Chapter 10

327 42 7
                                    

" jangan lupa petang ni "-pesan Yeonjun kpd Lia dan Ryujin

" kau nak belanja kitorang makan eh?! AWW YEONJUN Thankyou sooo much! Tau tau je aku tengah pokai sekarang ni tapi teringin macam macam auu "-potong lia secara tiba-tiba

" oi tukul besi, petang ni ada stayback la.. Nk buat parachute fizikk "-balas ryujin sambil menjentik lutut lia

" aduh! Hehehhe "

Itulah Lia. Ada sahaja tingkahnya. Ryujin bukan tidak tahu..sudah berjuta macam spesies makanan yang telah selamat ditelan lia namun sehingga hari ini Lia masih semangat untuk menjejaki spesies makanan baru. Yang tidak wujud pun diwujudkannya! Ini belum pregnant. Kalau sudah pregnant, jangankan nasi berlaukkan strawberry, esok lusa ditelan pula si Beomgyu!

Semasa tamat waktu sekolah

" Korang g cafeteria dulu eh aku nak g locker jap ambik roket "-pesan Yeonjun

" ouh alright "-jwb ryujin dan lia

Ryujin dan Lia mula berganjak ke Cafeteria dan meletakkan bahan2 untuk membuat parachute di sana. Kemudian mereka menghabiskan waktu untuk mencari cara membuat parachute di google sementara menunggu Yeonjun.

" weh ryujin..kita buat betul2 and make sure kita menang pertandingan tu nanti! Kalau kita menang, kita boleh g wakil sekolah sama2 ! Uwaa.. Bayangkan kalau aku jumpa prince aku time tgh wakil sekolah.. HUAAAA  "-bebel lia sendiri sambil melilit-lilit tali parachute di jarinya

" oi dah2 la tu dgn prince kau.. Tlong aku search google ni ha "-tegur ryujin pasrah

" yelaaaa "-akhirnya lia akur

Setelah beberapa minit

" weh.. Kau tak rasa yeonjun lama sgt ke? "-tegur lia secara tiba2

" ee kau ni buat takut je.. Ala maybe dia singgah toilet kejap kot "

" oh haah an "

Walaupun Ryujin sebenarnya sudah mula terfikir yang bukan-bukan tentang Yeonjun, namun dia tetap menggagahkan dirinya untuk lebih berfikiran positif.

Setelah 20 minit berlalu

" okay ini dah luar biasa, kau tunggu jap aku nak cr dia kt locker "-pesan ryujin sblum segera berganjak ke locker yang berada tidak begitu jauh dr kafeteria

Langkah demi langkah semakin dipercepatkan oleh Ryujin.

Dan setibanya dia di sana.

Kelibat Yeonjun sama sekali tidak dilihat.

" eh takde.. Oh toilet yes "

Setelah meronda-ronda dari locker hingga ke toilet, Ryujin masih belum menemui keberadaan Yeonjun. Agak mustahil jika dia pulang ke rumah. Segala persoalan yang menghentam minda Ryujin secara tiba-tiba hanya membuatkan dia semakin berfikir tentang perkara-perkara negatif. Dia memutuskan untuk pergi semula ke cafeteria untuk memberitahu Lia. Akan tetapi..

" Yeonjun!!!!! "

Ryujin begitu terkejut melihat keadaan Yeonjun yang sudah terbaring tidak berdaya di sebelah kedai buku di sekolah itu.

" Yeonjunn!!!! "-jerit Ryujin dari jauh sebelum berlari menghampiri Yeonjun

" Wae?!  "-tanya Ryujin panik

" a-aku.. T-tak dapat.. N-nafas "-balas Yeonjun tidak berdaya

" weh bertahan jap aku call ambulance "-ujar Ryujin yang sudah begitu panik

Setelah membuat panggilan ke ambulance, Ryujin mengangkat sedikit kepala Yeonjun dan diletakkan di atas pehanya.

" a-aku.. S-sakit.. "-sambung yeonjun lagi

Yeonjun yang separuh sedar tidak mampu melihat wajah Ryujin dengan baik. Pandangannya juga semakin gelap. Dadanya semakin sakit sehingga dia tidak mampu menahan air mata.

" sabar wehh bertahan! Ambulance dah otw! "

Tiba-tiba lia muncul dan begitu terkejut melihat keadaan itu

" r-ryujin.. y-yeonjun...WAE ?!! "-tanyanya panik sambil meluru kearah Ryujin dan Yeonjun

" aku taktau.. Sampai2 sini Yeonjun dah macamni "-jawab Ryujin

Selang beberapa minit, akhirnya ambulance datang bersama beberapa jururawat. Lia dan Ryujin turut mengikuti Yeonjun ke hospital dgn menaiki ambulance tersebut. Mujur sahaja Lia sempat mengambil barang2 mereka di Cafeteria.

Di dalam ambulance

Yeonjun sudah diberikan alat bantuan pernafasan, itu agak mengurangkan rasa cemas Ryujin. Sedari tadi dia tidak melepaskan tangan Yeonjun dari genggamannya. Dia terus menerus memberikan kata-kata semangat kepada Yeonjun walaupun dia sebenarnya tidak tahu apa yang terjadi.

Lia menepuk-nepuk belakang Ryujin dan menyuruhnya untuk bertenang.

Di hospital

Ryujin dan Lia terpaksa menunggu di luar wad kecemasan kerana doctor harus menangani Yeonjun terlebih dahulu.

Selama 30 minit Yeonjun ditangani di dalam wad kecemasan, selama itu juga lah Ryujin bermundar mandir di hadapan Lia.

" do you like him? "

Pertanyaan lia menghentikan langkah Ryujin. Dia terus berpaling ke arah Lia.

" hey you don't know my heart boii "-balas Ryujin sambil menjeling Lia

" maksudnya ye la kan ? Hehehe "

" No! Aku. anggap dia. kawan aku. Thats all. Dah stop "-jwb Ryujin lalu duduk di kerusi yang disediakan disitu.

Lia hanya ketawa kecil mendengar jawapan Ryujin

Tiba tiba seorang doktor keluar dr wad itu

" keluarga pesakit? "-tanyanya

" t-tak..kami kawan dia "-jwb ryujin

" I see.. Saya dah call ibu dia, kamu berdua kalau nak masuk silakan tapi jgn ajak dia berbual "-pesan doktor itu

" baik doctor terima kasih "-ucap lia pula

Mereka berdua membuka pintu wad dengan perlahan-lahan diikuti dengan langkah yang berhati-hati. Jika sekali lihat sudah seperti mahu adakan rompakan di rumah orang..

Yeonjun masih lagi terbaring lemah dengan bantuan alat pernafasan. Dia yang menyedari kehadiran Ryujin dan Lia lantas mengangkat sedikit tangan kanannya sebagai ucapan " hai ".

" jgn paksa "-ucap Ryujin lalu berdiri di sebelahnya

To be continue

The DayWhere stories live. Discover now