Chapter 28

295 39 3
                                    

Oleh kerana terlalu lama menunggu, Ryujin dan Lia turut ketiduran di kerusi itu. Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 pagi. Eomma Yeonjun merasa kasihan melihat Lia, Ryujin dan Beomgyu. Mereka kelihatan sangat penat.

Selang beberapa minit, Doctor Henry keluar dan Eomma Yeonjun terus bangun menghampirinya. Jujur, dia sangat takut untuk mendengar apa yang ingin dikatakan oleh doctor henry. Dia takut jika terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada Yeonjun. Dia tidak dapat memaafkan dirinya sendiri jika sampai Yeonjun tidak dapat diselamatkan.

" a-anak saya kenapa doc? "-tanya eomma yeonjun ketakutan

" puan jgn takut, tubuh yeonjun dh bg reaksi positif dkt jantung baru tu, kita cuma tinggal tunggu keadaan dia betul-betul stabil je "

Eomma Yeonjun mengusap dadanya sebaik sahaja mendengar apa yang dikatakan Doctor Henry. Akhirnya, dia berasa sangat lega. Ini adalah kebahagiaan yang paling dia nantikan dalam hidupnya.

Eomma yeonjun menangis teresak-esak.

" thankyou doc, thankyou sangat-sangat dah selamatkan anak saya "-ujarnya sambil menunduk

" takpe puan, tu mmg kewajipan kami "-balas doc henry

Doctor Henry tersenyum kemudian kembali ke dalam.

---

Keesokan pagi

Eomma Yeonjun mengejutkan Lia, Ryujin dan Beomgyu yang masih terlena di kerusi. Kasihan sungguh.

Ryujin membuka matanya perlahan-lahan diikuti Lia dan Beomgyu.

" mwo? Pkul berapa ni?! Aunty! Yeonjun macam mana aunty?! "-tanya Ryujin cemas

" jgn risau, yeonjun selamat, kita cuma tinggal tunggu dia stabil je "-ujar eomma yeonjun sambil tersenyum

Ryujin tersenyum mendengar pernyataan itu. Akhirnya, dia berasa sangat lega. Dia tidak perlu khawatir lagi akan kehilangan Yeonjun. Tetapi tunggu, dia tersedar sesuatu. Sweater?

Ryujin memegang sweater yang menyelimutinya itu.

" sweater spe pulak ni "-detik hati ryujin

" bagi aku "-ujar beomgyu seraya mengambil sweaternya dr tangan Ryujin dgn laju

" o-ouh.. sorry aku tktau mcm mana boleh ada dkt aku "-ujar ryujin

" dia terbang sendiri. "-ujar beomgyu seraya memberikan jelingannya kepada ryujin

" aunty, sorry kitorang tertidur, kenapa tak kejutkan kitorang je aunty "-ujar Lia sambil menggosok-gosok matanya

" korang dah banyak tolong yeonjun, sampai sanggup tido kt sini malam td, dgn sejuk tak pakai selimutnya, tp korang nampak penat sangat.. aunty kesian pulak nak kejutkan.. "

" sokay la aunty, tu lah gunanya kawan, selagi kitorang boleh tolong, kitorang akan tolong "-ujar Lia sambil tersenyum

Ryujin mengangguk setuju sambil memunjukkan simbol thumbs up.
Manakala beomgyu masih lagi mamai.

" kita belum boleh lawat Yeonjun, so, jom ikut aunty pergi breakfast, aunty belanja "

Mata lia serta merta terbuka luas. Dia yang tadinya masih lesu terus menjadi segar bugar. Semangat sungguh apabila mendengar apa sahaja yang berkaitan makanan.

" yeay "-ujar Lia gembira

Ryujin menepuk dahinya. Dia sudah pasrah dengan Lia.

Eomma Yeonjun tertawa kecil melihat respon Lia yang tidak biasa.

The DayWhere stories live. Discover now