Part 19

1.1K 44 2
                                    

I Really Love You, Hubby

Aku menjenguk ke ruangan kerja France setelah selesai menidurkan Shirley. France masih lagi berada di situ dan kelihatan beberapa fail di atas mejanya. Aku mengambil keputusan untuk kembali ke bilik Shirley dan berbaring di sebelah anak kecil itu.

Sudah sebulan aku menjadi mummy Shirley. Memang penat sekali mengurusnya. Syukurlah ibu mertuaku juga rajin melayan kerenah Shirley. Badan yang terasa amat letih membuat mataku cepat mengantuk dan aku terlelap di samping Shirley.

"Honey, kenapa tak tidur dalam bilik kita?" tanya France berbisik di telingaku.

"Letih," hanya itu jawapanku sambil mata terus terpejam. Sudah seminggu ini badanku terasa bagaikan remuk. Kepalaku selalu pening. Selera makanku menurut dan mata pula asyik terasa mengantuk.

"Kita masuk bilik kita, ya," Aku hanya menggelengkan kepala dan tetap berbaring di sebelah Shirley.

"Aku gendong, ya," sekali lagi aku menggelengkan kepala.

"Kamu mahu tidur di sini?" tanya suamiku akhirnya.

"Boleh?" aku bertanya balik. Aku melihat suamiku mengangguk.

"Kalau begitu, kita bertiga akan tidur di sini malam ini," katanya. Itulah suamiku. Sejak peristiwa yang pernah menimpaku, France berubah menjadi suamiku yang lebih prihatin dan penyayang. Perubahan itu menyebabkan aku tidak pernah lagi memikirkan untuk bercerai darinya.

Aku dan France berbaring berhadapan dengan si kecil Shirley di antara kami. Dalam keadaan mataku yang sekejap buka dan sekejap tutup, aku masih dapat melihat mata France menatapku. Tangannya dijulurkan agar dapat membelai rambutku.

" I love you, my sweet wife. Hopefully, soon.. we will have our baby." Aku mendengar dia berkata.

" Amin." Aku hanya menjawab dalam hatiku kerana setelah itu aku terus hanyut dalam alam mimpi.

*****

Aku hanya memerhatikan tangan ibu mertuaku bergerak lincah menyediakan sarapan pagi. Aku tidak bernafsu untuk membantunya kerana badanku terasa seakan remuk. Tekakku juga terasa loya sebaik tercium bau bawang yang ditumis ibu mertuaku. Aku mengurut perut yang mula mual.

"Kenapa, Ally?" ibu mertuaku menutup api stove dan menghampiririku. Ditenungnya wajahku yang mungkin saat ini kelihatan pucat.

"Mual, ma," balasku masih mengurut dada dan perutku.

"Mungkin Shirley bakal dapat adik," ibu mertuaku tersenyum. Aku termangu seketika, teringat period ku memang sudah lewat tiga minggu. Mungkinkah aku hamil lagi? Bersediakah aku? Bagaimana kalau aku benar-benar hamil lagi dan gagal mempertahankannya seperti yang pertama dulu?

" Ally tak gembira kalau Ally mengandung lagi?" ibu mertuaku bertanya sambil mencedok nasi goreng ke dalam pinggan dan meletakkannya di hadapanku.

"Gembira, ma. Tapi Ally takut kalau kejadian lalu berulang."

"Kejadian apa, sayang?" France muncul dengan Shirley dalam gendongannya. France hanya mengenakan seluar jeans pendek dan baju T putih. Kelihatan begitu simple tetapi tidak tahu mengapa di mataku dia kelihatan begitu tampan.

Just A Marriage Vows ✔️Where stories live. Discover now