Part 23

1.9K 61 10
                                    

One Year Later

Francis Daniel's POV

You're My Love, My Dealova

Aku menemani isteriku memasuki sebuah hospital swasta. Aku membiarkan isteriku berjalan sambil memeluk lenganku. Langkahnya terasa begitu perlahan. Aku menoleh memerhatikan wajahnya yang seakan keletihan.

"Honey letih?" tanyaku. Dia senyum sambil menggelengkan kepalanya.

"Aku gembira, Hubby. Bahagia yang tidak terhitung. Sekarang ada 'kita' di dalamku yang sebentar lagi akan memanggil kita 'daddy dan' mummy'." Dia meraba perutnya yang besar. Maklumlah, di dalam rahim Allison kini ada tiga nyawa yang sebentar lagi akan melihat dunia ini.

" I'm happy too, honey. " Aku menghentikan langkahnya dan menariknya ke dalam pelukanku. Aku kucup bibirnya.

" Honey okey?"

"Jujur, aku takut, Hubby. Tapi demi anak-anak kita, I promise I will try my best."

Memandangkan hospital ini merupakan hospital panel keluarga Daniel, maka aku dibenarkan untuk menemari Ally sehingga dia selamat melahirkan anak-anak kami.

"Sakit, Hubby," Ally meringis sambil menggenggam erat tanganku. Kelihatan peluh membasahi dahinya.

"I'm really sorry, honey," aku mengelap peluh di dahinya. Sungguh aku merasa bersalah membuatnya merasa kesakitan ini. Seumur hidup, aku belum pernah melihat betapa siksanya seorang wanita ketika ingin melahirkan. Dulu ketika Shirley dilahirkan aku juga tiada menemani ibunya.

" Doakan aku, hubby. Doakan agar kami berempat sihat dan selamat." Air mata menuruni pipinya.

"Tidak ada sesaatpun yang berlalu tanpa aku mendoakan keselamatan kalian," kataku.

Hampir sejam Ally meneran, akhirnya keluarlah bayi pertama kami. Seorang bayi lelaki. Kelihatan sungguh comel dengan warna kulitnya yang kemerahan. Sepuluh minit kemudian, Ally berjaya meneran bayi kedua kami, seorang bayi lelaki juga. Rupanya persis abangnya. Si adik, seorang bayi perempuan menyusul lima minit setelah abangnya keluar. Setelah bertungkus lumus melahirkan tiga orang bayi kami, isteriku kelihatan terkulai keletihan meski masih dapat tersenyum memandang wajahku yang basah oleh air mata. Betapa aku takut melihat perjuangan isteriku. Terasa nyawaku seakan tercabut dari jasadku.

"Thanks, honey. Thanks, mummy." Aku mengucup dahinya.

"Hidupku sudah sempurna, hubby," bisiknya di telingaku.

"You complete my life too, honey."

Petang itu wad isteriku dipenuhi ahli keluargaku. Ayah, ibu, Angelina, Martin, Fabian, Faustina dan Deanna serta tidak ketinggalan puteriku Shirley semuanya berkumpul untuk melihat triple babies.

"Daddy, yang mana satu adik Shirley?" Shirley kelihatan keliru sambil matanya memandang ke arah bayi-bayi itu bersilih ganti.

"Shirley, semua ni adik Shirley, sayang," isteriku menjawab.

"Really?" Matanya bersinar gembira. Aku dan Ally mengangguk bersamaan.

"Thank you, mummy. Thank you, daddy." Anak kecil itu memeluk aku sebelum memeluk Ally. Ketika berada di dalam pelukan Ally, Shirley menangis.

"Will you always love me, mummy?" dia bertanya di sela isakannya.

"You're my baby, Shirley. Of course I will always love you." Ally membelai wajah yang basah itu hingga dia boleh tersenyum kembali. Rupanya Shirley menangis kerana bimbang Ally tidak lagi menyayanginya setelah kehadiran si triple.

💠💠💠💠

"Aku sangat bahagia, Hubby. Dua kali aku keguguran. Akhirnya Tuhan memberikan kita tiga bayi sekaligus," aku membelai kumisnya yang agak panjang kerana beberapa hari ini dia tidak punya masa untuk mencukurnya.

"Ya, honey. Nampaknya kita sudah semakin tua, anak saja sudah empat." Suamiku tertawa kecil. Matanya sedari tadi tidak lepas dari menatapku.

"You're my lovely wife, Ally. You're my Dealova. Kamu nyawaku, belahan jiwaku. Selagi kamu ada, aku akan sentiasa bernyawa. I love you, honey."

" Thank you for choosing me as your wife,  your companions, your dealova and your mohabbatein."

" Thank you, my Allison Daniella. Kerana kamu telah mahu menerima lamaranku. Terima kasih kerana sudi melafazkan marriage vows bersamaku. Terima kasih kerana kamu berpegang pada marriage vows kita. "

" Sentiasa ingat, Allison Daniella. Aku takkan mampu setiap saat melafazkan cinta dan janji untuk selalu bersama. Tetapi ingin ku katakan, bersama setiap udara yang ku hela, terlafaz cinta dan janjiku untuk selalu bersama denganmu. "

-THE END-

Thank you for reading.
Press ⭐ and leave your comment.

Bicara Penulis

" Just A Wedding Vows" ialah novel ke dua saya setelah "Katakan Jika Kamu Cinta Aku". Kisahnya juga santai, bukan kisah datuk atau datin  atau tengku. Apapun pendapat dan komen anda tentang cerita ini, saya harap anda menikmatinya.

Author : SL/01:52/05/09/2019

Just A Marriage Vows ✔️Where stories live. Discover now