Part 6

1.2K 57 7
                                    

You Don't Love Me

"Kamu tidak keluar malam ni?" aku bertanya ketika melihat France hanya mengenakan shortpants dan baju T.

"Tidak. Malam ini aku mahu bersama isteriku supaya esok dia akan lebih memikirkanku berbanding memikirkan lelaki lain" katanya sambil naik ke atas katil.

Katil sedikit bergoyang ketika France bergerak menyusup di sebalik selimut yang sedari tadi menutupi tubuhku. Ada rasa dag.. dig.. dug.. dalam dadaku ketika tubuhnya mendekat padaku. Ah, mengapa perasaanku seperti ini! Aku membalikkan tubuh membelakanginya.

"Ally.. Pandang aku" suara France seakan merayu. Aku membatukan diri.

"Ally.. please!" France berusaha menarik tubuhku agar menghadapnya dan dia berhasil melakukannya.

"Aku minta maaf, Ally. Setelah urusan Shirley selesai, aku janji keadaan kita akan lebih baik".

"Keadaanmu yang akan jadi lebih baik, France,bukan keadaanku" hanya hatiku yang bersuara. Masih terbayang di mataku kemesraannya bersama Shirley siang tadi.

"I love you, wife. More than you ever know" katanya.

"Malam ini, aku mahu kita berdua saling menyerah dan memiliki, Allison Daniella" katanya.

Suaranya kedengaran berat. Bibirnya dan  tangan kekarnya  mula menyentuh setiap inci tubuhku.

"Tidak!!!" batinku seakan menjerit. Aku cuba menghentikan gerakan jemarinya pada tubuhku. Bagaimana aku mampu membiarkannya menyentuhku malam ini sedangkan semalam dia bersama Shirley kekasihnya.

" Ally..." merasakan aku menolaknya, France mengangkat wajahnya dan menandangku dengan frustasi.

"Why?" singkat pertanyaannya tetapi ada nada kecewa dan marah pada suara itu.

"You don't love me France. You loved Shirley"  kataku sayu.

"Of course I loved Shirley. But I do love you too, Allison Daniella"

" No, you don't love me!! " aku hampir menjerit. Terlalu sakit rasanya bila kata cinta hanya diucapkannya ketika dia mahukan tubuhku.

"Ingat Tuhan Allison. Aku suamimu yang sah"katanya sambil menukar pakaiannya.

" Aku juga isterimu yang sah. Tetapi mengapa kamu masih inginkan Shirley? "

" Kamu terlalu cemburukan Shirley, Allison. Sedangkan kamu belum mengenalinya " katanya.

Selesai mengucapkan kata-kata itu, France keluar lagi meninggalkan aku.
Aku tidak perlu bertanya ke mana dia ingin pergi kerana aku pasti malam ini dia akan bermalam di rumah Shirley lagi.

****
Aku bangun pagi sekali kerana teringat janjiku dengan Dexter. Hari ini Dexter berjanji akan membawaku ke Ladang Bunga Tulip.  Aku tidak sabar untuk pergi ke sana kerana banyak cerita yang aku dengar tentang keindahan ladang bunga tulip ini. Hari ini aku akan melihat sendiri pelbagai spesies bunga yang menjadi kegilaanku selama ini.

France? Aku tidak kisah lagi dengannya. Dia yang memilih untuk tidak menikmati bulan madu ini denganku. Dalam sedikit masa lagi, setelah dia bersama dengan Shirley, aku akan memintanya menceraikan aku. Saat itu tiba nanti, aku tidak akan peduli lagi dengan marriage vows yang pernah kami lafazkan.

Ketika aku keluar dari La Trade Tower, Dexter sudah menungguku. Seperti hari kelmarin , kami singgah lagi di Naughty Nuri's untuk bersarapan. Pagi ini kami memilih untuk memesan dua pinggan mi goreng dan dua gelas ice lemon tea.

Aku dan Dexter sepakat tidak mahu menghabiskan masa terlalu lama di Naughty Nuri's kerana kami ingin segera ke Ladang Bunga Tulip yang terletak di Silvan, Melbourne.

Dari bandar Melbourne, aku dan Dexter  menaiki train menuju ke Stesen Lilydale. Dari Stesen Lilydale nanti, kami akan menaiki shuttle atau bas untuk terus ke Ladang Bunga Tulip yang terletak di Monbulk Road, Silvan.

Dexter tidak jemu menunjukkan kepadaku keindahan tempat yang kami lewati dalam perjalanan menuju ke Silvan. Aku hanya mendengar dengan bersahaja kerana fikiranku sudah melayang ke ladang tulip.

Dexter memang pandai sekali mencuri hatiku. Banyak cerita tentang tempat-tempat menarik di Australia yang diceritakannya.

"Awak tahu banyak tentang Australia" komenku. Dexter tertawa kecil.

" Keluarga saya punya cabang perniagaan di Melbourne. Jadi saya sering berulang - alik ke sini untuk mengurus perniagaan kami" dia menjelaskan.

Setelah satu jam perjalanan, akhirnya kami sampai di tempat tujuan. Kebetulan Melbourne Tulip Festival sedang berlangsung di sini. Aku jadi rambang mata. Perkiraanku, mungkin berjuta spesies bunga tulip di pamerkan di sini. Semuanya cantik-cantik belaka.

Seumur hidupku baru kali ini aku melihat  black tulip atau tulip hitam. Bunga ini memang cantik dan unik. Aku teruja sekali untuk membelinya biarpun harganya agak mahal. Aku akhirnya memutuskan untuk membeli dua kuntum tulip hitam, satu untukku dan satu lagi untuk aku hadiahkan kepada France.

Aku dan Dexter menghabiskan hampir separuh hari di Ladang Bunga Tulip. Aku sempat teringat pada France yang hingga saat ini belum menghubungiku. Alangkah gembira jika aku dapat menghabiskan waktu di Melbourne ini bersamanya. Tetapi lihatlah aku saat ini. Aku bahkan bersama lelaki yang bukan sesiapa bagiku.

"Termenung?" tanya Dexter ketika kami dalam perjalanan pulang.

" Hmm.. Thanks, ya. Sebab menemani saya dua hari ini" aku menghadiahkan senyuman padanya. Dia mengamatiku.

"Suami awak nampaknya tidak benar-benar sukakan awak" katanya lancang.

Aku tidak mahu menjawab kata-katanya. Aku tidak akan bercerita apa-apa kepadanya tentang apa yang berlaku di antara aku dan France.

"Daniella, maaf kalau kata-kata saya ni lancang. Tetapi kali pertama jumpa awak semasa dalam flight, saya jatuh cinta pada awak" kata Dexter.

Aku terkedu mendengar pengakuannya. Timbul sedikit perasaan gembira di hatiku mendapat tahu ada lekaki yang mencintai aku pada saat pertama melihat aku. Tetapi sayangnya aku kini sudah berstatus isteri orang.

"Saya tidak dapat menerima awak, Dex. Saya sudah berkahwin" jelasku.

"Suami awak tidak sayangkan awak, Daniella. Saya akan tunggu hingga dia  melepaskan awak" katanya.

Just A Marriage Vows ✔️Where stories live. Discover now