Part 4

1.2K 59 1
                                    

My Honeymoon

Akhirnya di sini aku dan France berada saat ini, di dalam pesawat milik Malaysia Airline System. Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, pesawat yang kami naiki akan singgah di Singapura sebelum meneruskan perjalanan ke Melbourne, Australia menggunakan pesawat Emirates. Menurut jadualnya, pesawat kami akan mendarat di Melbourne International Airport sekitar 00.45 pagi waktu Melbourne.

Sungguh aku tidak pernah membayangkan akan berada di langit biru hingga berpuluh jam lamanya . Penerbangan Kuching - Melbourne akan mengambil masa lebih kurang lima belas  jam tiga puluh lima minit . Satu perjalanan yang cukup lama.

Aku duduk di antara France dan seorang lelaki muda berkaca mata. Dia menghadiahkan seyuman ketika aku melabuhkan punggung di tempat dudukku.

"Tampan" hatiku memujinya. Dia memang lebih tampan daripada France suamiku walaupun kulitnya agak gelap. Aku mengintainya dengan penuh hati-hati. Jangan sampai dia perasan dan jangan sampai France tahu.

Perjalanan yang panjang membuat aku mula merasa bosan. Aku menjeling France. Matanya terpejam. Aku menduga, mungkin dia terlalu letih. Atau mungkin dia bosan duduk di sampingku kerana sejak tadi dia hanya berbicara yang penting sahaja denganku.

Akhirnya aku mengeluarkan novel "The Millionair Mistress " dari beg tanganku. Lebih baik aku membaca novel daripada aku duduk kebosanan.

Ketika aku tidak sengaja menoleh ke sampingku, mataku bertentangan dengan si tampan. Dia cuba bersikap ramah dengan mengukir senyuman kepadaku. Aku tidak tahu entah sudah berapa lama dia mengamatiku.

"Go on vacation?" akhirnya dia bertanya ramah.

"Honeymoon" balasku ringkas.

"Owh, pengantin baru rupanya" katanya cuba senyum. Aku dapat merasa air wajahnya sedikit berubah. Tidak seceria sebelumnya.

"With this guy?" ibu jarinya menunjuk ke arah France. Aku mengiyakan.

" Perfect couple" katanya. Aku tidak tahu pujian itu ikhlas atau sebaliknya.

"By the way, saya Dexter"dia memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangannya.

Aku menerima huluran tangannya.

" Allison Daniella" kataku. Dia menggenggam tanganku agak lama.

Tanpa aku duga, France menarik tangan kiriku dan menautkan jari-jarinya dengan jemariku.

"You're my wife. Always remember our marriage vows" dia berbisik perlahan tetapi rasanya cukup jelas didengari Dexter hingga dia melonggarkan genggaman tangannya.

Aku menoleh pada France. Matanya masih terpejam. Mengigaukah dia? Atau mungkin dia berpura-pura tidur agar dia boleh mengintai apa yang aku lakukan.

France berlagak seperti suami yang cemburu. Sentiasa mengingatkan aku pada sumpah pernikahan kami. Tetapi bagaimana dengan dia sendiri. Mengapa dia masih berharap untuk bersama dengan Shirley sedangkan dia sudah bersumpah untuk bersamaku hingga ajal memisahkan kami.

*******
Akhirnya pesawat yang kami naiki selamat mendarat di Melbourne Airpirt atau lebih dikenali sebagai Tullamarine Airport.

"See you, Daniella" ucap Dexter ketika kami berada di ruang menunggu bagasi.

"See you, Dexter" aku membalas. France langsung tidak menoleh ke arah Dexter apatah lagi menyapanya. Dia benar-benar lelaki pencemburu.

Dari Melbourne Airport, kami memesan uber yang seterusnya membawa kami ke La Trobe Street. France tidak menyapaku sepatahpun hingga kami sampai di La Trobe Tower. Salah sebuah apartment di bangunan ini milik keluarga France. Di sinilah kami akan menginap sepanjang berada di Melbourne.

Badanku yang terasa sangat letih memaksaku terus melabuhkan tubuh sebaik kami memasuki sebuah apartment di bangunan tersebut. Aku malas hendak bertanya tentang apa yang membuat wajah France mencuka sedari tadi. Aku hanya ingin merehatkan badanku.

"Aku mahu bertemu Shirley" kata France yang kelihatan sudah segar dan kemas. Bau parfum yang dipakainya memenuhi ruang apartment.

"Kamu mahu ikut?" tanyanya. Aku menggelengkan kepala. Dia ingin bertemu buah hatinya, jadi buat apa aku mengikutnya. Melihatnya bersama kekasihnya nanti hanya akan mengundang perasaan cemburuku.

Kami memang tidak saling cinta. Aku juga belum punya perasaan cinta kepadanya. Perasaanku hanya sekadar suka atau mungkin sedikit rasa sayang. Tetapi aku tetap rasa cemburu bila dia menyebut nama perempuan lain kerana dia suamiku dan aku isterinya.

"Pasti tidak mahu ikut? Ally berani tinggal sendiri?" dia terus bertanya.

Ini negara orang. Sudah pasti aku takut tinggal sendiri di sini. Tetapi untuk mengikutnya bertemu Shirley aku memang tidak mahu.

"Aku boleh tinggal sendiri" kataku.

"Aku mungkin bermalam di rumah Shirley. Jadi tidak perlu menungguku pulang. Jangan lupa kunci pintu" dia berpesan sebelum mencium dahiku.

Aku melihatnya menghilang di sebalik pintu. Inilah yang dikatakan punya tetapi tidak memiliki. Aku punya suami tetapi aku tidak memiliki hatinya kerana hatinya sudah dimiliki Shirley.

Just A Marriage Vows ✔️Where stories live. Discover now