Part 16

1.1K 51 1
                                    

Just  A Marriage Vows

Francis Daniel's  POV

Sudah sebulan sejak kejadian itu. Waktu Allison berpantang juga sudah tamat. Seharusnya sedikit sebanyak Allison sudah dapat menerima kenyataan kehilangan bayi kami. Harusnya dia belajar melupakan kisah pahit itu biarpun sukar. Aku takut ingatannya tentang kisah itu akan perlahan-lahan merobohkan rumah tangga kami.

"Sayang, mahu ke mana?" tanyaku melihat Allison sudah bersiap.

"Aku mahu membantu mama di butiknya," katanya tanpa memandangku.

Sebelum mengandung, sesuai yang kujanjikan kepadanya, Allison memegang jawatan sebagai penyelia cawangan di syarikatku. Tetapi sebaik mengandung, Allison tidak membantah bila aku memintanya berhenti bekerja dan duduk di rumah.

"Sayang duduk saja di rumah, ya. Sayang perlu berehat," kataku sambil tanganku mengelus lengannya.

"Aku perlu bekerja, France. Buat masa ini, aku akan kerja di butik mama. Sekurang-kurangnya bila kita bercerai nanti, aku ada sandaran untuk meneruskan hidup."

Aku memegang kedua belah pipinya. Kutatap matanya dalam-dalam. "Katakan kamu tidak mencintai aku lagi, Ally," pintaku. Allison melarikan pandangan matanya. Dia tidak sanggup memandangku.

" See.. You still love me, Ally," kataku tersenyum. Aku memang tahu dia masih cintakan aku. Apa dia fikir aku tidak tahu perasaannya kepadaku selama ini.

" Jangan sebut lagi perkataan cerai. Ingat, sayang. Kita sudah melafazkan sumpah di hadapan altar. Kita sudah bersumpah akan bersama sampai ajal memisahkan kita," aku mengingatkannya.

"It's just a marriage  vows, France." Aku terkejut mendengar jawapannya. Jadi selama ini dia menganggap apa yang pernah kami lafazkan di hadapan paderi pada hari pernikahan kami cuma sekadar sumpah pernikahan. Tidakkah dia tahu itu adalah janji yang dibuat atas nama Tuhan untuk saling menerima dan menyayangi pasangan walau dalam keadaan apa sekalipun?

"Aku tak faham kenapa kamu tergamak mengucapkan kata-kata itu, Ally," kataku kecewa. Peganganku terlepas begitu sahaja.

"Doesn't our marriage mean something to you?"

"It's over, France,"

"Tak, sayang. Hubungan kita belum berakhir dan tidak akan pernah berakhir. Seperti sumpah kita, hanya maut yang akan memisahkan kita."

"Kalau sayang masih tetap ingin kita bercerai, maka aku harus mati dahulu," kata-kataku membuatnya menoleh memandangku sekilas.

"Bagaimana aku harus meneruskan hidup bila nyawaku sudah kamu bawa pergi nanti," luahku. Riak wajahnya berubah sayu. Aku harap kata-kataku dapat menyentuh dasar hatinya yang paling dalam.

"Terpulang, France. Tetapi aku tidak mampu membiarkanmu menyentuh tubuhku lagi. Aku kotor, France. Dexter sudah melihat tubuhku. Setiap saat aku seolah merasa tangan kotornya menyentuh tubuhku." Allison terduduk di birai katil dan menangis. Aku duduk di sisinya dan cuba memeluknya.

" Jangan sentuh aku, " katanya. Aku terpaksa memundurkan tanganku.

" Izinkan aku melenyapkan rasa yang menyakitkan itu, sayang. Izinkan aku menghapuskan jejak lelaki itu dari kulitmu."

Just A Marriage Vows ✔️Where stories live. Discover now