Part 15

1.1K 51 3
                                    

I Will Never Divorce You

Francis Daniel's POV

Allison sudah dibenarkan pulang. Lebam-lebam di badannya sudah mulai pudar. Tetapi wajahnya tidak menggambarkan hati Allison sudah pulih dari tragedi yang telah menimpanya dan bayi kami. Kerap kali aku melihat dia meraba perutnya sambil air matanya menitis melewati pipinya.

"Sayang rehat, ya." Aku membaringkan Allison di atas katil. Wajahnya yang masih pucat aku tatap lama.

"Mama sudah memasak bubur untuk sayang. Nanti sayang makan di sini saja, ya," aku menarik selimut untuk menutupi tubuhnya. Menurut ibuku Allison tetap harus berpantang seperti orang yang baru melahirkan.

Allison hanya membisu, menjawab tidak, mengangguk pun tidak. Kebisuannya mengingatkanku akan kebencianku terhadap lelaki yang telah menyakitinya. Hati suami mana yang tidak sakit memikirkan isterinya diperlakukan begitu tanpa mampu mempertahankannya.

"Suatu hari aku akan bersemuka dengan lelaki biadap itu," kataku. Aku menunduk dan mencucup pipinya.

Allison tetap tidak menjawabku mahupun menoleh kepadaku. Aku semakin dihimpit rasa bersalah. Aku merasakan aku suami yang gagal melindungi isteriku sendiri.

"Bagaimana keadaan Ally?" tanya ibuku ketika aku ke dapur untuk mengambil bubur untuk Allison.

" Masih begitu, ma. Dia belum mahu bercakap apa-apa denganku," kataku.

"Mama tak faham dengan France. Kenapa France sanggup tinggalkan Ally sendirian di rumah. Kenapa tak tunggu sampai mama dan papa pulang baru France berangkat ke Australia," mamaku mengomel.

" Aku sudah meminta Fabian pulang, ma untuk menemani Ally di rumah. Aku perlu secepatnya mengurus hal Shirley, ma agar saat sudah ada baby nanti aku tidak perlu lagi berulang alik ke Australia.

Aku tahu ada kawan Fabian yang mengikutnya pulang, tetapi aku tidak tahu bahawa kawannya adalah lelaki sial itu. "

" Ceritakan pada mama, France. Kenapa dia sampai hati menolak Ally sampai jatuh dan keguguran, " pinta ibuku sambil menarikku duduk di sebelah meja makan.

" Dia tak menolak Ally, ma. Ally keguguran bukan sebab jatuh, " aku berhenti seketika. Terlalu berat untuk aku menceritakannya. Tetapi aku tidak mahu berbohong lagi pada ibuku.

" Dia hampir memperkosa Ally, ma," kataku sambil memandang wajah ibuku yang ternganga tidak percaya.

" Apa? Kenapa sebelum ni kau merahsiakannya dari mama, France?" ibuku meninggikan suara. Cepat-cepat dia mengambil bubur dari tanganku.

"Ma.."

"Mama perlu tanyakan pada Ally sendiri," katanya sambil berlalu menuju ke bilik tidur kami dengan bubur untuk Allison di tangannya.

"Aku tidak mahu Ally malu, ma kalau orang tahu apa yang sebenarnya terjadi," kataku sambil membuntutinya.

"Mama tidak mahu menantu mama terkena sakit jiwa, France."

"Jangan tanyakan pada Ally, ma," aku cuba meminta ibuku agar tidak membincangkan hal itu dengan Ally. Aku takut jika dia akan semakin sukar untuk melupakan kejadian itu.

"Ini penting, France. Ally tidak boleh memendamnya seorang diri," bulat mata ibuku memandangku membuatkan aku tidak lagi berani membantahnya.

"France tunggu di luar,"arah ibuku.

Mahu tidak mahu aku terpaksa berdiri di sebalik pintu. Dari dalam bilik aku mendengar isakan Allison diikuti pujukan-pujukan lembut ibuku untuk menenangkannya.

" Ally kotor, ma, " itu antara rintihan isteriku yang terasa seakan  menusuk ke hatiku.

"Ally tidak kotor. Ini bukan kemahuan Ally. Lagipun dia tidak sempat menyentuh Ally, kan," suara ibuku medengaran lembut memujuknya.

"Dia tidak sempat melakukannya, ma. Tapi dia sudah melihat tubuh Ally. Dia sudah menyentuh tubuh Ally. Ally jijik mengingat sentuhannya pada tubuh Ally, ma," aku mendengar isakan Allison kian menjadi-jadi.

Aku menahan rasa marah yang selama beberapa hari ini memenuhi jiwaku. Kalau diikutkan hati, mahu saja aku menghabiskan nyawa lelaki itu yang telah memberikan aib pada isteriku.

" Ally bersabar, ya. Ini semua dugaan dari Tuhan." Aku menolak daun pintu sedikit. Melalui celah pintu, aku melihat ibuku memeluk isteriku. Alangkah bagusnya jika dia mahu mengizinkan aku memeluknya begitu dan menenangkannya.

"Ally mahu bercerai, ma," ucap isteriku di sela isakannya.

"Syyy.. Jangan sebut kata cerai, sayang. France memang salah tidak menjaga Ally. Tapi mama mohon, beri dia peluang, ya."

"Ally sudah kotor, ma. Ally tak layak untuk France. Ally tidak akan menghalang France bersama Shirley,"

"Ally tahu siapa Shirley?" Ibuku bertanya padanya.

"Tahu, ma. Shirley kekasih France. Ally tidak tahu mengapa France perlu berkahwin dengan Ally baru dia dapat kahwin dengan Shirley." Suara Allison kedengaran sayu.

Dalam marah mendengar kata-kata Allison ingin meminta kami bercerai, aku merasa tercuit juga mendengar kata-katanya tentang hubunganku dan Shirley. Dari dulu dia cemburukan Shirley. Tidak mengapa, biar Shirley menjadi rahsia buat masa ini. Suatu hari aku akan memberikan kejutan untuknya tentang siapa Shirley dan mengapa Shirley terlalu penting dalam hidupku.

"Ally tetap bersabar, ya. Keadaan Ally masih lemah. Bila Ally sudah cukup sihat nanti, Ally tanyakan pada France tentang Shirley."

"Tidak perlu, ma. Ally tetap mahu bercerai. Ally tidak lagi layak bersama France. Biar Shirley yang mendampinginya."

"No, honey. We will never divorce. I love you, Allison Daniella," aku tidak dapat bertahan lagi mendengarnya dua kali menyebut kata cerai. Terkejut Allison mendengar penjelasanku.

"Aku kotor, France. Ceraikan aku." Masih juga kata 'cerai' yang keluar dari mulutnya.

"Never, Ally! Never!" Kalau Allison berharap agar aku menceraikannya, dia harus melupakan harapannya itu. Aku tidak akan pernah menceraikannya walau apapun yang terjadi. Dia wanita yang telah menjerat hati dan jiwaku. Aku tidak akan pernah menceraikannya kerana aku sangat mencintainya.

"Bincang baik-baik, nak. Biarkan dulu kata-katanya. Mungkin kata-kata itu diucapkannya kerana perasaannya yang lagi sedih dan kecewa," pesan ibuku sebelum keluar meninggalkan aku dan Allison.

Just A Marriage Vows ✔️Where stories live. Discover now