Part 3

1.4K 58 1
                                    

The Day After The Wedding

Tok! Tok! Tok!

Aku dan France sama-sama memandang ke arah pintu.

"Mungkin pengantin baru masih tidur, ma" itu suara Angelina, kakak iparki.

"Tak mungkin. Tadi mama rasa mama ada terdengar suara France" ibu mertuaku menjawab.

"Mama dan kak Angel !" France berbisik seraya membulatkan matanya memandang wajah panikku.
.
"Cepat siap, Ally. Kamu kelihatan seperti isteri seksi yang sedang menggoda suaminya" katanya memandang ke arah tubuhku.

Aku tahu dia sedang mengusikku. Tetapi memang benar keadaanku saat ini sungguh memalukan. Aku menolak selimut yang menutupi  tubuhku dan meloncat ke bilik mandi.

France terkekeh melihat tingkahku.

"Good morning. Where are the bridegroom and the bride?" aku  mendengar suara girang kakak iparku.

"Oh, my God!" aku mengurut dadaku. Mengapa mereka awal-awal sudah ke sini. Bagaimana aku mahu bertemu mereka dalam keadaanku yang masih kusut-masai begini.

"Ally.." France memanggil namaku.

"Aku belum siap, France " aku menjawab dari dalam bilik mandi.

"Mama dan kak Angel ada di sini"

"France, kamu keluar dulu. Biar mama dan Angel  yang menunggu Ally di sini" kata mama mertuaku. Dalam beberapa minit aku mendengar bunyi pintu ditutup.

"Ally, France sudah keluar. Buka pintu sayang" lembut suara ibu mertuaku memanggilku.

"Pengantin baru nampak berseri-seri" usik Angelina sebaik aku membuka pintu kamar mandi. Ibu mertuaku melebarkan senyumnya.

"Terima kasih, Ally. Mama bersyukur France memilih Ally jadi menantu mama" kata ibu mertuaku sambil menjeling nakal ke arah tempat tidur yang tadi malam menjadi padang tempur dua orang pengantin baru. Mataku mengikut arah pandangan ibu mertuaku. Ya, Tuhan, aku malu sekali melihat ada noda merah yang tertinggal di atas tilam.

"Ally, France pasti bangga" kata Angelina pula membuat pipiku semakin merona.

"Sudah.. Cepat siap, Ally. Mereka semua sudah menunggu untuk bersarapan".

Aku tidak tahu bagaimana cara untuk meminta ibu mertua dan kakak iparku agar meninggalkan aku sendirian. Aku malu bersiap di hadapan mereka. Tetapi nampaknya kedua orang wanita ini tidak mahu membiarkan aku bersiap sendiri.

Ibu mertuaku membantu menyanggul rambutku. Angelina pula mencalitkan gincu pada bibir tipisku padahal aku boleh melakukannya sendiri. Hatiku tersentuh dan sekaligus merasa bahagia. Begini rasanya punya ibu dan kakak. Hal yang belum pernah aku alami selama ini.

*****
Aku, ibu mertuaku dan Angelina menuju ke restoran yang terletak di groundfloor hotel. Di situ sudah menunggu ayah mertuaku, Martin suami Angelina, Daisy, Deanna dan sudah tentu suamiku France. Mataku tercari-cari   Fabian.

" Fabian sudah berangkat ke Kuala Lumpur" terang France tanpa aku minta.

"Owh.." hanya itu jawapanku.

Aku duduk di sebelah France.

"You look beautiful, Ally" dia mencium pipiku dan kemudian mengucup bibirku. Aku cuba menolak France tetapi dia buat tidak peduli.

"Lihat mama. Uncle dan auntie. They are kissing" jerit Deanna menunjuk ke arah kami.

France tersenyum melihat wajahku yang merah padam. Dia tidak tahukah yang aku malu diperlakukan begitu di hadapan keluarganya?

"Lihat, papa juga ingin mencium mama" gurau Martin sambil tanpa segan mencium isterinya di hadapan kami.

"Datuk juga ingin mencium nenek" kata ayah mertuaku sebelum mencium ibu mertuaku. Aku hampir tidak dapat bernafas seketika.

"Itu cara keluarga kita menunjukkan kasih sayang, Ally" jelas ayah mertuaku. Kini aku faham mengapa France tidak segan silu berlaku romantis terhadap aku di hadapan keluarganya.

Suasana sarapan pagi cukup meriah dan penuh gurau senda sebelum Deanna menyebut nama Shirley.

"Uncle.. nanti bolehkah kami bermain dengan Shirley?" tanya anak kecik itu.

"Sudah tentu boleh, sayang" jawab France.

Aku spontan meletakkan kembali makanan yang hampir kusuapkan ke mulut. Tekakku terasa perit tiba-tiba.

"Kenapa, Ally?" tanya France melihat perubahan pada wajahku. Aku menggeleng tanpa memandangnya.

"Aku okey, France" jawabku kemudian. Sebenarnya aku memang tidak okey. Hatiku sakit. Aku cemburu pada Shirley.

Tetapi siapa aku untuk cemburu. Shirley sudah lebih dulu hadir dalam hidup France. Aku hanya orang kedua yang hadir setelah Shirley. France perlukan aku sebagai batu loncatan untuknya memiliki Shirley.

Kesilapanku hanya aku sudah bersumpah di hadapan Tuhan untuk menjadi isterinya hingga maut memisahkan kami. Aku sudah menyerahkan harga diriku kepadanya.

Suatu hari nanti France akan meneruskan hidupnya bersama Shirley. Bagaimana dengan aku? Bolehkah aku melafazkan sumpah pernikahan buat kedua kalinya? Masih adakah lelaki yang mahu menerima seorang janda sepertiku?

"France, sudah masanya kamu dan Ally pergi ke airport. Nanti biar Martin yang hantar" ayah mertuaku bangun dari kerusinya. Kami yang lain menurut sahaja.

Aku memeluk ibu mertuaku.

"Hati-hati di tempat orang, Ally. Balik honeymoon nanti, pastikan Ally dan France bawa hadiah untuk mama" ibu mertuaku menyentuh perutku. Aku faham hadiah yang dimaksudkannya.

"Jaga diri, nak" pesan ayah mertuaku ketika aku menyalaminya.

"Ally, kalau France buat macam-macam pada Ally, jangan segan bagi tahu kakak" Angelina juga memelukku. France hanya tersengih. Dia kelihatan teruja hendak ke Australia. Mana tidaknya, Shirley sudah menunggunya di sana.

Just A Marriage Vows ✔️Where stories live. Discover now