Part 14

1.1K 54 1
                                    

I Lost My Baby

Francis Daniel's POV

"Shitt! You bastard!" aku menyumpah sambil beberapa kali tanganku memukul stering keretaku. Wajah Dexter yang muncul di skrin telefonku membuat tubuhku gementar.

"Jangan sentuh isteriku! Setan!" Aku menjerit sekuat hati.

"France, tolong!" suara Allison, isteriku menjerit. Aku tidak nampak wajah isteriku di telefon bimbitku tetapi jeritannya jelas kudengar. Suaranya penuh dengan ketakutan.

"Ally! Ally!" Aku memanggil namanya tetapi Allison tidak mendengar jeritanku. Mungkin dia meletakkan  telefon bimbitnya  dalam mod mute ketika lelaki itu mengetuk pintu bilik tidur kami.

Aku memecut keretaku meninggalkan airport. Aku perlu segera sampai ke rumah. Entah apa yang sudah dilakukan oleh setan itu kepada isteriku. Perasaanku semakin tidak keruan memikirkan bahawa isteriku kini sedang dalam keadaan berbadan dua.

Aku menghubungi Fabian. Saat ini aku benar-benar marah kepadanya. Mengapa dia sanggup membiarkan lelaki itu berduaan bersama isteriku. Seharusnya lelaki itu tidak muncul lagi di hadapan isteriku.

"Ada apa, bang?" kedengaran suara adikku di hujung sana.

"Kau di mana, Fabian?" aku bertanya kasar.

"Aku lagi lepak dengan kawan, bang," jawabnya.

"Pulang sekarang, Fabian!" aku meninggikan suara.

"What? Kopi belum habis ni, bang."

"Pulang!" Aku berteriak pada Fabian sebelum nemutuskan panggilan.

Aku terus memecut hingga keretaku sampai di halaman rumah. Pintu rumah kelihatan terbuka lebar. Aku terus meluru masuk sambil memanggil-manggil nama isteriku. Namun tiada jawapan yang kuterima. Aku berlari naik ke tingkat atas menuju ke bilik tidur kami.

"Ally!" Aku menjerit melihat keadaan isteriku.

Isteriku terbaring dalam keadaan telanjang tanpa seurat benang pun menutupi tubuhnya. Kakinya dalam keadaan terkangkang. Darah membasahi paha dan tilam tempatnya terbaring. Matanya terkatup rapat.

"Sayang.." aku menarik lengannya dan memeriksa nadinya. Nadinya masih ada tetapi sudah sangat lemah.

"Sayang.." aku mengangkat tubuh kaku Allison dan memindahkan  ke bahagian tilam yang bersih dan menyarungkan gaun mengandung ke tubuhnya.

"Sabar, sayang. Bertahan. Kita akan ke hospital," aku mengendongnya ke keretaku.

"Kenapa dengan Ally, bang?" tanya Fabian yang muncul di muka pintu. Fabian memandang Allison di dalam gendonganku dengan wajah panik.

"Buka pintu kereta, Fab. Ally pendarahan," kataku. Fabian berlari membukakan pintu keretaku. Setelah itu, Fabian berlari semula ke rumah dan mengunci pintu. Aku meminta Fabian memandu agar aku dapat nemangku isteriku.

"Cepat, Fabian," arahku.

"Ya, bang," jawabnya. Keretaku terus meluncur laju membelah keheningan malam menuju ke hospital.

*****
Aku mundir-mandir di luar bilik kecemasan menunggu khabar keadaan Allison. Doktor tidak membenarkan aku berada di dalam. Aku tahu bayi kami pasti tidak akan dapat bertahan. Darah yang keluar dari rahim isteriku begitu banyak.
Aku pasrah andai bayiku pergi tetapi aku berdoa agar isteriku selamat dan diberi peluang untuk terus bersamaku.

"Maaf, kami tidak dapat menyelamatkan bayi anda," kata doktor yang baru keluar dari bilik kecemasan sambil menggelengkan kepalanya.

"Isteri saya bagaimana, doktor?"

"Isteri anda sudah sedar. Tetapi esmosinya kelihatan belum stabil," jelas doktor tersebut.

Meskipun kecewa, aku bersyukur isteriku selamat. Disebabkan banyak kehilangan darah dan  kesan lebam yang agak teruk di tubuhnya, Allison terpaksa ditahan di wad untuk beberapa hari.

Perlahan aku masuk ke wad dan menghampiri Alluson. Matanya memandangku sayu. Aku menarik tangannya dan menggenggamnya erat.

"Maafkan aku, Ally. Aku tidak dapat melindungimu dan anak kita," kataku.

"Aku yang patut minta maaf, France. Bayi kita sudah tiada," katanya lemah. Air matanya mula menitis laju.

"Kamu tidak bersalah, sayang. Seharusnya aku tidak meninggalkanmu ." Aku mengugup pipinya. Air matanya kuseka dengan jariku. Aku benar-benar dihimpit rasa bersalah. Andainya aku tidak meninggalkan isteriku di rumah, pasti aku dan isteriku tidak akan kehilangan anak pertama kami.

"Aku sudah meminta Fabian melaporkan Dexter kepada pihak polis," jelasku.

"Jangan, France," Allison menatapku dengan wajah ketakutan.

"Dia harus dihukum, Ally."

"Dia mengugut akan mencederakanmu dan Fabian jika aku membuka mulut. Aku tidak mahu kehilanganmu juga, France." Allison semakin terisak.

"Dia perlu menerima hukumannya, sayang. Serahkan saja kepada pihak polis," aku menenangkannya.

Aku menarik Allison  ke dalam pelukanku. Saat ini, perasaan cinta dan sayangku kepadanya berlipat kali ganda. Aku sudah kehilangan bayiku, aku tidak mahu kehilangan isteriku juga.

" Ally.. "Kakakku Angelina berjalan termengah-mengah menghampiri kami bersama Martin di sampingnya.

" Kenapa sampai jadi  begini, France?"tanya kakakku sambil memandangku dengan wajah kecewa.

" Terjatuh, kak. Angkara kawan Fabian ,"aku menjawab ringkas.

Aku belum mahu bercerita lanjut kerana aku takut isteriku malu bila ahli keluargaku tahu  yang sebenarnya isteriku hampir diperkosa di dalam bilik tidur kami sendiri.

Hatiku cukup sakit bila teringatkan si keparat itu sudah menyentuh tubuh isteriku dan melihat bahagian rahsia tubuh isteriku yang seharusnya hanya aku yang melihatnya.

" Sabar, dik, "Angelina mengelus lembut rambut isteriku.

" Ally sudah kehilangan bayi Ally, kak," aku mendengar rintihan isteriku. Rintihannya tentang kehilangan bayi kami terasa menyentap jantungku.

" Bukan rezeki kalian. Pasti Ally boleh mengandung lagi setelah Ally sembuh nanti," kakakku memujuknya.

"Mama mana, kak? Ally rindu mama."

"Mama dalam perjalanan, sayang," aku menjawab pertanyaan isteriku. Aku tahu dalam keadaannya begini, Allison pasti inginkan ibuku untuk menemaninya. Saat ini Angelina berjaya meredakan tangisan Allison. Agak lama juga kakakku menemaninya di wad.

"Kakak tak dapat lama di sini, Ally. Tapi esok kakak akan datang lagi." Allison cuma mengangguk lemah.

"Jaga Ally baik-baik, dik. Perasaannya sekarang memang sensitif," pesan kakakku sebelum pulang.

Just A Marriage Vows ✔️Where stories live. Discover now