Part 12

1K 48 1
                                    

Don't Touch Me!

Stres! Aku merasa tidak bebas bergerak di dalam rumah ini sejak lelaki itu datang bersama Fabian. Dia sentiasa memerhatikan gerak geriku. Sering aku menangkap pandangannya yang seakan menjelajah tubuhku. Matanya terasa menjamah setiap inci tubuhku membuat aku merasa geli.

Aku tidak tahu mengapa takdir sekali lagi mempertemukan aku dengan Dexter. Lelaki itu kelihatan berbeza sekali dengan Dexter yang pernah aku temui di Melbourne dahulu. Dulu dia bersifat mesra dan tenang. Tetapi kini dia bersifat seperti harimau lapar yang menunggu untuk menerkam mangsanya.

Dexter  sentiasa cuba mencari kesempatan untuk mendekatiku. Sungguh aku menyesal pernah mengenalinya. Mungkin salahku kerana dulu aku seakan memberinya harapan, memberi peluang kepadanya untuk menyukaiku. Tetapi itu dulu. Dalam beberapa bulan ini hatiku sudah jadi milik suamiku apatah lagi saat ini aku sedang mengandungkan anaknya.

Aku menyentuh perutku. Ada janin yang sedang membesar di dalam rahimku, bukti penyatuan dua orang makhluk Tuhan yang sudah melafazkan sumpah pernikahan, iaitu aku dan France suamiku. Bagaimanakah nanti rupa bayiku? Apakah akan seperti aku atau apakah akan seperti ayahnya.

Ketika memikirkan France, aku teringat bunga tulip hitam yang pernah aku beli untuknya tetapi tidak sempat aku berikan kepadanya kerana keadaan hubungan kami yang kurang baik ketika itu.

Aku membelek bunga tulip hitam tersebut. Bunga tulip itu sudah aku keringkan dengan kaedah herbarium dan kini sudah sedia untuk dibingkaikan. Bila France balik nanti, aku akan menyerahkan satu herbarium  bunga tulip itu untuknya.

"Daniella," Tiba-tiba Dexter memelukku dari belakang.

"I missed you, my destiny," katanya.

Nafasnya terasa panas menyapu tengkukku. Bibirnya sempat menjilat, menghisap serta menggigit lembut leherku. Sentuhannya membuat perutku mual. Badanku terasa menggigil.

"Don't touch me, Dex," pintaku masih cuba bersopan. Aku cuba menolak tubuhnya.

"Kenapa?" tanyanya.

"Kau tidak boleh menyentuhku," kataku tegas.

"Jadi siapa yang boleh menyentuhmu, Daniella? Suamimu yang dayus itu?"

Aku cuba mengelak sentuhannya tetapi Dexter merangkulku kian erat dan menekan tubuhku agar bersentuhan dengan tubuhnya. Kini tangannya cuba menyusup ke sebalik baju longgar yang kupakai.

"Please, Dexter. Aku sudah punya suami," itu alasanku yang paling kukuh.

"Suamimu tidak menyayangimu, sayang," tangannya semakin liar. Buah dadaku sudah berada dalam genggaman tangannya.

"Minta dia melepaskanmu, Daniella dan jadilah isteriku." katanya.

"Lepaskan aku, Dexter. France tidak akan menceraikan aku," kataku masih cuba meleraikan pelukannya.

"Minta padanya, Daniela. Minta dia melepaskanmu,"

"France tidak akan mahu menceraikan aku," kataku masih cuba membuatnya faham.

"Bagaimana kalau aku  menidurimu, Daniella. Masih mahukah suamimu mempertahankan isterinya yang sudah dijamah lelaki lain, hmmm? Aku pasti suamimu tidak mahukan isterinya yang sudah kotor," katanya sambil ketawa.

"Kau gila, Dexter," aku nyaris berteriak.

"Ya, aku memang sudah gila. Kau yang membuatku gila, Daniella,"

"Kau sudah berubah, Dexter. Tidak seperti Dexter yang ku kenal,"

"Kau juga berubah. Kau neninggalkan aku di Melbourne tanpa sepatah kata. Masih ingat, Daniella?" Tangannya meramas kuat payudaraku.

"Sakit!" aku cuba menolak tangannya. Memang sejak mengandung, payudaraku terasa sakit apabila disentuh. Tetapi Dexter kelihatan semakin bernafsu.

"Sakit atau nikmat, Daniella?" Dia bertanya dengan nafasnya semakin hangat dan menderu menyapu kulit leherku.

"Kau kurang ajar!" Aku  menggunakan sekuat tenagaku menyentap keluar tangannya dari dalam bajuku. Tanpa aku sedar, tanganku sudah kulayangkan ke pipinya. Dia mengaduh sambil memegang pipinya yang merah.

"Kau menamparku, Daniella?" katanya tersenyum sinis.

"Aku sudah meminta dengan baik agar kau berhenti menyentuhku, Dex," balasku.

Wajahnya yang dulu sempat ku kagumi kini menjadi wajah yang kubenci. Entah siapa aku pada pandangan matanya hingga dia berani menyentuhku begitu.

"Tunggu, Daniella. Suatu hari nanti kau akan menjadi milikku," katanya sambil berlalu.

Aku mendengar ancamannya. Tetapi aku tidak percaya dia berani melakukannya kerana ini rumah mertuaku dan ada Fabian di sini.

"Kenapa, Ally?" tanya Fabian yang baru muncul entah dari mana.

"Kau ke mana, Fabian?" tanyaku kesal. Suaraku bergetar.

"Aku tadi pergi membeli rokok," jelasnya.

"Ada apa, Ally? Kenapa kau nampak pucat? Kau okey?" Fabian bertanya bertubi-tubi.

"Suruh sahabatmu itu cepat pergi dari rumah ini, Fab," aku  memandang muka Fabian yang berkerut tidak faham.

"Kenapa dengan Dexter?" tanyanya sambil melihat  aku mengelap dengan tisu bekas mulut Dexter di leherku.

"Aku tidak selesa dia lama di sini, Fab."

Just A Marriage Vows ✔️Where stories live. Discover now