Part 11

1.1K 53 3
                                    

Am I Your Destiny?

Setelah seselai makan malam berdua, France beria-ia memintaku masuk ke bilik tidur dan berehat. Ibu dan ayah mertuaku ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan. Mula dari memasak hingga mencuci pinggan mangkuk semuanya dilakukan oleh France.

Menang seronok juga pengalaman mengandung. Mana tidaknya, sepanjang waktu France memanjakan aku. Apa sahaja keinginanku, seboleh-bolehnya akan dipenuhinya. Begitu juga ibu dan ayah mertuaku, memang sangat memanjakanku.

Aku berbaring sambil merenung gambar perkahwinanku dan France. Majlis perkahwinan kami bukanlah majlis yang sederhana, tetapi sebuah majlis yang boleh dikatakan mewah. Aku manatap wajah France di dalam gambar itu.

France memang tampan. Sebenarnya aku tidak mahu berbohong, kali pertama Fabian membawaku bertemu France, aku sudah terpikat padanya. Betapa hatiku berbunga saat dia memintaku menikah dengannya. Waktu itu, aku merasa bertuah kerana memikirkan aku menjadi gadis yang dicintainya.

Tetapi pengakuannya tentang tujuannya menikahiku sempat memusnahkan mimpi-mimpi indahku. Hingga saat ini aku tidak tahu apakah Shirley masih menjadi keutamaan hidupnya.

"Sayang.." Aku tidak menyedari entah bila France masuk. Tahu-tahu dia sudah berbaring di sebelahku dan menarikku ke dalam pelukannya.

"I missed you, babe!" Bibirnya menyambar bibirku, menghisap dan terkadang menggigitnya. Lidahnya menjalar ke dalam mulutku, mencari lidahku dan membelitnya dengan lidahnya.

"Uhhh.." aku hampir kehabisan nafas. France tertawa kecil tatkala dia mengakhiri ciuman kami. Tetapi jemarinya telah menyusup ke dalam gaun tidur yang kupakai.

"France.." aku menahan tangannya.

"Please, Ally," nada suaranya memujuk.

"I want you, babe," suaranya serak dan berat. Matanya berkabut ghairah.

"Sudah tiga bulan, Ally. Aku tak sanggup menahan lagi," rungutnya dengan tangan mahir sekali melucutkan pakaian tidurku dan melemparkannya ke atas lantai.

"Doktor kata keadaan kandunganku belum stabil..."

"Bohong. Liar!" France menggigit belakang telingaku membuat tubuhku mengelinjang.

"Aku sudah tanyakan pada   Fiona  . Katanya kita sudah boleh main-main" dia menyambar bibirku lagi.

Aku tidak mampu menolaknya lagi. Aku cukup kenal France, kalau itu yang dimahukannya, dia akan mendapatkannya biarpun aku menolak. France punya seribu kepakaran menggoda tubuhku agar merespons setiap sentuhannya.

"Thanks, baby," dia mengucup bibirku sebagai pencuci mulut. Nafasnya masih lagi memburu.

"I like to see you like this. You look beautiful and wonderfull," katanya sambil mengelus tubuhku yang basah oleh keringat.

"Touch me, babe. Feel me!" dia menarik tanganku hingga aku menyentuh dirinya yang juga berkeringat.

"I want you again, babe! " France terus mengaplikasikan skill lelaki sejatinya. Dan aku cukup tahu ini hanya permulaan untuk malam yang masih panjang ini.

*****
Aku membuka mata ketika terasa France menggoncang tubuhku.

"Bangun, sayang," katanya.

"France?" Aku hairan melihat France sudah berpakaian kemas padahal ini pagi Sabtu. Selalunya France tidak bekerja hari ini.

"Kita akan ke mana?" tanyaku.

"Kamu tidak akan ke mana-mana, Ally."

"Kamu?"

"Aku akan ke Melbourne," jelasnya.

"Urusan Shirley belum selesai. Aku harus ke sana dan mengurus apa yang perlu. Aku mahu semua ini cepat selesai, Ally,"

"Supaya kamu cepat menceraikan aku," batinku berkata.

"Jaga diri dan bayi kita, sayang," France mencium dahiku sebelum berlalu dengan bagasinya.

"Patutlah semalam kamu meminta, France. Rupanya siang ini kamu akan menemui Shirley."

Pagi ini, sekali lagi aku merasa dipergunakan. Dia membuatku mengandung dan memanjakanku. Tetapi pada masa yang sama di hatinya masih ada Shirley. Aku benar-benar tidak memahami France.

Aku menghabiskan separuh hari dengan menonton televisyen. Hari ini aku akan bersendirian di rumah. Kedua mertuaku hanya akan pulang ke rumah dua hari lagi. France pula entah berapa lama akan berada di Australia.

Dritt! Dritt! Dritt!
Telefonku bergetar. Fabian calling...

"Bian? Kau kat mana? Kenapa lama tak call?"

"Buka pintu, Allison. Aku kat luar ni," jawab suara di hujung sana.

"Ha?? Really?" Aku bergegas menuju ke pintu dan membukanya.

Fabian, adik iparku tercegat di hadapan pintu. Tapi apa yang mengejutkan aku...

"Daniella?" suara yang sudah cukup aku kenal menyebut namaku.

"Dexter?" aku juga terperanjat dengan pertemuan yang tidak terduga ini.

"Kalian sudah kenal?" Fabian bertanya dengan riak wajah curiga.

"Dia bunga ros Malaysia yang aku jumpa di Australia," aku mendengar Dexter berbisik kepada adik iparku.

"Kau gila, bro! She is my sister in law. Dia bini abang aku," kata Fabian sambil menyiku perut Dexter.

"Apa khabar, sayang?" Dexter tersengih padaku.

"Hei, dia bini abang aku!" Fabian menarik Dexter menjauh dariku.

"Menyesal aku ajak kau ikut aku," rungut Fabian yang disambut oleh derai tawa Dexter.

"Nice to see you again, Daniella. Lihat, kita tak bertukar nombor telefon, kita tak bertukar alamat. Tapi hari ini kita dipertemukan kembali. Don't you think that I 'm your destiny?" Dexter mengenyitkan mata kepadaku.

Just A Marriage Vows ✔️Where stories live. Discover now