Chapter 53

10.7K 442 15
                                    

Kaki yang pendek itu laju saja keluar dari kotak lif bersama beg kecil ditangan. Jam dipergelangan tangan dikerling sekilas. Lagi setengah jam hampir lunch hour.

Dia menarik senyum apabila terpandang pada pintu yang berwarna kuning keemasan. Itulah ruangan suaminya.

Langkah diatur mendekati meja yang berada berhampiran dengan bilik Prince Adrique.

"Ya cik? Boleh saya bantu?" Sopan saja gadis berambut perang itu menyoal. Senyuman menghiasi wajah gadis itu.

"Erm..Prince Rique ada?"

"Maaf, boleh saya tahu cik ini siapa?" Dahlia tergelak kecil. Lupa pula perkenalkan dirinya.

"Saya pembantu istana. Ini, Princess Alice minta saya hantarkan bekal buat Prince Rique." Dia menunjukkan beg kecil yang dipegangnya itu pada setiausaha Prince Adrique.

"Oh pembantu istana.." Vellyana memandang atas bawah wanita dihadapannya. Nampak dari segi pemakaian bukan macam gaya pembantu istana.

"Prince Rique ada?" Melihatkan gadis itu hanya diam, Dahlia kembali bertanya soalan sama.

"Prince Rique ada. Baru saja habis meeting tadi. Kalau nak, saya boleh serahkan bekal itu pada Prince Rique." Dia menggeleng menolak tawaran itu. Letih-letih dia datang sini, lepas itu serahkan saja bekal ini pada setiausaha suaminya? Memang taklah!

"Saya nak serahkan sendiri bekal ini pada Prince Rique, boleh?"

"Oh kalau begitu, mari?" Vellyana yang ingin bangun dari tempat duduknya untuk membuka pintu bilik kerja Prince Adrique lantas dihalang Dahlia.

"Eh tak apa! Awak duduk saja disini. Jangan bergerak okay?" Dahlia tersengih sambil mengenyitkan matanya.

Dia berjalan ke arah pintu kuning keemasan itu. Tanpa diketuk, dia terus menolak pintu itu. Setelah dia masuk, pintu itu dikunci.

Dia tersenyum melihat suaminya yang tertidur diatas kerusi pejabat. Kerutan didahi lelaki itu cukup menandakan bahawa Prince Adrique sedang stres. Baru habis mesyuarat memang akan jadi serabut sedikit.

Dibawa dirinya mendekati meja lelaki itu tanpa menghasilkan bunyi. Selepas meletakkan beg berisi makanan, dia membawa langkah ke tempat Adrique pula.

Perlahan-lahan dia memusingkan kerusi beroda itu mengadapnya. Ditenung wajah tegang jejaka kacak itu. Satu kucupan singgah pada kerutan didahi Adrique. Yang lebih menarik, kerutan itu terus hilang.

Pipi suaminya dielus manja. Dia mendekatkan bibirnya dengan bibir seksi milik Adrique. Lembut bibirnya bermain dengan dua ulas bibir itu.

Adrique tersedar dari tidurnya akibat terasa bagai ada sesuatu yang bergerak dan basah dibibirnya. Baru saja dia mahu memaki hamun gerangan yang berani mencium dia, wajah manis didepannya cepat menghalang. Dalam pada bibirnya sedang diragut, dia tersenyum kecil.

Tangannya naik memicit geram punggung bergetah isterinya membuatkan gadis itu terjerit kecil.

"Aw!" Kucupan dilepaskan Dahlia. Punggungnya digosok bersama muka masam.

"Nakal sangat ni." Bibir Adrique nakal tersenyum. Ditarik pinggang wanita itu agar duduk diatas ribanya.

"Kenapa nakal sangat? Pagi tadi kan dah dapat?" Mulut Dahlia memuncung sambil tangannya bermain-main dengan tali leher suaminya. Entahlah, dia sendiri pun tidak tahu mengapa dirinya begitu nakal. Berjangkit dengan suami sendiri mungkin.

"Rindu.." Dua buntang dari atas baju kemeja hitam lelaki itu dibuka biar tidak lemas sedikit.

"Rindu? Rindu abang ke rindu.." Adrique memandang bahagian bawahnya diikuti Dahlia.

Mr. Prince ✔Where stories live. Discover now