Part 17

1.1K 60 1
                                    

Yes, I'm Still In Love With You

Aku merenung dua nama yang sudah kusiapkan untuk bakal bayiku yang dulu pernah hidup di dalam rahimku. Miranda Francis, itu nama yang kupilih jika bayiku perempuan dan Thompson Francis jika dia lelaki. Kini nama itu hanya tinggal kenangan. Bayiku tidak sempat melihat dunia. Dia tidak sempat melihat ibu dan ayahnya.

"Nama ini kita simpan. Pasti nanti akan lahir Miranda dan Thompson ke dunia ini," suamiku mengambil kertas itu, melipatnya dan menyimpannya ke dalam laci. Setelah itu, dia kembali mendekatiku dan memelukku erat. Aku meronta cuba melepaskan pelukannya.

"Permintaanku yang pertama, sayang. Ingat perjanjian kita? Permintaanku cuma tiga. Dan setiap permintaan itu perlu kamu tunaikan, barulah aku akan menunaikan permintaanmu," France berbisik di telingaku.

Aku pasrah. Ini permintaan France yang pertama. Selama sebulan sebelum kami bercerai aku harus menunaikan perananku sebagai seorang isteri dan membiarkan France menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami.

" Mulai malam ini, bantal guling ini harus tiada di antara kita ya, sayang," France mencapai guling dan mencampakkannya ke bawah. Aku hanya membiarkan France melakukan apa yang mahu dilakukannya.

"Malam ini aku mahu hakku sebagai suamimu. Dan aku mahu kamu menjalankan tugas seorang isteri, melayaniku dengan sepenuh hatimu, dengan seluruh rasa cintamu. Belai aku, Ally. Buat aku mendesah, buat aku berghairah," dia terus berbisik di telingaku.

"Tidak, France. Aku tidak mahu," air mataku hampir menitis. Bayangan tangan kasar Dexter menjelajah tubuhku menjadikan tubuhku terasa remuk.

"Ingat, ini permintaanku yang ke dua. Kamu mahu aku menunaikan permintaanmu, Ally?" dia bertanya sambil matanya menjamah wajahku. Aku mengangguk.

"Waktu kita bersama, sewaktu aku berada di dalammu, aku mahu kamu hanya memikirkan aku. Jangan sesekali memikirkan sentuhan lelaki lain, Ally. Fikirkan hanya aku. Nikmati setiap sentuhanku. Touch me, Ally. Feel me. Feel my skin, my body and my soul."

Seperti permintaannya, aku membiarkan dia menyentuhku, membiarkannya memilikiku. Aku menyerah kepadanya sepertimana aku menyerahkan jiwa, hati dan tubuhku kepadanya pada malam pertama kami. Aku juga menyentuhnya, membelainya dan membuatnya berghairah dan mendesah hebat.

Malam itu France meminta untuk memilkiku lagi dan lagi hingga aku benar-benar terkulai layu. Setiap sentuhan France di tubuhku terasa menghapus jejak sentuhan Dexter di tubuhku. Air mataku menitis tanpa aku sedar.

"Don't cry, babe," France mengucup kedua belah mataku. Kemudian dia bertahan dengan sikunya dan memandang tepat ke anak mataku.

"Aku tidak akan menyakitimu, sayang," katanya sebelum mengucup bibirku.

"Bibir ini, tubuh ini dan hatimu adalah milikku yang halal. Relakan aku memilikmu sebelum kamu menjadi tidak halal untukku," katanya lembut.

Entah bagaimana aku harus memberitahunya. Aku menangis bukan kerana dia menyakitiku. Aku menangis kerana ternyata suamiku masih mahu menyentuhku biarpun aku sudah dijamah tangan lelaki lain.

Aku menangis kerana setelah kejadian itu aku menyangka aku tidak akan dapat menerima sentuhan suamiku lagi. Ternyata aku salah. France suamiku telah menghapus igauan ngeriku.

Aku menyentuh wajah France. Dia juga menyentuh wajahku dengan tangan kanannya. Pasti aku tidak dapat melupakan wajah ini nanti setelah kami bercerai.

"Your eyes tell me that you still love, honey."

"Yes, I'm still in love with you!" hatiku berbisik.

Aku memang masih mencintainya. Tetapi aku telah memutuskan untuk mengundur diri dari hidupnya. Dia dan Shirley saling memerlukan. Apa gunanya kami tetap bersama tetapi hatinya masih pada wanita lain.

"Jangan paksa hatimu untuk membenciku, Ally. Terus kekal bersamaku, sebagai isteriku."

"Itu bukan perjanjian kita, France. Perjanjian kita, jika aku menuruti permintaanmu, kamu akan menceraikanku," kataku mengingatkannya.

"Ya, aku tahu. Tapi... aku masih berharap agar kita tidak perlu bercerai," katanya sambil membalikkan tubuhnya membelakangiku.

Aku memandang belakang suamiku. Cintaku kepadanya belum pernah berubah. Rinduku kepadanya masih sebanyak dulu. Entah bagaimana aku mampu membencinya. Entah bagaimana aku mampu mengikis namanya dari hatiku. Dia lelaki satu-satunya yang telah merebut cintaku.

Dia lelaki yang mengajarku tentang rindu. Dia lelaki pertama yang menjadikan aku seorang wanita. Dia lelaki yang yang menjadi suamiku, satu-satunya hingga nafasku terhenti. Cuma aku bukan wanita yang sempurna untuk suamiku.

Bercerai! Siapa kata aku tidak takut dengan penceraian. Wanita mana yang mahu menjadi janda di usia muda sepertiku. Tetapi sebanyak mana pilihan yang aku punya. Di hati suamiku masih ada nama Shirley.  Entah sampai bila nama itu akan terus tersemat di hati suamiku.

"Aku tidak pernah ada niat untuk mengakhiri hubungan kita, Ally. Tetapi jika kamu tetap dengan keputusanmu, tiada apa yang dapat kulakukan." Aku mendengar suamiku berkata.

"Hanya satu lagi permintaanku, Ally." France masih membelakangiku. Aku menunggu France melanjutkan kata-katanya. France belum memberitahuku permintaannya yang satu ini.

"Ikut aku ke Australia. Temui Shirley," katanya. Permintaannya benar-benar mengejutkanku.

"Tidak, France. Aku tidak mahu," aku menjawab pantas. Tidak, aku tidak mahu menemui wanita itu. Aku tidak cukup kuat untuk bertentang empat mata dengan wanita yang telah merebut hati suamiku.

"Tiada bantahan Ally. Itu perjanjian kita. Kamu harus menuruti permintaanku jika mahu aku menuruti permintaanmu untuk bercerai. Kalau tidak, aku tidak mahu mengurus apa-apa yang berkaitan dengan penceraian kita, Ally," katanya.

Hai, readers, kalau kalian sudah membaca sampai di sini, thanks ya. Jangan lupa vote dan komen setiap part, ya.

Next part, satu kejutan buat Allison. Apa reaksi Allison bila tahu siapa Shirley dalam hidup suaminya.

Just A Marriage Vows ✔️Où les histoires vivent. Découvrez maintenant