Chapter 33

9.9K 403 5
                                    

Sepanjang pergi dan pulang Aida dari tempat kerja, Badrul yang bertanggungjawab ke atas semua itu dan sudah diberi keizinan daripada Prince Adrique.

"Dah makan?" Soalan yang sama sentiasa meniti dibibir Badrul setiap kali Aida mahu berangkat ke pejabat mahupun balik dari pejabat.

"Belum lagi. Tadi tak sempat lunch sebab kerja bertimbun nak kena buat sejak Dahlia cuti sakit ni." Dan alasan yang sama juga diberikan Aida kerana dia memang benar-benar tidak cukup masa untuk makan tengah hari.

"Berhenti makanlah sekejap." Badrul membuat keputusan untuk menyinggah di mana-mana restoran terlebih dahulu untuk mengisi perut lagipun dia juga belum menyentuh apa-apa makanan sejak pagi lagi dan ini sudah malam.

"Eh tak perlu! Saya boleh makan dekat rumah. Hari-hari awak belanja saya makan, seganlah juga." Laju Aida membantah kerana sudah tiga hari berturut-turut lelaki itu membelanjanya makan.

"Ada saya cakap yang saya nak berhenti makan sebab nak belanja awak ke?" Aida mencebik bibir. Alih-alih batang hidung dia juga yang kena.

"Eleh kalau setakat makanan dekat kedai makan, umi saya masak lagi sedaplah. Lagipun, umi saya pernah suruh saya ajak awak untuk makan dekat rumah saya tapi itu kalau awak sudilah, saya tak paksa. Manusia ini tak boleh dipaksa, biarlah diikut pada hati masing-mas--"

"Okay then." Badrul lantas memotong bicara Aida yang sudah ke laut itu.

"Hah? Awak cakap apa tadi?" Terlalu laju lelaki itu memintas tadi sehingga telinga Aida tidak sempat menangkapnya.

"Benda boleh cakap sekali, buat apa ulang?" Aida memandang toya lelaki disebelahnya.

"Makin hari makan panas hati aku. Hai..sabar sajalah wahai hati. Benda dah biul, tak boleh nak ubatkan dah." Kata-katanya mengundang tawa kecil dari bibir jejaka bermata sepet itu.

"Tak lawak punlah." Aida memuncungkan mulut tanda tidak suka.

"Mulut tu macam muncung tudung awak. Tajam." Usik Badrul saja ingin memanaskan hati gadis itu.

"Sekurang-kurangnya tak adalah muncung macam bucu segitiga." Badrul menggeleng. Makin dilayan, makin tidak betul dirinya.

"Kereta awak dah siap esok." Aida terdiam. Hatinya mula berasa pilu ingin meninggalkan saat-saatnya bersama lelaki berketurunan cina ini.

"Dengar tak?" Badrul menyoal apabila tidak mendengar apa-apa balasan daripada Aida. Disangkanya gadis itu tidak dengar.

"Dengar.." Perlahan Aida menjawab. Jari-jemari runcingnya yang berada diatas riba dimain-mainkan.

"Start esok, saya dah tak ambil awak macam selalu dan kemungkinan kita dah tak dapat jumpa lagi lepas ini. Tugas saya beralih semula pada penjagaan keselamatan diraja." Bicara Badrul itu membuatkan Aida bertambah sedih.

"Oh okay. Memang awak patut pergi pun sebab itu memang kerja awak kan?" Pandangan dibuang ke luar jendela sambil kuku ibu jari digigit. Nampak benar yang kata-kata Aida itu tidak ikhlas dari hati.

Badrul menoleh ke tepi sekilas memandang gadis ayu bertudung itu. Nada suara Aida seperti orang sedang berjauh hati. Mengapa?

Kereta terus dipandu hingga tiba dihadapan rumah banglo 2 tingkat milik keluarga Aida.

"Jomlah turun?" Ajak Aida sambil memandang wajah kacak Badrul. Kalau hari-harilah tengok macam ni, memang takkan pernah berdegup normal jantungnya. Asyik mahu berdebar saja.

Mr. Prince ✔Where stories live. Discover now