Part 9

1.1K 47 4
                                    

I Want Her

Dexter's POV

Dari jauh aku melihat Allison Daniella beriringan dengan suaminya memasuki balai berlepas di Lapangan Terbang Melbourne. Mereka kelihatan benar-benar seperti pengantin baru sedangkan beberapa hari yang lalu lelaki itu mengabaikan isterinya.

Aku melihat dengan mata kepalaku sendiri France, suami Allison Daniella menikmati sarapan bersama kekasihnya Shirley. Itu yang diberitahu Daniella kepadaku. Tetapi mengapa Daniella masih mahu bersama France sedangkan lelaki itu telah menyakitinya.

Kelmarin sewaktu kami bertiga berjalan mengelilingi bandar Melbourne, aku langsung tidak berpeluang berbicara dengan Daniella apatah lagi berjalan bergandingan dengannya seperti hari sebelumnya. Suaminya tidak melepaskan tangan Daneilla walaupun sebentar.

Melihat lelaki itu melayan Daniella dengan mesra membakar rasa cemburuku. Dia suaminya, tidak salah dia bermesra dengan Daniella. Tetapi aku sedar perlakuannya yang agak berlebihan memang sengaja menyakitkan hatiku.

Aku sebenarnya tidak memahami hatiku sendiri. Sejak pertama kali memandang Daniella, hatiku sudah terpaut padanya. Mengapa lelaki playboy seperti aku begitu cepat jatuh cinta kepada wanita seperti Daniella. Yah.. aku ingin memanggilnya gadis, tetapi hakikatnya dia bukan gadis lagi. Aku tidak percaya France kuat iman untuk tidak menyentuhnya selama ini.

Tiga hari bersama Daniella, aku merasa aku tidak mahu menjadi playboy lagi. Aku sudah menyematkan dalam hati yang aku ingin memiliki Daniella sebagai seorang isteri. Gila? Memang aku sudah gila. Aku sudah tergila-gilakan Allison Daniella.

"Saya sudah jatuh hati pada awak, Daniella" kataku.

"Maaf, saya tidak dapat menerima awak, Dex"katanya.

"Kenapa?"

"Saya sudah punya suami" katanya.

"Suami awak tidak sayangkan awak, Daniella. Saya akan tunggu hingga dia menceraikan awak" jawabku.

"Awak mendoakan suami saya menceraikan saya?" dia bertanya sambil melopongkan mulut.

"Kenapa tidak? Kalau suami awak menceraikan awak, saya boleh kahwin dengan awak" kataku separuh bergurau.

Aku sedar perjuanganku untuk memiliki Daniella bukanlah mudah. Mungkin aku akan berjaya mendapatkannya dan mungkin juga tidak. Saat ini tika dia meninggalkan aku, aku tidak tahu apakah aku akan bertemu dengannya lagi. Untuk menghubunginya sahaja tidak mungkin kerana Daniella enggan memberikan nombornya tika aku memintanya. Apa alasan Daniella aku tidak tahu.

Tika aku berpaling untuk meninggalkan airport, aku hampir terlanggar seorang wanita yang mengendong seorang bayi perempuan.

"Sorry" pintaku.

"It's okay, sir," balasnya tersenyum.

Tiba-tiba aku teringat sesuatu.

" Excuse me, madam" kataku. Dia menoleh ke arahku.

"Yes, sir. Anything that I can help you" katanya.

"I think I know you. You're the woman with France that day, are you?" tanyaku.

"Yes. Are you his friend?"

"Yes" jawabku berbohong.

"I 'm Dexter" aku menghulurkan tangan dan disambutnya.

"I'm Sofea. Nice to meet you"

"Excuse me. But I guess your name is Shirley"

"No, I'm not Shirley" dia tertawa kecil sambil berlalu.

Aku menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal. Kalau dia bukan Shirley, apa hubungannya dengan France. Aku jadi bingung.

****
Aku mengambil telefon bimbitku dan mencari nombor temanku di tanah air.

"Waktu senggang begini bagus juga kalau berWhatsApp" aku bercakap sendiri.

Me: Fab, aku bosanlah kat sini.

Fabian: Baliklah. Yang kau melepak kat sana buat apa?

Me: Tapi tak menyesal juga aku datang kat sini.

Fabian:❓❓❓

Me: Aku jumpa bunga.

Fabian: Bunga tulip Australia?

Me:Tak. Bunga ros Malaysia.

Fabian :Serius? Jauh-jauh pergi Australia jumpa ros Malaysia juga.

Me: Bunga ros ni cantik. Cuma durinya banyak.

Fabian:Maksudnya?

Me:Dia sudah kahwin. Aku jumpa dia pun masa dia pergi honeymoon dengan husband dia.

Fabian:Isteri orang tu, Dex. Tak baik suka isteri orang.

Me :😁😁 aku nak rampas dia buat jadi isteri.

Fabian :Hmm.. Seorang playboy nak kahwin dengan isteri orang. Pelik saja bunyinya.

Me:Dia betul-betul dah goda hati aku. Kalau aku dapat dia, aku tak mahu pandang perempuan lain lagi.

Fabian: Lantaklah, bro. Tapi aku nak ingatkan. Meruntuhkan rumah tangga orang satu dosa.

Me: I don't care, Fab. I want her.

Aku  tahu mengganggu rumah tangga orang memang tindakan yang sangat tidak bermoral. Tetapi apa yang boleh aku lakukan. Aku terlalu ingin memiliki Allison Daniella. Aku menyalahkan takdir yang mempertemukan kami pada waktu yang salah.

Seandainya kami dipertemukan lebih awal, sudah pasti Daniella kini menjadi milikku. Sudah pasti aku tidak bersusah payah untuk merampasnya daripada suaminya.

Aku mengambil telefon bimbitku dan membuka gallery untuk melihat foto-foto bersama Daniella yang aku ambil ketika kami mengunjungi Ladang Bunga Tulip. Aku mengambil beberapa foto dan memuatnaik foto-foto tersebut ke Instagram dan Facebook ku. Di bawah foto - foto tersebut aku letak caption "Me and my future wife". Aku tersenyum puas. Pasti menggelepar France bila melihatnya.

Just A Marriage Vows ✔️Where stories live. Discover now