Part 18

1.1K 51 5
                                    

Meet Shirley

Perjalanan jauh menuju Melbourne bagaikan tidak terasa. Aku berada beribu batu di langit biru, bersama suamiku untuk menemui wanita yang katanya begitu penting dalam hidupnya. Apakah nanti aku kuat untuk berhadapan dengan wanita itu. Atau mungkinkah aku akan rebah melihat suamiku lebih memilihnya berbanding aku.

Aku membelek novel "Makeshift Marriage" yang sudah berpuluh kali kubaca. Jemariku menyelak helaian demi helaian padahal mataku dan mindaku langsung tidak fokus pada apa yang ada di hadapanku. Fikiranku tetap sahaja membayangkan Shirley.

"Jangan terlalu banyak berfikir, Ally, " bisik suamiku. Tangannya terasa hangat menggenggam jemariku. Dia memautku agar bersandar pada bahunya.

"Mengapa aku mesti mengikutmu menemui Shirley?" tanyaku setelah agak lama kami melayani fikiran masing-masing.

"Aku mahu kamu mengenali Shirley. Dan untuk membantuku membawa Shirley pulang," katanya.

"Shirley cacat?" aku ingin tahu. Kalau wanita itu tidak cacat, mengapa France memintaku membantunya membawa wanita itu pulang. France tergelak kecil.

"Shirley tidak cacat," katanya. Aku berkerut memandangnya.

"Terlalu banyak persoalan dalam kepalamu, sayang. Tetapi semua persoalan itu tidak perlu difikirkan. Sebaiknya kamu tidur dan berehat agar cukup segar untuk bertemu Shirley."

Fikiranku kini seperti Laut Cina Selatan, bergelora dan sesekali terasa menghempas ke pantai hati. Siapkah aku menyerahkan suamiku kepada wanita bernama Shirley itu? Relakah aku melepaskan lelaki yang sebenarnya telah aku cintai pada saat pertama aku memandangnya?

"Get some sleep, sweetheart," katanya.

"Am I really your sweetheart, France?" Tetapi pertanyaan itu hanya dalam kepalaku. Jika benar dia mencintaiku, mengapa dalam hatinya selalu ada Shirley?

"I love you, sweetheart.I..."

"Sementara belum ada Shirley," pintasku.

"Aku mengaku, Ally. Dalam hidupku aku tidak mampu hanya mencintai seorang perempuan. Jujur, setakat saat ini ada enam orang perempuan yang aku cintai. Mereka insan yang paling aku sayang, " pengakuan France membuat mataku hampir terbeliak.

"Benar-benar tamak."

"Mahu tahu siapa enam orang perempuan itu?" Sekali lagi aku menggelengkan kepala. Dia terkekeh lagi.

"Jangan berbohong, Ally. Aku dapat mendengar hatimu menjerit ingin tahu," dia sengaja memancingku. Ya, France. Aku memang ingin tahu. Aku juga ingin tahu apakah aku termasuk dalam senarai enam orang perempuan yang kau sayang. Batinku berkata sambil aku menatap anak matanya.

"Hatimu berkata, kamu ingin tahu apakah kamu termasuk perempuan yang aku sayang. Sudah pasti, Ally. Kamu isteriku, wanita yang akan melahirkan anak-anakku. Ibuku, kamu, Shirley, Angelina, Daisy dan Deanna. Kalian perempuan kesayanganku."

"Tidak lama lagi senarai itu akan berkurang menjadi lima... setelah aku pergi."

"Kamu tidak akan pergi, Allison Daniella. Aku tidak akan pernah melepaskanmu. Sudah beberapa kali kukatakan. Kita tidak akan pernah bercerai."

Just A Marriage Vows ✔️Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ