Part 8

1.2K 48 1
                                    

I Love You, Honey

Aku sangat kesal dengan France. Sepatutnya hari ini aku dan Dexter akan berjalan-jalan lagi sekitar Melbourne. Masih banyak tempat di sini yang ingin aku kunjungi.

"Kenapa muka monyok saja?" tanya France ketika kami sedang bersiap-siap.

"Kita tak sempat membeli apa-apa untuk mama dan papa" kataku. Padahal itu hanya salah satu alasanku. Alasanku yang utama adalah hatiku rasa sangat kesal kerana janjiku untuk berjalan-jalan dengan Dexter terpaksa aku batalkan.

"Kita akan singgah sebentar di Queen Victoria Market nanti. Kita beli saja apa yang sempat" kata France memujukku.

Sebenarnya ada tikanya hatiku rasa berlabuh pada France. Pada hari pernikahan kami, ketika France melafazkan sumpah pernikahan di hadapan paderi, aku merasakan aku benar-benar jatuh cinta kepadanya. Saat itu aku berjanji bahawa sumpah pernikahan kami adalah sumpah yang harus aku pegang hingga jasadku tidak lagi bernyawa. Aku ingin menjadi isteri yang sesungguhnya buat France. Tetapi cinta France yang terlalu kuat untuk Shirley membuat aku harus mengalah. Aku perlu mengingatkan diriku apa alasan pernikahan kami.

Sering kali aku ingin bertanya tentang Shirley, tentang siapa Shirley dan mengapa France harus mengahwiniku sebagai syarat untuk mendapatkan Shirley.

"Jangan bertanya tentang Shirley. Tiba masanya aku akan bercerita tentangnya ". Begitu kata France saat dia meminta aku menikah dengannya.

"Mari ke sini, Ally" suara France hampir mengejutkan aku. Rupanya agak lama juga fikiranku menerawang. Aku menokeh ke arah France.

"Duduk di sini" katanya. France nenepuk-nepuk ribanya.

Aku teragak-agak untuk duduk di atas pangkuannya. Tetapi tangan France pantas menarikku. Aku terduduk di atas pangkunya. Kedudukan kami sangat rapat hingga aku dapat merasa panas hembusan nafasnya menyapu pipiku.

"Senyum, Ally. Tidak baik masam muka dengan suami"usik France sambil mencium pipiku.

" Kalau Ally betul-betul masih mahu sehari lagi di sini, aku akan tunda tiket balik kita. Tapi kita akan jalan berdua" katanya lembut. Hatiku jadi berbunga-bunga.

"Betul boleh tambah sehari lagi?" France mengangguk.

"Dexter langsung tak boleh ikut kita?" tanyaku kekanakan.

"Emm.. Kalau kamu betul-betul mahu dia ikut.. boleh, tapi dengan syarat dia tak boleh dekat-dekat dengan kamu" aku mengangguk senang.

Akhirnya kami berjalan bertiga mengelilingi bandar Melbourne. France memegang tanganku sepanjang masa, sentiasa bersikap terlebih romantik padaku membuat Dexter menarik wajah cemburu. Aku senyum dalam hati. Mana tidaknya, dua orang lelaki yang mendampingiku saat ini sedang bersaing menunjukkan sikap peduli padaku.

Beberapa kali aku sempat terpandang suamiku dan Dexter beradu jelingan dengan tangan masing-masing terkepal di sisi tubuh mereka. Mereka seperti sedang melancarkan perang dingin. Aku merasa geli sendiri.

Aku berfikir, andai suatu hari nanti aku diberi kesempatan untuk memilih, siapa yang akan aku pilih. Adakah France, suami yang sudah melafazkan sumpah untuk sehidup semati denganku, dalam susah dan senang hingga ajal memisahkan kami. Dan dia ialah lelaki bergelar suamiku yang sudah melengkapkan hidupku sebagai wanita dan isteri pada malam pernikahan kami.

Just A Marriage Vows ✔️Onde histórias criam vida. Descubra agora