Chapter 47

9.9K 392 2
                                    

Salam diberi beberapa kali dimuka pintu sambil mata memerhati tuan rumah yang masih lagi belum dilihatnya tetapi pintu rumah terbuka luas. Nak jemput siapa masuk ni?

"Waalaikumsalam ya ya sekejap!" Sahutan daripada tuan rumah itu memerhentikan dia yang ingin membuka mulut untuk memberi salam lagi.

Puan Zahirah yang baru saja sudah menyarung pakaian pada tubuh lantas keluar dari biliknya. Dia terkaku melihat gerangan dihadapan pintu.

"Ya Allah, anak aku!" Dia berlari anak menuju ke muka pintu lalu memeluk kemas batang tubuh anak tunggalnya melepaskan rindu yang sekian lama bersarang dihati.

"Rindunya ibu pada kamu, Lia." Pipi gebu anaknya dicium kiri kanan.

"Lia pun rindukan ibu. Erm ibu..Lia ada bawakan tetamu istimewa buat ibu." Wajah gadis itu dipandang penuh tanda tanya. Ada tetamu pula dah?

"Siapa?" Dahlia memandang ke belakang kemudian memberi isyarat pada Prince Adrique yang berada dibawah untuk naik.

Adrique mendaki tangga. Sampai saja dipelantaian rumah, dia mempamerkan wajah manis pada ibu mertuanya.

"Ibu apa khabar?" Diraih tangan kanan Puan Zahirah dan dikucup belakang tapak tangan wanita itu.

Tidak berkelip mata Puan Zahirah melihat lelaki yang cukup tinggi dan sasa itu.

"Pri..Prince Rique" Dia lantas menunduk hormat setelah menyedari siapa yang sedang berdiri bertentangannya.

Adrique tersenyum. Dia menarik tubuh Puan Zahirah supaya berdiri tegak semula. Wanita itu tidak perlu lagi menunduk hormat padanya malah dia pula yang harus menghormati wanita separuh abad tersebut. Gelengan kecil diberikan.

"Ibu, jom masuk?" Dahlia mengheret lengan ibunya untuk masuk ke dalam rumah.

"Abang?" Dikerling sebentar suaminya apabila melihatkan lelaki itu hanya berdiri statik saja disitu.

"No, it's okay. Sayang masuklah dulu. Abang nak talk dengan Wan sekejap."

"Okay." Dahlia menarik ibunya untuk duduk diatas sofa. Terlalu banyak cerita yang ingin dibukakan.

"Jadi?" Segera Puan Zahirah melontarkan soalan pada anak gadisnya setelah mereka mengambil tempat disofa.

Dahlia meletakkan hati-hati beg tangan berjenama mahal yang baru dihadiahkan Prince Adrique buatnya itu diatas meja kopi. Telefon bimbit yang digunakan untuk menelefon Aida tadi juga hadiah daripada suaminya.

Lalu bermulalah cerita demi cerita dirungkaikan kepada Puan Zahirah dari dia diculik sehingga ke majlis perkahwinan.

"Lia!" Puan Zahirah mencubit isi paha Dahlia sampaikan berkerut-kerut muka gadis itu. Fuh menyengat!

"Sampai hati kan buat ibu macam ni?" Membulat mata wanita itu apabila telah mengetahui bahawa Dahlia sudah selamat menjadi isteri kepada putera raja Hirland.

"Alaa ibu..maaflah. Lia janji ini last Lia buat macam ni." Dahlia mengangkat tangan gaya bersumpah.

"Dah ini memang terakhir pun! Ke kamu memang ada pasang niat nak kahwin dua?" Laju saja Dahlia menggeleng.

Uihh tak berani dia nak pasang dua. Nanti kepala dia adalah yang terbelah dua penangan Prince Adrique.

"Kamu ini kan, eii kalau kamu bukan anak ibu, ibu dah lama bagi pada beruk dihutan tebal sana. Biar kamu berkawan dengan dia." Dia mencebik bibir sambil bermain-main dengan jari ibunya.

Puan Zahirah melepaskan keluhan kecil.

"Lia..Lia sedar tak apa yang Lia dah buat?" Dahlia mengangkat muka menatap wajah putih bersih wanita itu.

Mr. Prince ✔Where stories live. Discover now