Chapter 31

10K 442 7
                                    

Berkerut dahi Dahlia setelah kakinya memijak masuk ke dalam dewan. Mengapa dewan ini dihias begitu mewah dan meriah sedangkan yang datang hanyalah staf Magazine Berhad?

Dicuit lengan rakan disebelah.

"Apa?" Tanya Aida.

"Kenapa aku rasa macam pelik je dengan dewan hotel ni? Apa pasal grand sangat siap ada karpet kuning lagi ni?" Dahlia perhati saja karpet kuning yang melintang panjang dari pintu gerbang sehingga ke tangga pentas.

"Kau tak tahu lagi ke?" Hairan Dahlia memandang wajah Aida.

"Apa yang aku tak tahu?"

"Dekat dewan ni, bukan staf Magazine Berhad saja yang ada tapi beberapa buah company lain pun join juga termasuklah 2 orang anak raja kita. Segala benda ni, Princess Alice yang sponsor sempena birthday Prince Rique hari ini. Semua pekerja syarikat Prince Rique ada dekat sini. Itu, hujung sana yang pakai dress hijau gelap itu setiausaha Prince Rique. Lawa kan?" Aida memuji kejelitaan gadis cantik itu apabila mereka berdua sudah mengambil tempat di meja makan.

"Seriuslah kau yang Prince Rique datang juga?" Dahlia menyoal kurang percaya bersama wajah yang teruja.

"Yes tapi kau jangan cuba-cuba nak dekat dengan dia nanti ada yang kena pancung dengan pengawal peribadi dia.

"Ya tahulah tapi kalau aku tahu hari ini birthday Prince Rique, aku dah bawa hadiah dah." Aida tergelak sinis.

"Kau ingat dia terima ke hadiah orang biasa-biasa macam kita? Kalau setakat baju kau bagi, dekat istana dia berlambak-lambak lagi sampai dah tak tahu nak simpan celah mana." Dahlia mengangguk-angguk kecil.

Benar juga kata gadis bergaun merah jambu disebelahnya ini. Jika dia menghadiahkan jam tangan pada putera tampan itu sekali pun belum tentu lelaki itu memakainya kerana yang sedia ada pun tidak terpakai dek terlalu banyak.

Dan jika difikir-fikirkan kembali, Prince Adrique pakai ke barang yang dijual di pasar malam? Dahlia bukan punya duit pun untuk beli barangan yang berjenama. Ketawa kecil terlepas dari bibir kerana terhibur dengan diri sendiri.

"Para hadirin sekalian, diminta untuk berdiri di tempat masing-masing kerana Yang Amat Mulia Tunku Puteri Darena Alice bersama Tunku Putera Daren Adrique akan tiba sebentar saja lagi." Pinta seorang lelaki yang segak bersama blazer hitam ditubuh. Mungkin pengacara pada malam itu.

Tetamu-tetamu mula berasak-asak mengambil tempat duduk seperti mana yang dipinta tadi.

Agak sedikit perit mata hitam Dahlia melihat baju-baju orang yang berada di dalam dewan itu akibat terlalu berkilau saat dipancarkan lampu yang berwarna-warni.

Setelah beberapa minit kemudian, dari jauh kedengaran siren polis mula mendekati kawasan dewan hotel itu yang menandakan tetamu vvip hampir tiba.

Pap!

Tiba-tiba semua lampu yang dipasang di dewan itu mati. Para tetamu tidak panik kerana sudah sedia maklum tadi. Serentak itu, siren polis juga turut mati dihadapan pintu dewan.

Dahlia menyentuh dada kirinya. Mengapa dia berdebar? Mungkin kerana pertama kali dia akan bertentang mata dengan pujaan hati.

Kelihatan lampu hiasan dewan perlahan-lahan dibuka dengan iringan lagu Happy birthday oleh para jemputan.

"Happy birthday to you..happy birthday to you..happy birthday to Prince Rique..happy birthday to youu!" Tepukan bergema apabila keseluruhan lampu dibuka.

Dahlia terpaku memandang putera tampan yang sedang berjalan diatas karpet kuning bersama Princess Alice dan 3 orang pengawal peribadi. Begitu ketat kawalan yang dijaga khuatir jika tiba-tiba ada yang menerjah kedua anak raja itu.

Mr. Prince ✔Where stories live. Discover now