia yang mendengarnya. Pipi gadis jelita bertudung itu dielus lembut.

Dahlia mengangguk kecil. Dirinya bagaikan berasa berada dialam mimpi. Memang angan-angannya ingin bernikah dengan putera raja tetapi tidaklah pula dia tahu bahawa impiannya ternyata tercapai.

Lelaki dihadapannya itu kelihatan mengambil seutas gelang yang disuakan pembantu rumah lalu dipakaikan pada pergelangan tangan kanannya.

Gelang perak itu walaupun nampak simple tetapi dia tahu yang harganya pasti mencecah puluhan ribu untuk dimiliki.

Belakang tapak tangan suaminya dicium lembut setelah dipakaikan gelang tadi. Tersentuh saja bibirnya pada kulit Adrique, terus terasa aura darah diraja lelaki itu berderau ditubuhnya.

Kepala kembali diangkat. Cincin diambil dari kotak baldu kemudian disarungkan pada jari manis anak raja itu dan seusai itu dahinya dikucup dengan sepenuh hati.

Wan yang menjadi jurugambar kepada pasangan sejoli itu merakam detik-detik manis putera bongsu pada Raja Hirland bersama Cik Rose Dahlia itu.

Aida hanya dapat menarik senyuman buat rakan baiknya. Air matanya mula bergenang apabila teringatkan bahawa sudah 'hilangnya' seorang gadis yang sentiasa gila-gila bila bersama dengannya.

Perkahwinan bererti gadis disebelahnya ini perlu bertukar tanggungjawab iaitu memberi sepenuh perhatian kepada sang suami.

Sudah tiada lagi perkataan 'single' buat sahabatnya. Pergerakan Dahlia sekarang mungkin makin terbatas tidak seperti dulu dan kemungkinan juga gadis ini akan berhenti kerja tidak lama lagi.

Mr. Prince ✔Where stories live. Discover now